Showing posts with label MOTIVASI JUTAWAN. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI JUTAWAN. Show all posts

Monday, October 17, 2011

MOTIVASI JUTAWAN : KAYA ROHANI DAN KAYA JASMANI..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

post pada kali ini mungkin berlainan daripada yg biasa saya post diblog ini. Kebanyakkan post saya berkisar tentang kisah kejayaan jutawan,motivasi,berita dan sebagainya. Tetapi kali ini saya mahu ia berbeza atas satu matlamat menyampaikan mesej kemanusiaan pada pembaca blog ini.

Tajuk post kali ini sudah jelas bagi pembaca yg tahu apa maksud saya. Tidak dinafikan, dunia moden sekarang manusia lebih teruja dan terfokus pada kekayaan duniawi sahaja. Keadaan ekonomi yg menindas dan berdaya saing, membuatkan manusia era globalisasi ini hanya tahu mencari wang wang wang wang wang...Keluarga sudah dipinggirkan,sahabat sudah dipinggirkan...dan hubungan antara manusia juga sudah berlangsung tanpa keikhlasan..anda setuju?

Berbeza dengan zaman Rasulullah SAW. Abu bakar seorang yg kaya raya..tetapi memiliki sifat zuhud dan kemanusiaan yg tinggi dalam dirinya. Ini adalah contoh terbaik KAYA ROHANI dan KAYA JASMANI..JUTAWAN dunia dan JUTAWAN akhirat..Mungkin ramai yg terfikir kenapa saya tiba-tiba merasakan perlu menyampaikan msg ini.

Ini kerana pengalaman saya sepanjang berniaga menemukan saya dengan pelbagai jenis manusia. Dan semalam,sebuah video seorang kanak-kanak kecil yg dilanggar kereta disebuah pekan sibuk diChina amat menyentuh hati saya. Lihatlah bagaimana nilai kemanusia yg hilang akibat kesibukkan dunia. Salah siapa?..teguran dan nasihat ini adalah untuk saya dan saya menghargai jika sesiapa sahaja sudi berkongsi rasa yg sama..



boleh anda bayangkan 18 orang yg lalu lalang tidak mempedulikan kanak kanak tersebut..binatang atau manusia?

Sekadar post utk bermuhasabah diri..








Sunday, June 26, 2011

MOTIVASI JUTAWAN : BANGKIT DARI KEKALAHAN..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya pasti,ramai yang membaca blog ini masih belum lagi mencapai status JUTAWAN, ada yang baru bercita-cita untuk menjadi JUTAWAN, menghampiri status JUTAWAN, teringin menjadi JUTAWAN dan ada juga mungkin yg pernah menjadi JUTAWAN dan GAGAL!!!!. Begitu juga dengan saya, saya tergolong dalam antara kategori diatas.

Seperti anda semua, saya juga ingin berjaya. Pernah berjaya dan pernah GAGAL. Tujuan utama saya menulis blog ini adalah sebenarnya untuk tatapan saya sendiri. Saya perlukan MOTIVASI untuk bangkit. Saya mencari info dari pelbagai sudut ilmu utk mempelajari kejayaan setiap JUTAWAN, untuk diri saya. Bagi membuatkan saya sentiasa mengingati apa sahaja sumber yg pernah saya ketahui, saya terjemahkan ia dalam bentuk penulisan. Mudah-mudahan ia menjadi satu pattern untuk saya.

Itu cerita 2 1/2 tahun yang lalu, daripada blog peribadi untuk diri sendiri, ia mencetuskan minat kepada orang lain untuk membacanya. Dari 2 orang pengunjung sehari dan kini menjagkaui 200 orang sehari. Kini, apa yg saya tulis bukan sahaja untuk saya. Tetapi untuk anda. Saya menerima pelbagai kata-kata semangat dan perkongsian dari pembaca saya bagaimana mereka menyukai penulisan saya yg memberi inspirasi, lantas TERIMA KASIH saya ucapkan. Tidak lupa juga pelbagai juga Tomahan yang saya terima. Ada yg mengatakan saya syok sendiri..perasan JUTAWAN dan pelbagai lagi. Ada yg mengatakan untuk menjadi JUTAWAN, mesti ada penipuan dalam perniagaan dan blog saya hanya mengambarkan benda yg baik baik sahaja.

Betul, saya masih belum menjadi JUTAWAN, untuk bangkit kembali dalam arena perniagaan yg jatuh teruk, saya perlukan suntikkan yg lebih untuk mengekalkan tenaga dalam rali yg panjang ini. Betul memang ada dikalangan JUTAWAN yg menipu untuk berjaya, tetapi rasanya elok kita mengambil yg baik-baik sahaja.

Bercerita mengenai kebangkitan dari kekalahan. Video dibawah amat menyentuh jiwa saya. Ia seolah-olah mengambarkan diri saya sekarang!!..bertubi tubi saya menerimanya, dan ia akan menjadikan saya semakin lemah dan rapuh. Tetapi saya mengharapkan dapat terus bertahan dan mencari satu peluang utk memberikan sepenuhnya pada masa yg sesuai dan tepat.

Kepada anda yg dalam kejatuhan, saya harap dan berdoa untuk anda supaya bertahan. Sabar dan Kuat semangat. Diharap, video dibawah akan memberikan inspirasi untuk anda..



Salam JUTAWAN dari saya

Haizal Ramdzan












Tuesday, February 22, 2011

MOTIVASI JUTAWAN : Menerima ketentuan Allah dengan tabah dan redho..(Tabahnya insan yg bernama MUHAMAD HAIRUMAN MISKON)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam mencapai misi bergelar seorang JUtawan, pastinya kita akan menempuh pelbagai onak cabaran dalam pelbagai bentuk. Seperti kata seorang sahabat yg menasihati saya petang tadi Encik Jasni Vincent seorang Usahawan Etiqa takaful pada saya, Allah mahu melihat samaada kamu benar-benar inginkan sesuatu dan berusaha kearah itu. Terima Kasih Jasni.

Kita sering menyalahkan keadaan dan berputus asa dalam menghadapi sesuatu cabaran. Terutamanya apabila melakukan perniagaan. Tidak kiralah perniagaan apa sekalipun, semangat juang merupakan perkara utama yg wajib ada pada diri untuk bergelar JUTAWAN. Post kali ini agak berbeza, dalam kesedihan saya apabila perancangan perniagaan saya terganggu, saya membelek akbar-akbar lama untuk mencari info-info atau berita yg boleh membangkitkan semangat saya.

Saya amat kagum dengan seorang insan bernama MUHAMAD HAIRUMAN MISKON , siapa beliau? Beliau adalah seorang anak yatim piatu sejak berumur 5 tahun daripada 10 orang adik beradik. Keadaan bertambah sukar kerana 2 orang kakaknya adalah golongan OKU. Beliau yg merupakan anak ke 9 terpaksa melakukan 2 pekerjaan bagi menampung kos sara hidup iaitu bekerja kilang dan memungut kelapa sawit disamping menusahakan perniagaan air. Malang tidak berbau dan sesungguhnya ketentuan allah itu diluar dari kawalan kita sebagai hambanya. Hairuman ditimpa musibah sewaktu bekerja di ladang kelapa sawit.

Beliau terkena renjatan sub station TNB bervoltan tinggi 3000kw pada 26.11.2010 dan 50% badannya telah terbakar. Kecederaannya yg kritikal memaksa doktor memotong kedua tangannya dan kaki kirinya dipotong. Mungkin kita merasakan musibah yg menimpa kita cukup besar dan tidak tertanggung, dan cuba kita bayangkan kita berada pada situasi Hairuman. Anak muda berusia 22 tahun yg kudung serta ketiadaan ibu bapa tempat bergantung.

Doktor mengatakan kos perubatan yg diperlukan adalah RM15,000 sebulan. disini saya sertakan akaun nombor dan detail surat dari pihak hospital dan ic hairuman untuk kita bersama-sama menghulurkan bantuan pada anak muda ini. Moga Allah memudahkan urusan dan sentiasa melindungi beliau.







Puan Maryuni Binti Miskon melalui akaun Maybank – 1620 3063 2448 atau
CIMB – 1257 0000 2035 29.
No. Tel: 018-3807867

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.










