Saturday, March 14, 2009

MOTIVASI JUTAWAN: BERSUSAH-SUSAH DAHULU..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jutaan maaf saya mohon pada pembaca blog ini kerana rasanya lama betul tidak saya update blog ini. Kekangan kerja dan kesibukkan dalam melakukan perniagaan yg baru berusia sebulan amat membataskan masa saya.

Alhamdulillah, akhirnya saya telah mendapat kekuatan untuk kembali berkecimpung dalam perniagaan setelah peristiwa hitam gagal dalam perniagaan hampir 2 tahun lepas. Semoga pada kali ini saya lebih bersedia menghadapi cabaran dalam misi bergelar JUTAWAN.

Berkaitan dengan topik "BERSUSAH-SUSAH DAHULU" ini, kita memang sinonim dengan kejayaan tidak akan datang dengan cara yg mudah dan sememangnya kita perlu berusaha gigih dan bersusah-susah dahulu sebelum mencapai kejayaan.

Tengahhari tadi, saya menjamu selera di sebuah restoren kegemaran saya di TTDI iaitu Restoren Puteri milik Rubiah suparman. Memang kecur perut kalau melihat pada lauk pauk yg ada. Hari ni saya ambil lauk Ketam masak lemak dan ikan terubuk bakar. Perghhhhhhhhh....memang meleleh air liur..

Ramai diantara kita tahu betapa sedapnya ikan terubuk dan betapa sedapnya ketam. Tak kira la budak sampai ke bapak budak menggemari makanan ini walaupun jarang-jarang kita makan lauk tersebut. Antara sebab masakan ini jarang-jarang kita makan ialah kerana ketam dan ikan terubuk ini sangat susah nak makan. Ikan terubuk banyak tulang...ketam pulak kulit luarnya yg keras...tambah lagi, harga terubuk dan ketam sememangnya mahal.

Jika kita kaitkan situasi ini dalam kehidupan kita. Ramai diantara kita yg sedar bahawa kejayaan itu adalah sesuatu yg manis,enak,lazat, dan macam-macam kata yg baik untuk kita gambarkan. Jauh di lubuk hati kita, kita mengharapkan kejayaan datang pada kita tetapi kita tidak sanggup bersusah atau berdepan dengan cabaran yg bakal mendatang.

Ramai diantara kita gagal dalam mencapai kehendak kita kerana kita sendiri tidak sanggup untuk berdepan dengan kesusahan. Belum apa-apa kita dah mengaku kalah. Modal kejayaan yg ada pada tokoh-tokoh usahawan yg berjaya diseluruh dunia adalah motivasi diri yg tinggi. Mereka tidak mahu kalah dalam menghadapi cabaran kerana mereka pasti tentang kenikmatan kejayaan yg akan mereka perolehi.

"Kejayaan dan alasan tidak boleh berada pada satu tempat yg sama"

Sekadar post ringkas untuk perkongsian kita bersama, Jumpa lagi

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

3 comments:

MIJI said...

Salam sukses,
Semoga kita semua tabah menghadapi dugaan dan cabaran dlm menggapai impian. :)

"Tiada kejayaan semanis madu,tapa usaha sepahit hempedu"

http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/

Unknown said...

Adess... rasa lapar plak tengah2 malam ni. Memang best makan kat restoran tu..

HazrulDaud said...

yes...bersusah susah dahulu..bersenang2 kemudian...i suka statement ni bro..!

jutawan perlu bersifat usahawan. dan usahawan perlu "berani gagal" dan bila gagal " berani mencuba lagi".

teringat kembali cerita lama kita, bila u kluarkan statement :
"Alhamdulillah, akhirnya saya telah mendapat kekuatan untuk kembali berkecimpung dalam perniagaan setelah peristiwa hitam gagal dalam perniagaan hampir 2 tahun lepas......."

Bagi saya , apa yg saya dapat ialah ada hikmah disebalik sesuatu kejadian..

saya langsung tak nyesal projek lama kita tu gagal ...sebab dgn " projek best kita yang terlingkup"..macam satu jalan cerita plak. dgn kes tu, saya jumpa bisnes yg saya buat sekarang dan akhirnya saya cover balik , naik balik dan saya lead team kat msia skrg..

so, ada hikmah disebalik suatu benda tu.. janji jangan patah semangat.