Saturday, June 26, 2010

MOTIVASI JUTAWAN: 3 Tips berkesan untuk berfikir sebagai seorang JUTAWAN


Adakah minda dan pemikiran anda bersedia untuk menerima kejayaan yg melimpah-limpah?

Sepertimana yg kita tahu,corak dan cara pemikiran kita mempengaruhi emosi dan perlakuan kita.

Untuk meletakkan diri anda sebagai seorang yg berjaya, anda perlu berfikir seperti orang berjaya berfikir.

Adakah orang yg berjaya menganggap setiap kegagalan hidup mereka adalah disebabkan mereka adalah mangsa keadaan?

Adakah orang yg berjaya sentiasa mempunyai pemikiran negatif dan selalu memberi alasan?

Adakah orang yg berhaya sentiasa membiarkan diri mereka terdedah dengan pengaruh dan suasana negatif?

Saya memperolehi artikel ini daripada Mohamed Tohami penulis buku "The Pharaohs' Code: Creating a Joyful Life and a Lasting Legacy.

Artikel ini dalam bahasa inggeris dan saya bercadang untuk tidak mengalihbahasakan artikel ini supaya anda mendapat bahan yg masih asli dan mentah. so...enjoy!!!

This leads me to the point that, to be highly successful you must start thinking like successful people do. You must start thinking like a MILLIONAIRE!

Here are 3 powerful tips to help you start thinking like a millionaire:

1. Take 100% Responsibility

Whatever your situation is and environment you are in, no body can change your life except YOU.

Don't expect that someone will come and ask you to let him change your life for the better and make you the most successful person in the world.

THIS WILL NEVER HAPPEN.

And even if it happened, you will fail as soon as this 'ANGEL' leaves you. That is simply because you didn't do it yourself. You didn't learn how to become successful.

So, the only way to change and build a successful life is to take 100% responsibility of each and everything that is happening in your life.

Be in charge of your life.

YOU ARE THE ONLY ONE WHO CAN MAKE IT HAPPENS.

2. Master Your Attitude

The way you think highly affects the way you act. To act powerfully, you must think powerfully. You must learn how to control your thoughts.

There is a study that shows that 85% of our self talks are negative. Don't ever think that you are going to be successful, if you have a rate that is close to that one.

Your thoughts shape your reality. So, you must choose your thoughts carefully.

The best thing I know that can help you master your attitude is to ASK THE RIGHT QUESTIONS.

The right question directs your mind to think of the right answer.

For example, instead of asking yourself: "Why is this happening to me?", ask yourself: "How can I benefit from this opportunity?" or "What lesson can I learn from this challenge?"

Asking the right question will open the door to developing a laser focused, positive and powerful mindset.

Choose your thoughts carefully, and use the power of questions to master your attitude.

3. Search for Mentors and Build Strong Networks

Learn from successful people around you. Study their life carefully. See how they act and learn how they think.

Search for mentors who can help you get yourself on the right track. One advice from a successful person can change your life forever.

I have lots of mentors in my life. Each one taught me something that was a turning point in my life.

I can't stress enough on the benefits of having mentors.

In short, I would say that mentors help you shorten the learning curve, take giant steps forward and step above the average people.

Also, you need a powerful network of honest friends and significant figures around you to help and give you support and honest advice whenever you need it.

Start now looking for the important people in your life and think of ways to increase your relationship with them. And don't forget to think win-win. Give first and then you will receive.

Follow the MASTER MIND principle. Build a team around you of people who have the same purpose as yours. Meet with your team regularly to share ideas, support each other, and hold each other accountable.

Surround yourself by positive, successful people and honest friends. Search for mentors and learn from successful people as much as you can.

The truth might hurt, but you can't become successful unless you think the right way. Follow the above tips and start thinking like a millionaire NOW!

Don't wait for the perfect time because it will never happen.

Be responsible.

Master your attitude.

Search for Mentors and Build Strong Networks.

My friend, you can make a difference.

I believe in you.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan










Monday, January 25, 2010

Karisma: Dua sahabat jutawan

myMetro
Karisma: Dua sahabat jutawan
Oleh NAZDY HARUN
am@hmetro.com.my
2010/01/03


KECEKALAN dua sahabat yang bermula dari bawah dengan mempertaruhkan masa depan mereka menceburi bidang perniagaan ternyata tidak sia-sia apabila muncul antara pengedar kereta mewah Bumiputera terbesar di Pantai Timur.

Siapa sangka, dengan berbekalkan sedikit pengalaman dalam bidang itu serta modal awal RM30,000, syarikat Pecutan Dinamik Auto (PD Auto) yang diusahakan sejak 2001 oleh Mohd Nazri Mamat, 41, dan Khairul Azlan Abd Rahman, 35, terus berkembang serta mendapat kepercayaan pelanggan.

Walaupun terpaksa berdepan pasang surut ekonomi negara yang menyaksikan banyak syarikat lain yang melakukan perniagaan serupa gulung tikar, dua sahabat berkenaan tabah mengharungi badai itu.

Lebih membanggakan, pengorbanan mereka sebagai rakan kongsi sehingga terpaksa mengikat perut bagi memastikan perniagaan terus bertahan membuahkan hasil dan semuanya berkat kesabaran serta kesepakatan sebagai rakan niaga.


Bagi mereka, kejayaan dicapai kini adalah hasil ketabahan serta doa dalam menghadapi cabaran sengit bidang automotif, terutama dalam perniagaan kenderaan mewah terpakai yang kebanyakannya dimonopoli bangsa asing.

Pembabitan awal Mohd Nazri yang berasal dari Kampung Mengabang Telipot dan Khairul Azlan dari Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu, Terengganu dalam bidang itu bermula secara tidak sengaja apabila mereka bertemu di sebuah institusi kewangan di negeri ini atas urusan perniagaan.

Perbualan awal mereka berkisar hal jualan kenderaan terpakai serta kepayahan dihadapi dalam bidang itu kemudian berlarutan apabila masing-masing menjadi sahabat karib sebelum sepakat membuka perniagaan kereta terpakai.

Menurut Mohd Nazri, sebelum terbabit dalam perniagaan kereta sepenuh masa, dia bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat kosmetik selain mencuba nasib sebagai broker kereta terpakai bagi menambah pendapatan.

Kerjaya sampingan selama 10 tahun itu memberinya pengalaman berharga untuk memahami selok-belok penjualan kenderaan terpakai serta memahami kehendak pelanggan yang pelbagai.

“Saya terpaksa melakukan pelbagai kerja, termasuk menjadi broker kereta terpakai. Pernah satu ketika ekonomi merudum, kereta tak boleh jual, poket kosong dan hanya tinggal RM50 untuk perbelanjaan harian bagi mengalas perut kami sekeluarga.

“Mahu atau tidak, saya terpaksa mengikat perut untuk memastikan isteri serta anak cukup makan. Walaupun berdepan kepayahan, cita-cita saya untuk berjaya dalam bidang ini tidak pernah surut dan alhamdulillah, akhirnya Tuhan memakbulkannya,” katanya yang dilantik sebagai Pengarah PD Auto.

Selepas mencapai kata sepakat, mereka berdua kemudian mendapat tunjuk ajar daripada seorang rakan yang lebih berpengalaman dalam perniagaan kereta terpakai di Kampung Merbau Patah.

Dengan bermodalkan RM30,000, dia yang mengakui dirinya masih mentah dalam dunia perniagaan ketika itu berjaya menjual tiga kereta terpakai di kedainya yang dibeli daripada penjual kereta di ibu negara.

Beliau berkata, kereta terpakai yang dibeli dipandu sendiri bersama rakan kongsi untuk dibawa pulang ke Terengganu dan rutin berkenaan dilakukannya selama dua tahun sebagai penjual kereta terpakai berskala kecil.

Katanya, rutin seminggu sekali bersama Azlan ke Kuala Lumpur menaiki bas ekspres untuk mengambil kereta terpakai menjadi memori susah senang mereka dalam bidang itu, malah ada ketikanya terpaksa tidur di lebuh raya apabila kenderaan dipandu mengalami kerosakan.

“Selain itu, kami membawa bekalan roti untuk sarapan sebagai mengalas perut kerana perjalanan jauh dan berjimat kerana tidak cukup wang untuk berbelanja ketika di ibu negara,” katanya.

Walaupun terpaksa menempuh jatuh dan bangun dalam bidang itu, termasuk tidak mendapat keuntungan apabila kereta yang mahu dijual sering mengalami kerosakan di peringkat awal, ia bukan penghalang buat dua sahabat itu untuk bangkit menggunakan sepenuhnya modal pusingan bagi memperkembangkan perniagaan.

Impian mereka tercapai pada 2003 apabila sekali lagi sepakat menaik taraf perniagaan mereka dengan menceburi perniagaan menjual kereta mewah import terpakai.

Ternyata usaha dan strateginya tidak sia-sia apabila kereta yang dibekalkan syarikat pembekal kepada mereka mendapat sambutan hangat, terutama pelanggan dari Kelantan, Pahang serta Kuala Lumpur yang sering membuat tempahan untuk mendapatkan kereta mewah.

Menyedari potensi perniagaan terbabit boleh dikembangkan, mereka melebarkan sayap perniagaan dengan membuka dua cawangan kedai kereta mewah terpakai di Kampung Merbau Patah dan Jalan Kuala Berang di Kuala Terengganu.

Rezeki mereka dalam bidang itu tidak terhenti di situ apabila permintaan menggalakkan pelanggan terus mendorong mereka membuka satu lagi cawangan PD Auto di Jalan Tengku Hitam, Kemaman setahun kemudian.

Kini, operasi perniagaan kereta mewahnya berjalan lancar dan semua cawangan berkenaan memberi pulangan seperti diharapkannya dengan jualan purata 30 kereta mewah setiap bulan.

Dengan memegang prinsip ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’, dua sahabat itu kini boleh berbangga kerana mereka antara anak Terengganu yang berjaya dalam perniagaan kereta mewah di negeri ini.

Bagi memastikan bekalan kenderaan mewah sentiasa mencukupi, syarikatnya kini memiliki lebih 90 kereta mewah pelbagai model sebagai stok di tiga cawangan perniagaannya bagi memudahkan pelanggan mendapatkan kereta dalam kadar segera.

Walaupun hidup mereka semakin baik dengan hasil perniagaan menjual kereta mewah, dua sahabat bertaraf jutawan ini tidak pernah melupakan kesusahan dilalui sebelum ini, terutama ketika terpaksa tidur di lebuh raya dan berbekalkan roti ketika ke Kuala Lumpur untuk membeli kereta terpakai.

Bagi mereka, kejayaan diperoleh umpama mimpi. Daripada penjual kereta terpakai kecil-kecilan dan tidak berdaya maju, kini mereka mampu memiliki kehidupan lebih baik berbanding ketika mula-mula menjalankan perniagaan.

“Semuanya hasil doa selain keberkatan Tuhan terhadap usaha gigih kami untuk mengubah kehidupan ke arah lebih baik.

“Bagaimanapun kejayaan ini tidak dikecapi dengan mudah. Ia sebenarnya satu hikmah kepada kami supaya sentiasa menginsafi diri walaupun sudah berjaya,” kata Khairul Azlan.

Menurutnya, pelanggan yang berkunjung diberi layanan istimewa serta penerangan terbaik bagi memudahkan urusan jual-beli.

“Kebanyakan pelanggan kami pernah membeli kereta di sini, malah mereka turut memperkenalkan kedai kami kepada rakan mereka untuk membeli kenderaan mewah yang berkualiti,” katanya.

Menurutnya, selain rakan kongsi yang saling memahami, mereka turut berkongsi hobi sama apabila meminati motosikal berkuasa tinggi, malah sering ke Litar Antarabangsa Sepang sebagai gelanggang mengasah bakat dalam perlumbaan.

Dua sahabat baik ini turut aktif dalam Kelab Motor Terengganu (KMT) dan melalui berpersatuan, ia turut mempromosi perniagaan mereka kepada kenalan.


PROFIL
NAMA: Mohd Nazri Mamat
UMUR: 41 tahun
ASAL: Kampung Mengabang Telipot, Kuala Terengganu
JAWATAN: Pengarah Pecutan Dinamik Auto Sdn Bhd
PENDIDIKAN: Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
ISTERI: Salma Abd Rahman

PROFIL
NAMA: Khairul Azlan Abd Rahman
UMUR: 35 tahun
ASAL: Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu
JAWATAN: Pengarah Urusan Pecutan Dinamik Auto Sdn Bhd
PENDIDIKAN: Sarjana Muda Perakunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
ISTERI: Radhiah Abd Razak










Monday, January 4, 2010

MOTIVASI JUTAWAN: Kepentingan Motivasi dalam kehidupan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Motivasi dan kehidupan tidak dapat dipisahkan, Motivasi adalah seperti penggerak kehidupan yg menjadikan seseorang manusia itu berusaha kearah sesuatu. Di dalam kehidupan, kita sering memasang impian dan sasaran yg perlu dicapai.

Memasang impian tidak salah asalkan anda mampu menjaga "impian" anda supaya tidak dimusnahkan oleh orang lain. Orang lain akan memperlekehkan tindakkan anda dalam mencapai impian tersebut. Mereka akan melakukan apa yg termampu untuk menidakkan anda mencapai impian dan cita-cita anda.

Sepanjang setahun menulis di Blog ini, saya kerap berkongsi impian saya untuk menjadi "JUTAWAN" dengan semua orang yg membaca blog saya. Saya juga dengan lapang hati menerima teguran,kritikkan,nasihat dan tunjuk ajar dari anda semua. Tidak kurang juga yg memperlekeh saya. Itu biasa bagi saya....

Ada yg perli secara depan-depan...ade yg suka menyindir...ada yg bersifat negatif dan pelbagai lagi. Apa yg penting....kawal emosi anda, sentiasa pastikan anda bermotivasi setiap hari. Pelihara perasaan anda terhadap "IMPIAN" anda. Jgn kerana orang lain, anda memusnahkan kehendak,impian dan cita-cita anda sendiri.

Tahun baru, resolusi baru....pastikan anda mengapai IMPIAN anda...

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan










Saturday, November 28, 2009

Motivasi Jutawan : Jadi jutawan dengan modal RM14


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sebelum terlambat, saya nak ucapkan selamat hari raya aldiladha...semoga ibadah korban ini memberikan kesan positif dalam diri kita. Haaaa..pagi tadie terbaca cerita nih di KOSMO..so..jom kita baca..

STAFFORD - Dua lelaki Britain menjadi jutawan segera apabila artifak zaman Anglo-Saxon yang mereka temui disahkan bernilai £3.28 juta (RM18.45 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Fred Johnson, seorang petani dan Terry Herbert, bekas pekerja kilang keranda hanya menggunakan sebuah alat pengesan logam bernilai £2.50 (RM14) yang dibeli pada tahun 1991.

Mereka menjumpai sejumlah 1,500 item yang dianggarkan berusia 1,300 tahun itu di Lichfield dan Tamworth, Staffordshire, 198 kilometer dari London pada 5 Julai lalu.

Tinggalan purba itu dihantar kepada pihak berkuasa kerana dianggap sebagai milik negara dan kemudian dinilai oleh Jawatankuasa Bebas Penilaian Khazanah di Muzium British.

Herbert, 55, juga pencari logam bawah tanah menemui artifak itu termasuk 650 item emas seberat lima kilogram di kebun milik Johnson, 65, sebelum dimuatkan ke dalam 244 buah beg.

Khazanah yang juga meliputi 530 objek logam seberat satu kilogram itu bakal disimpan sebagai koleksi pameran di Muzium Birmingham dan Muzium Tembikar di Stoke-on-Trent.

Sehingga kini, dua lelaki itu masih terkejut dan tidak menyatakan rancangan mereka apabila masing-masing mendapat £1.74 juta (RM9.78 juta) hasil penemuan tersebut. - Agensi


Apa pendapat anda? adakah ini dinamakan tuah?...mungkin juga..rezeki kan..tapi jangan anda fikir 2 orang nih tak berusaha..dah berapa tahun mereka berusaha mencari logam didalam tanah...bertahun tahun tau...bermakna mereka tidak jemu dan gigih...dan habuannya...nahhhhhh..dalam kehidupan ini. Kita akan dihidangkan pelbagai peluang...lain kita cari..lain yg jumpa..macam 2 warga UK nih, nak carik logam bawah tanah, mungkin sebelum nih mereka dah jumpa macam-macam benda yg mereka tak inginkan. tapi at last dapat sesuatu yg lebih berharga dari apa yg mereka impikan.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan










Saturday, October 3, 2009

MOTIVASI JUTAWAN : BERANI MENGAMBIL RISIKO..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Petang semalam saya tersekat diJalan raya hampir 2jam lamanya, sepatutnya perjalanan ke destinasi yg saya ingin pergi itu hanya mengambil masa 30 minit. Sambil kepenatan saya terkenang kembali kenapa saya sanggup utk menanggung risiko mengikut jalan ini pada waktu petang sedangkan saya tahu memang sudah menjadi kebiasaan jalan tersebut akan sesak kerana semua orang akan pulang dari kerja.

Kerana terdesak, saya redahkan juga sambil berkata didalam hati, "Redah jerk la,untung-untung kalau tak sesak"..Berfikir mengenai risiko, sebagai manusia kita akan terdedah kepada pelbagai risiko seharian samaada ia kecil atau pun besar. Kadangkala risiko tersebut dalam kawalan kita dan ada sebahagiannya diluar dari kawalan kita.

Cuba anda letakkan diri anda dalam keadaan seorang pelajar yg bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Secara normalnya, pasti ada perasaan takut gagal dalam diri anda. Tetapi..mengapa anda tetap ingin mengambil peperiksaan tersebut?. Adakah anda pasti dengan keputusan yg akan anda hadapi?. Pasti anda akan berkata, tidak salah mencuba dan kegagalan dan kejayaan hanya akan diperolehi utk orang yg mencuba. Jika anda tidak ambil SPM langsung, keputusannya sudah tentu gagal.

Misal kata anda berjaya dalam SPM..adakah anda berjaya dalam hidup? jawapannya tentu tidak, ia cuma tiket utk anda ke Universiti dan di Universiti nanti proses itu akan berterusan sehingga kita ditamatkan riwayat oleh pencipta kita.

Perniagaan dan Risiko tidak dapat dipisahkan. Ramai diantara kita takut menganggung risiko dalam perniagaan kerana kegagalan sesuatu perniagaan itu dalam satu bentuk medium yg mudah dilihat iaitu kerugian wang ringgit. Berbalik kepada cerita pelajar SPM tadi, pastinya jika seseorang pelajar itu ingin berjaya didalam peperiksaan SPM nya, dia perlu mencontohi orang-orang yg telah berjaya dalam SPM tersebut. Cara belajar,Sistem belajar dan sebagainya perlu dicontohi dan diteladani.

Begitu juga dengan perniagaan. Risiko tidak dapat dibuang terus tetapi dapat diminimakan bergantung kepada kebijaksanaan anda. Teladani dan contohi orang yg telah berjaya. Apa yg penting,sebelum menjadi seorang JUTAWAN, anda perlu mengubah sikap anda dahulu iaitu BERANI MENGAMBIL RISIKO!!!

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan










Tuesday, September 1, 2009

Motivasi Jutawan : Mentor Jutawan



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Teringat saya diwaktu pertama kali berpuasa, saya terasa sangat letih,penat dan lapar. Bermula daripada berpuasa setengah hari, saya bermula untuk berpuasa penuh sehari ketika darjah satu. Cita-cita saya untuk berpuasa penuh seperti orang dewasa. Mentor saya pada ketika itu sudah tentulah ayah saya. Katanya, jika ingin berpuasa penuh, saya perlu bersahur..perlu makan nasik, perlu minum air secukupnya...pesan beliau juga..jangan terlalu kerap bermain kerana takut keletihan. Semua nasihat yg diberikan diamalkan utk saya dapat berpuasa penuh.

Begitu juga dalam misi untuk bergelar JUTAWAN. Anda perlukan mentor untuk berjaya. Kita perlu belajar daripada orang-orang yg telah berjaya. Buang sikap ego dan malas menuntut ilmu dalam diri. Dalam hal ini, anda perlu bijak memilih mentor mengikut bidang perniagaan yg anda usahakan. Bukan tidak boleh memilih seseorang diluar daripada bidang anda untuk dijadikan idola tetapi Mentor sebenarnya adalah orang yg perlu anda ikuti dan pelajari setiap tingkah laku dan usaha mereka dalam perniagaan.

Untuk berjaya, Anda perlu mencontohi orang yg berjaya. Jika anda ingin berjaya dalam bidang MLM, carilah mentor dari kalangan orang yg berjaya menjadi JUTAWAN MLM. Jika anda ingin berjaya dalam bidang pertanian, carilah Mentor dari kalangan orang yg berjaya dalam bidang tersebut. Anda boleh mendapat ilmu daripada Mentor tersebut walaupun bukan secara terus daripada idola anda. Melalui pembacaan,khursus dan sebagainya dapat membantu anda mengikut jejak Mentor anda.

Pemilihan Mentor yg betul juga dapat memberi anda garis panduan yg betul dalam melakukan sesuatu perniagaan. Anda juga dapat memotivasikan diri anda dengan menjadikan Mentor anda kayu pengukur usaha dan kejayaan anda.

Mungkin ebook dibawah dapat membantu anda, himpunan kisah kejayaan daripada Jutawan-jutawan dari seluruh Malaysia daripada Irfan Khairi..

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

Wednesday, July 1, 2009

MOTIVASI JUTAWAN : TIPS JADI KAYA


Rahsia jadi kaya
Oleh Diyanah Anuar
diyanah@bharian.com.my



Kerja keras, tidak sombong, nasib kunci jadi jutawan

SEBUT soal wang, siapa saja tidak tertunggu-tunggu jika diberi peluang menjadi lebih kaya. Mengapa tidak, kemakmuran dan kejayaan hidup selalu dikaitkan dengan kesenangan dan keselesaan yang diukur dalam bentuk Ringgit Malaysia (RM).

Faktor kesenangan dan keselesaan hidup inilah yang menjadi matlamat kebanyakan individu dalam meniti hari dan merancang kehidupan.

Namun, usah bermimpi di siang hari atau memasang angan-angan kosong. Kekayaan bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh. Jika disingkap cerita individu yang diiktiraf sebagai manusia paling kaya di dunia, sebahagian besar daripada tokoh ini menempuhi perjalanan hidup yang sukar.

Sepanjang survival hidup itulah mereka merasai 'jatuh dan bangun' serta menempuh pelbagai dugaan dalam mencapai kejayaan.

Dalam berangan-angan menjadi kaya, mungkin ramai antara kita tercari-cari modul yang boleh dicontohi bagi meraih gelaran jutawan. Jika ada panduan atau rujukan, sekurang-kurangnya strategi boleh direncanakan bagi merealisasikan impian.


Kisah kejayaan beberapa hartawan tempatan yang tersenarai sebagai antara 40 individu terkaya di Malaysia mungkin boleh anda jadikan inspirasi. Sikap yang diamalkan termasuk perkara yang mendorong mereka yang kebanyakannya lelaki layak dijadikan resepi mencipta kejayaan sama.

Antara yang dapat dikongsi ialah kisah di sebalik kejayaan hartawan yang menduduki tempat pertama, Tan Sri Robert Kuok atau 'Raja Gula' membina empayar.

Kuok disifatkan usahawan yang mempunyai falsafah perniagaan dan apa yang nyata, beliau sentiasa mahu belajar dan menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.

Dalam temuramah bersama majalah antarabangsa baru-baru ini, Kuok mendedahkan satu-satunya cara untuk berjaya dalam perniagaan adalah dengan tidak bersikap sombong dan bersedia berkongsi dengan individu yang lebih bijak.

Tidak hairanlah, Kuok mengekalkan status tertinggi dalam senarai jutawan tempatan sejak tahun 2006 (senarai individu paling kaya di Malaysia oleh Forbes Asia). Hartawan ini mencatat nilai kekayaan AS$9 bilion (RM31.5 juta).

Manakala usahawan terkemuka yang terkenal dengan sikap dermawannya, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menduduki tangga kelapan tahun ini. Menurut Forbes, nilai kekayaan Syed Mokhtar berjumlah AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion).

Syed Mokhtar dilaporkan seorang yang sentiasa berusaha keras memperbaiki taraf hidupnya sejak dulu. Bermula dengan membantu ibu bapanya berniaga lembu sekitar tahun 1960-an, beliau beralih kepada perniagaan perkhidmatan lori pada selepas mendapat bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Kemudian beliau berniaga beras secara kecil-kecilan.

Kini empayar perniagaan yang dibangunkannya merangkumi pelbagai bidang seperti pengangkutan dan logistik, operasi pelabuhan, perladangan dan hartanah.

Kejayaan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1429 ini membuktikan apa saja yang dicita-citakan mampu dicapai andai kita gigih bekerja, tawakal dan berdoa kepada Allah. Selain itu, kita harus memanfaatkan apa saja keistimewaan dan kebijaksanaan kurniaanNya serta tidak bergantung kepada nasib dan takdir semata-mata.

Sering mencari dan menyahut cabaran dalam kerjaya adalah antara 'rahsia kejayaan' seorang lagi tokoh korporat iaitu Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim. Beliau yang menduduki tangga ke 11 dalam senarai kali ini pernah dilaporkanberkata, cabaran mendorong seseorang berusaha lebih kuat.

Azman adalah individu yang optimistik, sentiasa berfikiran terbuka dan mencuba mendapatkan apa yang beliau idamkan.

Bagi yang ingin mengikut jejak langkah tokoh korporat dan hartawan membina empayar, sikap dan semangat mereka dalam membangunkan perniagaan serta membina kekayaan wajar menjadi panduan.

Selamat berusaha!

Tip jadi kaya.

1. Mereka yang kaya percaya mereka boleh menjadi kaya.

Jika anda ragu-ragu dengan kemampuan menjadi kaya, ambil mana-mana majalah perniagaan dan lihat laporan mengenai kejayaan yang dicapai ramai ahli perniagaan.

Jangan fikir anda tidak mempunyai bakat seperti mereka. Sebaliknya cari jalan bagaimana mendapatkan kemahiran itu. Percayalah, jika anda sendiri tidak yakin bahawa anda boleh menjadi kaya, anda tidak akan berpeluang merasainya.

2. Mereka yang kaya meluangkan masa dan tenaga untuk belajar mengenai wang.

Biarpun terlalu menginginkan wang mereka menokok. ramai yang tidak meluangkan masa belajar dan memahirkan diri mengenai kaedah menjana wang. Sedangkan orang kaya sering meluangkan masa dan berusaha 'melebatkan' wang.

3. Mereka yang kaya mendapatkan nasihat kewangan betul

Antara rahsia penting golongan hartawan ialah mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada institusi kewangan untuk mendapatkan nasihat. Ini kerana kebanyakan daripada institusi terbabit hanya mahu menjual produk dan perkhidmatan yang menguntungkan mereka saja. Golongan kaya akan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak profesional dan berkecuali dalam menguruskan kewangan mereka.

4. Mereka yang kaya bijak mengaplikasikan teknik menjana kekayaan

Untuk mengaplikasi teknik menjana kekayaan bukan mudah. Ia memerlukan perubahan tabiat, kebiasaan dan keselesaan yang tidak memberikan keuntungan. Jika ingin berjaya, anda mesti bersedia untuk mengubah amalan tidak produktif anda selama ini.

5. Mereka yang kaya tahu bahawa mereka ingin menjadi kaya.

Istilah 'kebebasan kewangan' sememangnya sukar untuk memotivasikan diri. Tapi bagi golongan kaya, mereka tahu bagaimana kebebasan kewangan memberi manfaat kepada mereka. Misalnya, peluang menghabiskan lebih masa bersama keluarga, melancong dan sebagainya. Pendek kata, mereka tahu mengapa mereka perlu menjadi kaya.

Legasi Jutawan Malaysia

# Bilangan hartawan Melayu dalam senarai `40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini meningkat kepada sembilan berbanding lapan tahun lalu dengan nilai aset terkumpul mereka mencecah AS$2.603 bilion (RM9.132 bilion).

# Nilai aset terkumpul itu bagaimanapun 28.88 peratus lebih rendah berbanding AS$3.65 bilion (RM12.84 bilion) tahun lalu dan hanya mewakili 7.15 peratus kekayaan terkumpul semua individu dalam senarai 40 orang paling kaya Malaysia itu yang berjumlah AS$36.41 bilion (RM127.74 bilion).

# Usahawan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim terus mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai orang Melayu paling kaya dan kedua paling kaya tahun ini.

# Turut mengekalkan kedudukan adalah Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir pada tempat ke-3 dan Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun tempat ke-4.

# Syed Mokhtar mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion), manakala Azman AS$470 juta (RM1.65 bilion).

# Walaupun kekayaan Syed Mokhtar dan Azman masing-masing susut daripada AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) dan AS$700 juta (RM2.46 bilion) tahun lalu, mereka mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dan ke-11 dalam senarai `40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.

# Mokhzani dan Kamarudin pula masing-masing memperbaiki kedudukan dari tempat ke-20 dan ke-21 tahun lalu kepada ke-16 dan ke-19 tahun ini.

# Peningkatan itu di sebalik penurunan nilai kekayaan masing-masing daripada AS$290 juta (RM1.02 bilion) kepada AS$215 juta (RM754.29 juta) dan AS$280 juta (RM982.34 juta) kepada AS$205 juta (RM719.21 juta) tahun ini.

# Tiga hartawan Melayu baru yang memasuki senarai tahun ini ialah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Bhd, Tan Sri Rozali Ismail pada tangga ke-31; Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir di tangga ke-37 dan Ketua Eksekutif Ranhill Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad di tangga ke-38.

# Nilai aset ketiga-tiga individu itu masing-masing berjumlah AS$130 juta (RM456.08 juta), AS$100 juta (RM350.83 juta) dan AS$98 juta (RM343.82 juta).

Artikel ini diperolehi dari arkib berita harian


Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

Monday, June 15, 2009

MOTIVASI JUTAWAN : Ganguan Emosi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pernahkah anda mengalami gangguan emosi..

Bosan,sakit hati,tertekan dan sebagainya..

Seolah-olah segala-gala yg ada dipersekitaran anda tidak berpihak kepada anda...

Anda bercita-cita dan berkeinginan besar...

Anda juga berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh...

Kegagalan seolah-olah sudah menjadi teman karib anda...

Dalam keadaan ekonomi dan pelbagai pergolakkan isu dunia seperti penyakit selseme ba alip ba ya (khinzir),pilihanraya yg bersilih ganti disetiap kawasan,penderaan amah indonesia yg menimbulkan kemarahan negara jiran kita dan beraneka macam cerita yg memberi impak kepada emosi kita.

Emosi perlu dijaga seeloknya kerana ia seperti sebuah enjin yg mengerakkan minda dan tubuh untuk pelaksaan sesuatu tugasan. Apakah santapan terbaik buat emosi? Mendekatkan diri dengan Allah, bagi yg muslim adalah satu salusi terbaik untuk anda. Anda juga boleh mendapatkan kata-kata nasihat daripada sesiapa yg rapat dengan anda. Kurangkan perbualan yg mencemuh,memaki dan menceritakan keburukkan orang lain. Perbanyakkan nilai-nilai positif dalam aktiviti harian anda...

Apabila Emosi anda stabil dan sihat, anda akan menjadi gembira dengan rohani yang sihat dan bertenaga. Kalau jadi Jutawan tapi emosi tak sihat akan mengundang musibah dikemudian hari..

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan

Ini santapan rohani untuk anda...





Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

Friday, May 1, 2009

MOTIVASI JUTAWAN : BANGKITLAH!!!!!!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya mendapat video ini daripada blog yg kerap saya layari,video ini membuatkan saya berasa sangat bertuah dan bersyukur, seolah-olah ia memberikan saya nafas baru dalam meneruskan misi dan perjuagan saya untuk bergelar seorang jutawan.

Saya akui, semakin rancak dan berkobar-kobar kita berimpian besar, semakin besar dugaan dan cabaran akan datang menjenguk kita. Semoga perkongsian ini dapat kita manafaatkan bersama....

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

Wednesday, April 8, 2009

MOTIVASI JUTAWAN : KOMITMEN UNTUK BERJAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam saya minum petang bersama salah seorang "top perfomer" dalam bidang sales di Maybank. En Zul namanya.. Apa yg membuatkan saya kagum pada beliau ialah bagaimana beliau dapat menjadi "top performer" untuk tempoh yg sangat lama. Beliau mampu mengekalkan prestasi beliau dan tidak jemu jemu membuat sales walaupun sudah berada hampir 4 tahun dalam bidang yg sama.

Jawapan yg keluar daripada mulut beliau amat mudah dan menyentuh perasaan saya.."Komitmen"....Beliau tidak menyambung atau menghuraikan secara mendalam apa komitmen beliau setiap bulan dan saya juga tidak mahu bertanya lebih lanjut kerana bertanggapan bahawa ia adalah sesuatu yg peribadi untuk diperkatakan secara terbuka.

Bila bercakap tentang komitmen, apa yg terlintas pada kepala kita ialah komitmen bulanan seperti Kereta,Rumah,belanja rumah dan lain-lain bil bulanan untuk dijelaskan. Kebanyakkan kita terperangkap dalam satu situasi dimana kita bekerja hanya untuk melepaskan tuntutan bulanan kerana itu sahaja komitmen pada pandangan mata kita. Dan situasi inilah yg menyebabkan ramai diantara kita bekerja hanya untuk cukup makan.

Maafkan saya jika artikel saya pada kali ini membuatkan sesiapa terasa tetapi saya secara tegas ingin mengingatkan diri saya sendiri supaya tidak hanyut dalam keadaan selesa dengan apa yg saya perolehi setiap bulan. "Comfort Zone" inilah bagi saya adalah pembunuh kepada rasa dahagakan kejayaan.

Cuba kita ubah pemahaman dan pandangan kita tentang komitmen kita, sebagai contoh : ADALAH MENJADI TUGAS SAYA UNTUK MENJADI JUTAWAN PADA USIA ....., jadi, kita akan bekerja,berusaha,mencari jalan dan melakukan sehabis upaya untuk memenuhi komitmen kita kepada tugas dan cita-cita kita iaitu "MENJADI JUTAWAN"

Setiap orang pastinya punya sebab dan alasan sendiri kenapa perlu anda menjadi seorang jutawan. Limpahan wang ringgit bukan satu kepastian untuk kebahagian hidup tetapi kebanyakkan masalah berpunca daripada wang ringgit. Saya doakan anda semua gigih berusaha dan beriktiar disaat-saat sukar ini.

Sekadar perkongsian ringkas untuk manafaat kita semua,

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

Saturday, March 14, 2009

MOTIVASI JUTAWAN: BERSUSAH-SUSAH DAHULU..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jutaan maaf saya mohon pada pembaca blog ini kerana rasanya lama betul tidak saya update blog ini. Kekangan kerja dan kesibukkan dalam melakukan perniagaan yg baru berusia sebulan amat membataskan masa saya.

Alhamdulillah, akhirnya saya telah mendapat kekuatan untuk kembali berkecimpung dalam perniagaan setelah peristiwa hitam gagal dalam perniagaan hampir 2 tahun lepas. Semoga pada kali ini saya lebih bersedia menghadapi cabaran dalam misi bergelar JUTAWAN.

Berkaitan dengan topik "BERSUSAH-SUSAH DAHULU" ini, kita memang sinonim dengan kejayaan tidak akan datang dengan cara yg mudah dan sememangnya kita perlu berusaha gigih dan bersusah-susah dahulu sebelum mencapai kejayaan.

Tengahhari tadi, saya menjamu selera di sebuah restoren kegemaran saya di TTDI iaitu Restoren Puteri milik Rubiah suparman. Memang kecur perut kalau melihat pada lauk pauk yg ada. Hari ni saya ambil lauk Ketam masak lemak dan ikan terubuk bakar. Perghhhhhhhhh....memang meleleh air liur..

Ramai diantara kita tahu betapa sedapnya ikan terubuk dan betapa sedapnya ketam. Tak kira la budak sampai ke bapak budak menggemari makanan ini walaupun jarang-jarang kita makan lauk tersebut. Antara sebab masakan ini jarang-jarang kita makan ialah kerana ketam dan ikan terubuk ini sangat susah nak makan. Ikan terubuk banyak tulang...ketam pulak kulit luarnya yg keras...tambah lagi, harga terubuk dan ketam sememangnya mahal.

Jika kita kaitkan situasi ini dalam kehidupan kita. Ramai diantara kita yg sedar bahawa kejayaan itu adalah sesuatu yg manis,enak,lazat, dan macam-macam kata yg baik untuk kita gambarkan. Jauh di lubuk hati kita, kita mengharapkan kejayaan datang pada kita tetapi kita tidak sanggup bersusah atau berdepan dengan cabaran yg bakal mendatang.

Ramai diantara kita gagal dalam mencapai kehendak kita kerana kita sendiri tidak sanggup untuk berdepan dengan kesusahan. Belum apa-apa kita dah mengaku kalah. Modal kejayaan yg ada pada tokoh-tokoh usahawan yg berjaya diseluruh dunia adalah motivasi diri yg tinggi. Mereka tidak mahu kalah dalam menghadapi cabaran kerana mereka pasti tentang kenikmatan kejayaan yg akan mereka perolehi.

"Kejayaan dan alasan tidak boleh berada pada satu tempat yg sama"

Sekadar post ringkas untuk perkongsian kita bersama, Jumpa lagi

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

Monday, February 16, 2009

MOTIVASI JUTAWAN : Berfikir Positif!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam saya bersarapan di "food court" berhempiran tempat kerja saya, lantas ada beberapa orang wanita melayu sedang menikmati sarapan pagi sambil berborak-borak dan membelek surat kabar. Dari meja tempat saya duduk saya masih boleh mendengar dengan jelas perbualan mereka (telinge saya memang special..capang..huhu),perbualan mereka berkisar tentang berita-berita yg terdapat didalam suratkabar yg dibaca oleh salah seorang dari mereka.

Bermula dengan cerita artis nora danish dan fasha sanda bergaduh,dato K dan siti nurhaliza,abby abadi dan norman hakim,mawi dan ekin dan kebanyakkannya cerita rumahtangga dan skandal artis. Dalam sehari, purata percakapan seorang manusia normal tidak kira secara perbualan secara vokal dan percakapan didalam hati adalah sebanyak 78,000 patah perkataan.

Seorang pakar motivasi pernah berpesan kepada saya semasa saya menghadiri seminar motivasi Ahad lepas bahawa kita cenderung kearah apa yg kita perkatakan setiap hari.Didalam 78,000 patah perkataan terkandung perkara positif dan perkara negatif. Kebiasaannya perkara negatif adalah perkara yg selalu kita ungkapkan pada diri kita seperti, saya Malas, penat,mengantuk,tak boleh,susah dan sebagainya.

Jika anda ingin berjaya, anda sepatutnya mengurangkan perkataan negatif yg terkandung didalam percakapan anda termasuk kata hati,perbualan dan sebagainya. Banyakkan kata-kata positif kerana ia akan menarik perkara-perkara positif kepada diri anda. Dengan sentiasa berfikiran positif, anda akan menjadi bersemangat,rajin, dan disenangi ramai.

Sekadar perkongsian ringkas untuk saya sendiri mengingatkan dan memperbaiki diri saya.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

Sunday, January 11, 2009

MOTIVASI JUTAWAN : STAMINA DALAM PERNIAGAAN.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pencapaian tertinggi saya dalam sukan Olahraga ialah mewakili sekolah dalam acara 4 x 100M,400M dan merentas desa. Kita boleh kategorikan acara 100M sebagai acara larian jarak pendek, 400M jarak sederhana dan merentas desa merupakan acara jarak jauh.

Dalam acara 100m, kepantasan larian amatlah dititikberatkan. Anda perlu bermula pantas dengan melonjakkan badan anda kedepan dan berlari dalam momentum pantas dan semakin pantas. Dalam acara 100M ini, dapat kita lihat bahawa rekod kejohanan sering diperbaharui dari tahun ke tahun. Kebiasaannya dalam larian 100M, latihan yg diberikan amatlah berbeza. Ia banyak menitikberatkan dalam membentuk otot dan kekuatan kaki. Teknik larian juga pastinya berbeza dengan acara sederhana dan jarak jauh dalam sukan olahraga.

Dalam acara 400M pula, Permulaan larian masih pantas tetapi tidak mendadak dengan momentum yg cepat seperti 100M. Ia lebih kepada strategi untuk menggunakan kepantasan pada selekoh-selekoh tertentu.

Merentas desa merupakan acara jarak jauh dan kawalan minda,stamina dan pernafasan amatlah dititik beratkan. Jika tidak, anda pasti tidak dapat menghabiskan larian kerana ia perlu kosisten dengan jarak dan tempo larian anda.

Berikut adalah ulasan ringkas dan pendapat saya sendiri semasa saya menyertai acara olahraga tersebut. Saya pun bukannya jaguh olimpik...sekadar wakil sekolah saja. Tapi apa yg menarik saya ialah Stamina yg diperlukan dalam acara olahraga tersebut. Jika ia dikaitkan dengan usaha kita bergelar ahli perniagaan yg menjurus kearah "JUTAWAN", kita memerlukan stamina dalam perniagaan.

Stamina tersebut bagi memastikan kita berada pada landasan yg betul tepat dengan matlamat diri kita iaitu "MENYUDAHKAN PERLUMBAAN DENGAN JAYANYA". Didalam dunia perniagaan juga terdapat 3 situasi sama seperti sukan dalam olahraga iaitu JARAK PENDEK,SEDERHANA dan JARAK JAUH. Anda perlu bijak mengkategorikan jarak larian anda. Ada masa anda perlu memecut,berlari sederhana dan berlari perlahan dengan kosisten.

Jika anda masih gagal mengetahui kategori anda, pastinya anda akan gagal dalam perlumbaan anda. Dengan hati yg lapang dan gembira, saya mendoakan kecerian pembaca blog KisahJutawan untuk terus berusaha dengan stamina yg kosisten. Sedikit sebanyak, saya juga memberi teguran kepada diri saya sendiri. Pastinya, dengan usaha yg betul. Kejayaan pasti akan muncul.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

Thursday, January 1, 2009

Motivasi Jutawan : Selamat Tahun Baru!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat tahun baru saya ucapkan pada semua dan kepada umat islam, masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat menyambut Awal Muharam 1230 Hijriah.

Kelmarin, iaitu sehari sebelum menjelang tahun baru, saya diberikan diari atau prganizer percuma daripada syarikat majikan tempat saya bekerja..Memang cantik diari tersebut, isi kandungannya juga sangat teratur dan mudah untuk diurus. Ramai rakan-rakan tempat saya bekerja bersemangat untuk mengisi diari baru tersebut..kecuali saya..Bukan kerana saya tidak mahu beriye-iye mengisi diari tersebut..tetapi kepala saya mengelamun teringat dengan diari saya tahun lepas. Saya ada menetapkan target, goal atau impian saya dalam diari tersebut.

Pertamanya, saya amat malu dengan diri sendiri kerana saya masih gagal mencapai impian saya. Saya buntu dan sedih apabila memandang diari baru 2009 tersebut. Adakah ia akan kembali berulang pada 2010. Saya sering bermotivasi untuk berjaya dan kerap memasang impian besar. Dimana silapnya?

Saya mendapat informasi yg cukup berguna semalam daripada rakan saya, info yg saya rasakan sesuatu yg perlu saya kongsi. Kegagalan sesuatu matlamat atau (goal) kebiasaannya terjadi pada peringkat awal lagi iaitu peringkat "menetapkan impian" atau "goal Setting"...artikel ini saya perolehi dalam bahasa Inggeris..dan saya akan post dalam bahasa inggeris kerana lebih mudah difahami.

Creating S.M.A.R.T. Goals

S pecific
M easurable
A ttainable
R ealistic
T imely

Smart Goals

Specific - A specific goal has a much greater chance of being accomplished than a general goal. To set a specific goal you must answer the six "W" questions:

*Who: Who is involved?
*What: What do I want to accomplish?
*Where: Identify a location.
*When: Establish a time frame.
*Which: Identify requirements and constraints.
*Why: Specific reasons, purpose or benefits of accomplishing the goal.

EXAMPLE: A general goal would be, "Get in shape." But a specific goal would say, "Join a health club and workout 3 days a week."

Smart Goals

Measurable - Establish concrete criteria for measuring progress toward the attainment of each goal you set. When you measure your progress, you stay on track, reach your target dates, and experience the exhilaration of achievement that spurs you on to continued effort required to reach your goal.

To determine if your goal is measurable, ask questions such as......How much? How many? How will I know when it is accomplished?

Smart Goals

Attainable - When you identify goals that are most important to you, you begin to figure out ways you can make them come true. You develop the attitudes, abilities, skills, and financial capacity to reach them. You begin seeing previously overlooked opportunities to bring yourself closer to the achievement of your goals.

You can attain most any goal you set when you plan your steps wisely and establish a time frame that allows you to carry out those steps. Goals that may have seemed far away and out of reach eventually move closer and become attainable, not because your goals shrink, but because you grow and expand to match them. When you list your goals you build your self-image. You see yourself as worthy of these goals, and develop the traits and personality that allow you to possess them.

Smart Goals

Realistic - To be realistic, a goal must represent an objective toward which you are both willing and able to work. A goal can be both high and realistic; you are the only one who can decide just how high your goal should be. But be sure that every goal represents substantial progress. A high goal is frequently easier to reach than a low one because a low goal exerts low motivational force. Some of the hardest jobs you ever accomplished actually seem easy simply because they were a labor of love.

Your goal is probably realistic if you truly believe that it can be accomplished. Additional ways to know if your goal is realistic is to determine if you have accomplished anything similar in the past or ask yourself what conditions would have to exist to accomplish this goal.

Smart Goals

Timely - A goal should be grounded within a time frame. With no time frame tied to it there's no sense of urgency. If you want to lose 10 lbs, when do you want to lose it by? "Someday" won't work. But if you anchor it within a timeframe, "by May 1st", then you've set your unconscious mind into motion to begin working on the goal.

T can also stand for Tangible - A goal is tangible when you can experience it with one of the senses, that is, taste, touch, smell, sight or hearing. When your goal is tangible you have a better chance of making it specific and measurable and thus attainable.

Kepada semua, marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha gigih dalam mencapai impian masing-masing. Tidak kira anda ingin menjadi seorang Jutawan MLM, JUtawan Hartanah, Jutawan Forex, Jutawan Unit Amanah, Jutawan kedai makan, Jutawan Insuran dan pelbagai-bagai lagi bidang keushawanan yg anda ingin ceburi....Teruskan impian dan cita-cita anda...

Moga perkongsian ilmu kali ini akan memberikan manafaat pada semua.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

Thursday, November 13, 2008

MOTIVASI JUTAWAN : Budaya Mencari Alasan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali saya memohon seribu kemaafan diatas kelewatan dan kegagalan saya meng"update" atau dalam bahasa ibunda mengemaskini blog "KISAH JUTAWAN". Saya mempunyai tugasan luar selama 10hari di negeri jelapang padi Kedah Darul Aman.Bukannya di negeri Kedah tiada talian internet, tetapi kerana kekangan masa dan tugasan membuatkan saya tidak sempat untuk menulis dan berkongsi idea serta cerita. Apa pun alasan saya, sewajarnya saya harus memohon maaf.

Bercerita tentang budaya memberi alasan, kebiasaannya manusia khususnya kaum Melayu akan memberikan alasan apabila gagal melakukan sesuatu. Sebagai contoh, apabila seorang pelajar gagal dalam peperiksaan, dia akan ditanya oleh ibu bapanya kenapa dia gagal, dan secara spontan, pelajar tersebut akan mencari alasan bagi menyokong dan seolah-olah mengharap restu kegagalan dirinya.

Saya sendiri sering memberikan alasan apabila gagal melakukan sesuatu. Sebagai contoh, hari ini saya telah mendapat khabar gembira apabila seorang rakan saya telah menjana pendapatan RM12,000 dalam perniagaan internetnya. Saya juga telah berkecimpung dan memasang cita-cita untuk berjaya dalam perniagaan internet, tetapi kerap mencari alasan untuk menyokong kegagalan saya menjadi seperti rakan saya yang telah berjaya. Berbeza dengan rakan saya,tidak menganggap sesuatu masalah itu sebagai alasan tetapi sebagai suatu cabaran yang perlu diharungi.

Apabila kita memandang sesuatu masalah itu sebagai satu cabaran, secara tidak langsung, kita akan mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Mungkin ada diantara kita yang sudah menjadi tabiat dirinya untuk memberi alasan apabila gagal. Tips mudah dari saya. Anda perlu mencari alasan untuk anda berjaya...jangan cari alasan untuk anda gagal. Sebagai contoh...Saya perlu mendapat pendapatan RM12,000 sebulan kerana..........setelah anda berjaya mencapai apa yg anda inginkan, ini secara tidak langsung menandakan anda telah GAGAL untuk menjadi orang yg GAGAL.

Apakah alasan anda untuk tidak gagal menjadi orang yg berjaya???? Tepuk dada, tanya selera...

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

Thursday, October 30, 2008

MOTIVASI JUTAWAN : Cita-cita saya...Perancangan dan Pelaksanaan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam saya membelek sijil-sijil saya semasa saya berada disekolah rendah,lucu juga bila melihat tandatangan saya yang masih tidak berubah daripada darjah 3 sehingga kini. Apa yang menarik didalam sijil-sijil tersebut ialah satu borang kokurikulum yang meminta saya menulis cita-cita saya setiap tahun.

Cita-cita saya semasa saya darjah 2,3,4,5,6 berubah-rubah mengikut tahun. Saya pun tidak pasti mengapa. Tetapi jika ada orang yg bertanya kepada saya apakah cita-cita saya sekarang. Saya akan menjawap "ANGKASAWAN". Sengaja menjawap begitu kerana bagi saya untuk menjadi "ANGKASAWAN" adalah sesuatu yg tidak mustahil lagi di Malaysia. Seperti di US sekarang, melawat angkasa lepas adalah satu trend gaya hidup mewah kerana ramai yang menjadi pelancong angkasa lepas dengan membayar sejumlah wang yg boleh tahan banyaknya. :)

Tutup cerita tentang Angkasawan...hehe..Bila berfikir kembali kenapa cita-cita saya berubah setiap tahun adalah kemungkinan kerana pendedahan dan kematangan berfikir yang meningkat setiap tahun. Persoalannya ialah, apa sebenarnya perancangan dan matlamat hidup anda. Cita-cita atau perancangan kehidupan manusia dipengaruhi oleh sejauh mana kemampuan seseorang itu berfikir.

Saya ada seorang kawan yang ingin menjadi pemandu lori semasa saya darjah 3. Bila saya tanyakan kenapa? katanya, pakciknya seorang pemandu lori dan dia sering melihat pakciknya mengeluarkan duit merah-merah dari poket seluar. Jadi persoalannya sekarang, adakah rakan saya itu bercita-cita ingin menjadi pemandu lori atau sebenarnya hanya inginkan duit merah-merah?.

Ramai diantara usahawan dan Jutawan-jutawan di Malaysia dan luar negara yang berjaya mempunyai cabang perniagaan yang berbeza-beza. Malah ada diantara Jutawan-Jutawan yang masih bekerja tetapi mempunyai cabang perniagaan lain yg berlainan dari skop kerja seharian mereka. Terdapat juga mereka yang berjaya mempunyai latarbelakang pendidikan di Universiti yg berlainan dari perniagaan yang mereka jalankan.

Hidup ini memang penuh dengan perkara-perkara yang tidak disangka. Ia semua terpulang kepada anda bagaimana untuk "merancang dan melaksanakan" cita-cita dan hidup anda. Untuk menjadi seorang Jutawan. Anda harus mempunyai pelan perancangan yang praktikal dan berkesan untuk anda laksanakan.

Saya tertarik dengan blog En Zul BM iaitu www.asasteguh.com yang menceritakan tentang perancangan kewangan. Blog En Zul BM ini sarat dengan maklumat dan ilmu kewangan yg boleh anda praktikkan.Tidak kira anda seorang kakitangan kerajaan,suri rumah,kerja kilang atau apa-apa sekalipun. Anda perlu mempunyai pelan perancangan kewangan untuk diri anda. Ingat!...Jika anda bercadang untuk menjadi Jutawan,anda perlu merancang dan melaksanakan pelan anda.

Jika anda gagal merancang,anda sebenarnya merancang untuk gagal

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

Thursday, October 16, 2008

MOTIVASI JUTAWAN : Beriman kepada Qada dan Qadar

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Hari ini saya mendapat SMS dari rakan saya,bunyi SMS tersebut adalah,Anda percaya kepada Takdir? Mungkin dia dalam kekalutan menghadapi masalah hidup.Sebagai seorang Muslim kita diwajibkan untuk beriman kepada Qada dan Qadar. Apa itu Qada dan Qadar. Ramai diantara kita akan menjawab ia adalah "ketentuan". Setelah mengambil pendapat daripada golongan cerdik pandai ugama, jawapan bahawa Qada dan Qadar itu adalah "ketentuan" adalah sesuatu yg tidak lengkap.

Qada itu adalah "ketentuan"...Qadar itu adalah "masa". Bagaimana kita beriman kepada Qada dan Qadar bukan hanya berserah bulat-bulat kepada suratan takdir. Saya berikan anda contoh, Jika anda ingin mengumpul RM10,000 dalam masa 10 hari, berapa usaha atau simpanan yg perlu anda buat dalam sehari? RM1000 bukan? Bagaimana pula anda boleh menyimpan RM1000 sehari? Ketentuannya, anda perlukan RM10,000 dalam masa 10 hari, bagaimana anda berusaha melakukannya, anda yg menetapkannya. Selepas berusaha sesuai dengan kehendak, barulah anda boleh berserah kepada ketentuan ilahi.

Mungkin Post kategori MOTIVASI JUTAWAN pada kali ini agak islamik. Saya bukan ingin menjadi ustaz atau tuan guru. Sekadar memanafaatkan ilmu yang baru saya perolehi dari hasil tunjuk ajar dari "orang lama" yang saya rasakan sesuatu yg berharga dan perlu dikongsi bersama. Saya kan masih muda remaja dan banyak yg perlu saya pelajari.

Berbalik kepada topik ketentuan tadi. Kita dapat lihat bagaimana setiap Jutawan di Dunia ini tidak dijadikan secara kebetulan. Adakah mereka tidak pernah memasang impian langsung untuk bergelar Jutawan? Adakah salah untuk berimpian besar?. Saya sebenarnya secara peribadi melahirkan rasa kagum kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau berimpian besar supaya beliau boleh memberikan sumbangan besar kepada orang lain. Motivasi dan kesungguhan inilah yg perlu ada dalam diri kita. Persoalannya, adakah anda akan menjadi bertambah kedekut atau bertambah pemurah apabila sudah menjadi Kaya raya kelak?.Wang ringgit bukan segalanya, tetapi segalanya bermula dari wang ringgit?betul ke? Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Nasihat saya kepada kawan saya,anggaplah ujian yg mendatang itu sebagai exam bulanan yg perlu kita lalui semasa belajar dahulu, nak tak nak, kene tempuh dan setiasa bersedia. Bukan senang nak jadik senang, dan bukanlah susah hendak menjadi susah...cewah..Saya sedang mencari cerita teladan tentang Jutawan Muslim dari luar negara supaya kita dapat memanafaatkan bersama.Moga hari Jumaat esok akan memberikan rahmat kepada anda semua.wassalam

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan