Showing posts with label JUTAWAN ANTARABANGSA. Show all posts
Showing posts with label JUTAWAN ANTARABANGSA. Show all posts

Friday, August 24, 2012

JUTAWAN DUNIA : KISAH KEINSAFAN: Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’

SUMBER DARI http://mynewshub.my

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.
Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.
Temubual:
Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” – Mynewshub.my

Tuesday, October 25, 2011

BERITA JUTAWAN : SEMINAR PELABURAN EMAS




PENDAFTARAN UNTUK SEMINAR PELABURAN EMAS DIBUKA KEMBALI UTK SESI KEDUA.

IQRAQ management training and consultancy dengan kerja sama rangkaian EMAS4ALL ingin menjemput sesiapa sahaja yg ingin menyertai seminar pelaburan EMAS.

Seperti yg kita sedia maklum,emas kini menjadi bualan ramai pihak memandangkan kenaikkan harga yg mendadak dalam tempuh 10 tahun. Siapa sangka EMAS yg dahulunya hanya dikenali sebagai barang perhiasan wanita kini mampu menjadi platform pelaburan yg menjana keuntungan 30-40% setahun. Atas sebab itu juga banyak pelaburan-pelaburan skim cepat kaya dan scam menggunakan nama EMAS sebagai platform pelaburan mereka. RAMAI YG DAH TERJERAT !!!.

Atas inisiatif ini IQRAQ dan EMAS4all mengadakan seminar terbuka kepada sesiapa sahaja yg ingin mendalami ilmu tentang EMAS. Seminar ini tiada kaitan dengan mana-mana syarikat pengeluar emas dan anda sendiri akan dibekalkan ilmu untuk menjadi pelabur berilmu dan bijak. Walaupun anda masih mentah,keliru dan kurang faham, seminar ini akan membimbing anda. (yg dah expert tak payah la join). Anda tidak akan terikat dengan mana-mana syarikat ataupun skim jika menyertai seminar ini.

Anda akan dibekalkan ilmu :

1) Pengenalan EMAS ( sejarah,Jenis,sifat,sumber,ukuran timbang emas,kaedah menentukan ketulenan emas)

2) Bentuk Pelaburan EMAS (penentuan dan rujukan harga,senarai pembekal-pembekal emas,bentuk pelaburan EMAS yg sah,strategi dan perancangan pelaburan)

3)Skill dan teknik asas Pelaburan dan Perniagaan EMAS (pengurusan risiko pelaburan emas,strategi mengurus stok,skill menambat inflasi menggunakan EMAS,analisa mudah melihat trend harga EMAS, Teknik gadaian Arrahnu bagi tujuan persaraan,pendidikan,hutang rumah@kenderaan, dan skill membina asset lain daripada EMAS)

Sesiapa sahaja yg menyertai Seminar ini akan terus dipelawa menjadi usahawan EMAS yg diberikan harga diskaun 10%-12% bagi produk-produk EMAS seperti rantai leher,gelang,syiling,gold bar dan sebagainya.


Seminar akan diadakan di Kajang, Pusat Tusyen Gemilang (berhadapan MetroPoint,sebaris restoren Ayza) pada 30/10/2011 jam 10 pagi-1230. yuran seminar adalah RM40.00 sahaja. (hanya maksimum 15 tempat sahaja disediakan).

Sila Hubungi :

HAIZAL 0193555388
Hafizul Zamanl 0193851624








Tuesday, October 18, 2011

INFO JUTAWAN : 3 strategi perniagaan Steve Jobs


Artikel ini dari sumber http://www.irfankhairi.com

Baru-baru ini pastinya anda juga telah ketahui pengasas Apple, ikon usahawan Steve Jobs telah meninggal dunia. Sebagai ikon usahawan dan inspirasi kepada ramai generasi usahawan kini, Steve Jobs telah meninggalkan berbagai teknik dan strategi perniagaan. Antara 3 strategi perniagaan Steve Jobs…


Fikir berbeza
Slogan Apple satu masa dulu adalah “Think Different”. Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat.
Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.

Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!

Komunikasi dalam perniagaan
Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya.
Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.

Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara meneyluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!

Keep it simple
Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan ’simplicity’ dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!
Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan - jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep ’simple’, dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek.

Mudah idea -idea ini dapat membantu anda dalam perniagaan anda.

ARTIKEL INI diperolehi daripada http://www.irfankhairi.com laman yg penuh dengan motivasi dan info perniagaan.












Friday, January 21, 2011

JUTAWAN ANTARABANGSA : Akio Morita (Pengasas Sony)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah lama rasanya saya bertangguh untuk menulis,maaf kan saya, sedikit sibuk kebelakangan ini kerana urusan peribadi dan pertukaran kerja yg mendadak. Semalam saya makan disebuah restoren thai berhampiran dengan rumah saya. Direstoren itu saya terlihat seorang anak kecil berusia kira-kira 6 tahun. Sedang leka ibu dan bapanya menjamu selera, anak kecil ini seolah-olah ada dalam dunianya sendiri bermain permainan yg "hot" masa kini. PLAYSTATION....

Teringat saya semasa saya masih bersama Maybank Credit Card Sales, semasa Maybank mengadakan Treatfair dan Sony PSP ini dijual dengan harga yg sangat murah untuk pelanggan terawal. Beratur panjang semua orang, sehinggakan sampai giliran seorang pakcik. PSP tersebut telah habis terjual...apa lagi..meraung sakan lah anaknyer...hehe

Disebalik jenama gergasi Sony Corp ialah lelaki bernama Akio Morita. Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1921. Beliau dan sahabatnya Masaru Ibuka merupakan Pengasas bersama jenama Sony. Keluarga Morita telah menjalankan perniagaan sake, miso dan soy sauce sejak tahun 1665. Mengikut tradisi keluarga, Morita perlu meneruskan generasi perniagaan ini.

Sebagai anak sulung daripada 4 beradik, beliau menunjukkan kecenderungan dalam ilmu matematik dan fizik lantas membolehkannya melanjutkan pelajaran di Osaka Imperial University dalam Ijazah Fizik. Beliau kemudiannya berkhidmat didalam tentera laut semasa perang dunia kedua dan disitulah beliau mengenali Masaru Ibuka.

Pada 7 Mei 1946, beliau bersama Masaru Ibuka menubuhkan Tokyo Telecommunications Engineering Corporation dan kemudiannya dikenali sebagai sony dengan hanya kira-kira 20 pekerja dan bermodalkan ¥190,000. Usia beliau pada ketika itu hanyalah 25 tahun manakala sahabatnya 38 tahun. Produk pertama SOny adalah Magnetic recording tape dan kini produknya telah menjangkaui kepelbagaian produk seperti Betamax home video recorder,Walkman,Discman,VHS dan banyak lagi.

Sony berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat pada 1960 dan pada 1961 SOny telah tersenarai dalam New York Stock Exchange. 3 Oktober 1999 beliau meninggal dunia pada usia 78. Saya pernah terbaca diakbar suatu ketika dahulu apabila seorang wartawan bertanyakan apakah rahsia kejayaan beliau..Jawapan beliau sangat mudah, Di SONY, semua orang sangat jelas dengan matlamat syarikat...Kami bermula disini bukan daripada lakaran kosong, apa yg kami lakukan ialah menyelidik dengan teliti kehendak pasaran, mengambil produk sedia ada dipasaran dan mengubah ia menjadi lebih kecil,hebat dan berdaya maju. Perkara terakhir ialah menjual ia kepada masyarakat dunia.

Dewasa ini telah ramai orang berjaya dalam pelbagai bidang, kita amat beruntung kerana kita tidak perlu menjadi perintis atau pemula dalam sesuatu bidang, apa yg perlu kita lakukan ialah, mengadaptasi jalan kejayaan yg sedia ada dan sentiasa menambah baik cara serta jalan tersebut. Mudah bukan? jangan serabut-serabut dan marilah mencontohi kejayaan Akio Morita!!

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan













Wednesday, November 24, 2010

JUTAWAN ANTARABANGSA : Warrent Buffet dari Arab! - Al-Waleed bin Talal


Majalah Forbesyang tersohor dengan senaraian jutawan-jutawan dunia telah mengiktiraf dan meletakkan nama Putera al Waleed Talal yang berusia 52 tahun (7 March 1955) adalah sebagai individu ketiga belas terkaya dunia dengan nilai aset melebihi USDS20.3 bilion pada tahun 2007. Berdasarkan harta kekayaan yang dimilikinya, Putera al Waleed digelar 'Arabian Warrent Buffet' oleh Majalah Time

Sejarah perniagaan

Putera al Waleed memulakan aktiviti perniagaannya sebaik saja tamat belajar dari Kolej Menlo, California. Peringkat awainya beliau banyak terlibat sebagai broker kepada entiti perniagaan antarabangsa yang mahu menjaring perniagaan dengan syarikat-syarikat di bumi Arab Saudi. Selepas itu beliau mula melabur dalam sektor hartanah dan menjadi pelabur utama dalam industri perbankan Arab Saudi. Kebanyakan pelaburannya dibuat ke atas syarikat-syarikat yang mengalami masalah kewangan dan sememangnya Putera al Waleed memiliki tahap kesabaran yang tinggi dalam melihat syarikatyang dilaburnya kembali pulih. Malah ada yang menjangkau lebih satu dekad untuk membuat keuntungan.

Ini termasuklah konglomerat tersohor dunia, Citicorp di mana beliau merupakan pemegang saham terbesar syarikat itu. Putera al Waleed turut memegang sejumlah besar saham dalam syarikat AOL, Apple Computer, Worldcom, Motorola dan News Corporation Ltd. Demikian juga dalam sektor perhotelan di mana beliau memiliki beberapa ragkaian hotel terkemuka termasuk Hotel Four Seasons, Hotel Plaza (New York), Savoy Hotel (London), Monte Carlo Grand Hotel dan banyak lagi.

Liberalisme

Kejayaan perniagaannya boleh dilihat kepada sikapnya yang begitu liberal sebagaimana ideologinya terhadap dunia politik. Misalnya beliau antara kerabat di Raja Arab Saudi yang begitu lantang menyaran diadakan pilihanraya di negaranya. Beliau turut terkenal dengan kelantangan memperjuangkan hak-hak wanita di Arab Saudi. Dalam perniagaan, beliau tidak melihat agama atau bangsa sebagai halangan. Misalnya dalam syarikat Citicorp. Meskipun beliau merupakan pemegang terbesar saham syarikat itu, namun presidennya beragama Yahudi. Demikian juga pelaburan pembangunan yang dilakukan di bumi Palestin dan Tebing Barat.


Kemasyarakatan


Peristiwa 11 September 2001 tidak sedikit pun menjejaskan hubungannya dengan Amerika Syarikat. Meskipun pihak rejim Bush melancarkan kempen besar-besaran menentang keganasan yang katanya dimulakan oleh umat Islam. Malah Putera al Waleed melakukan lebih banyak kegiatan murni dalam membebaskan tanggapan Barat terhadap masyarakat Islam khususnya Timur Tengah.

Dermawan

Putera al Waleed juga terkenal sebagai seorang yang dermawan. Ini terbukti melalui aktiviti pendermaan yang dilakukan di serata dunia termasuk Timur Tengah, Asia dan Afrika. Pada bulan Disember 2005, beliau telah menderma sebanyak USDS20 juta kepada Universiti Harvard bagi membiayai pengajian Islam di sana.

Meskipun Arab Saudi mengamalkan sistem pentadbiran bermonarki, namun Putera al Waleed tidak tergolong dalam barisan eksekutif pemerintahan 'House of Saud'. Hal ini dilakukan kerana minatnya lebih mendalam terhadap dunia perniagaan.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan













Sunday, September 12, 2010

JUTAWAN ANTARABANGSA: Soichiro Honda....bermula dari impian..kepada realiti Empayar permotoran..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya menyambut hari raya saya di Kluang Johor kampung sebelah ibunda saya. Seperti biasa, suasana hari raya memang meriah dengan saudara dan sahabat handai datang mengunjung. Semua melaram dengan baju baru,songkok baru, kasut baru...itu bagi kanak-kanak. Bagi golongan dewasa pula, mereka lebih suka melaram dengan handphone atau kenderaan baru.

Semasa saya memandu pulang ke Kuala Lumpur, Banyak sungguh saya perasan yg kenderaan baru di Jalan raya berjenama Honda. Kebanyakkannya Honda city lah. Memang cantik...gerekkkk seh kata orang johor. Lantas saya terfikir mengenai pencipta kenderaan buatan Jepun yg sememangnya telah mencipta nama bukan sekadar diAsia, Malah barat juga mengakui kehebatan kenderaan ciptaan negara Matahari terbit ini.

Soichiro Honda adalah nama pencipta jenama unggul dalam industri permotoran ini. Membaca biografi beliau amat menyentuh hati saya. Salah satu temubual yang pernah saya baca, beliau mengatakan segalanya bermula daripada sebuah impian dan sejuta persoalan. Beliau masih ingat betapa naif dan mentahnya beliau semasa melihat kenderaan pertama dalam hidupnya. Beliau mengejar kenderaan tersebut semahu mungkin. Sehingga terlalu letih dan melutut beliau masih memikirkan, bagaimana kenderaan itu boleh bergerak dengan kuasa sendiri.

Impian dan semangat ingin tahu telah mengubah hidup beliau. Soichiro Honda dilahirkan bukan dalam sebuah keluarga yg kaya raya. Bapanya hanyalah seorang tukang besi yg membuat kerja-kerja kimpalan dan ibunya pula seorang penenun kain. Dilahirkan pada 17 November 1906, beliau mempunyai minat yg tinggi terhadap teknologi moden. Beliau sering diejek sebagai "si hidung hitam" kerana sering kesekolah dalam keadaan comot kerana membantu ayahnya membuat kerja. Bakatnya dalam bidang penciptaan dapat dilihat sejak kecil kerana beliau telah membuat permainannya sendiri dan kerap mengikut datonya ke sebuah kuari utk menyaksikan bagaimana mesin disana berfungsi.

Pengalaman bekerja di auto shop di Tokyo benar-benar mengubah hidup beliau. Bermula dari bawah, beliau berjaya menjadi mekanik termuda dan mula bekerja dengan pasukan lumba Art daimler. Pada usia 17tahun, beliau berjaya membawa pasukan itu memenangi "Chairman's Trophy". Berkat pengalaman, tertubuhnya Honda Motor Co. Ltd pada September 1948. Bersama rakannya Takeo Fujisawa, beliau mengeluarkan produk pertamanya iaitu sebuah motosikal bernama "Dream" iaitu motosikal 2 strok dengan 98cc. Bagaimanapun, produk ini gagal dipasaran.

Honda bukanlah seorang yg mudah mengalah, beliau membuat kajian terperinci tentang kehendak pasaran dan produk yg dapat memenuhi kehendak semasa, lantas terciptalah honda cup 50cc. Honda cup 50cc ini adalah permulaan kejayaan mereka kerana permintaan yg tinggi dipasaran. Ia terkenal diJepun dan juga peringkat antarabangsa.

Honda meluaskan empayarnya ke USA dengan membuka cawangan pertama di Los Angeles pada 1959 walaupun hanya dengan 6 pekerja sahaja. Bermula tahun 1963, Honda merupakan pengeluar motor terbesar di amerika syarikat dengan kadar pengeluaran 100,000 motor sebulan. Sehingga penghujung 80an. Honda masih mengekalkan 60% penguasaan dalam industri penjualan motorsikal.

Kini, teknologi Honda telah merantau jauh keseluruh dunia. Pelbagai teknologi automotif dikembang sehingga merangkumi teknologi robotik. Bermula dari satu visi lelaki hebat bernama Soichiro Honda. Empayarnya bakal menjadi lagenda seribu tahun lagi.

Salam Jutawan dari saya.

Haizal Ramdzan











Thursday, June 3, 2010

JUTAWAN ANTARABANGSA : CRISTIANO RONALDO....


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ramai peminat bola sepak menantikan bulan June sempena menyambut kehangatan piala dunia yg bakal berlangsung di Afrika Selatan. Pastinya setiap peminat bola sepak punya pasukan pilihan...ada yg memilih italy,argentina,england atau brazil. Saya memilih pasukan sepanyol memandangkan corak permainan pantas dan beberapa nama besar dalam pasukan sepanyol itu sendiri.

Semalam semasa saya ber "window Shopping" di kedai al ehsan melihat-lihat kasut dan pakaian sukan, saya terpandang poster CRISTIANO RONALDO, seorang permain yang pernah mendapat anugerah pemain terbaik dunia yang sekarang bermain untuk pasukan Real Madrid dan pasukan kebangsaan Portugal.

Teringat pulak saya bagaimana kecohnya sukan bola sepak apabila beliau dinilai sebagai pemain termahal dunia semasa Real Madrid membeli beliau daripada pasukan Manchester United. Lantas saya mencari info mengenai pemain kegemaran ramai ini, Bagaimana beliau bermula dan kini mampu menjana pendapatan 6.8Juta Pound setahun.

Beliau dilahirkan di sebuah kepulauan kecil bernama Madeira dibawah jajahan Portugal pada 5 Febuari 1985. Bapanya menamakan beliau sempena nama Ronald Reagen memandang bapa beliau amat meminati kharisma yg ada pada Ronald Reagen. Tanpa menjangkakan anaknya akan menjadi antara pemain bola sepak terhebat dalam sejarah bola sepak dunia memandangkan Kepulaun Madeira yg hanya terkenal dengan pertanian.

Dikepulauan Madeira inilah Ronaldo mengasah bakat beliau dengan bermain bola sepak jalanan. Beliau amat meminati sukan bola sepak dan sememangnya berbakat besar dalam sukan ini. Semasa beliau berusia 12 tahun, bakatnya dikesan oleh seorang pencari bakat memandangkan status sebagai pemain terbaik dari pulau madeira itu.

Beliau diburu oleh kelab Porto dan Boavista tetapi hatinya tetap ingin bermain untuk Sporting Lisbon iaitu kelab yg disokongnya sejak kecil lagi. Beliau perlahan-lahan mengembangkan bakatnya dan berjaya meletakkan namanya dalam kesebelasan utama pasukan Sporting Lisbon pada usia 17 tahun.

Kelab-kelab besar Eropah seperti Juventus dan Liverpool juga menaruh minat keatas Cristiano Ronaldo semasa beliau beraksi untuk pasukan U-17 pasukan Portugal. Permulaan kepada kemuncak kerjaya Ronaldo bermula apabila pasukan Manchester United mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Sporting Lisbon dimana Cristiano Ronaldo memainkan peranan penting keatas kemenangan pasukan Sporting Lisbon keatas pasukan Manchester United 3-1.

Selesai perlawanan tersebut. Kebanyakkan pemain Manchester United yg kagum dengan kehebatan ROnaldo merayu kepada Alex Ferguson utk membeli ROnaldo dan Alex Ferguson membeli Ronaldo dengan harga 12.24Million Pound. Status sebagai pemain remaja termahalk di Britain tidak memberikan tekanan kepada beliau, dan bersama Alex Ferguson, beliau berjaya mengembangkan bakat beliau sehingga menjadi pemain terbaik dunia.

Beliau kemudiannya disunting oleh kelab ternama Sepanyol Real Madrid sebagai pemain termahal dunia. Kehebatan beliau dipadang juga mengundang penajaan produk yg mengambil beliau menjadi duta produk seperti Nike,Castrol,Clear dan lain lain lagi.

Cristiano Ronaldo membuktikan untuk menjadi seseorang yg terhebat, anda tidak perlu lahir dalam golongan keluarga yg hebat. Lihat seperti ROnaldo, seorang anak petani dari kepulauan kecil mampu menjad pemain terhebat dunia dengan pendapatan jutaan Pound setahun. Jangan lupa menyaksikan kelibat beliau di Piala DUnia nanti ya!

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan










Friday, February 26, 2010

JUTAWAN ANTARABANGSA : Philip Knight...pengasas kasut berjenama NIKE


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Maulidur rasul kali ini saya sambut dengan hanya bermuhasabah diri mengenang kembali perjuagan junjungan tertinggi kita Nabi Muhammad S.A.W...Moga perjuagan baginda akan menjadikan kita bersyukur dan memelihara reputasi agama Islam sebaik mungkin..

Kelmarin saya "berjogging" disekitar rumah saya, memandangkan cuaca elok pada waktu petang dan perut saya pun sudah agak kedepan (PJK..perut jauh kehadapan)...saya mengambil peluang berjogginglah...Biasalah..dah lama tak jogging..nak carik baju dan seluar yg sesuai pun susah...dah lupe sebenarnyer letak kat mana..

Bercerita tentang jogging...saya selesa menggunakan kasut Nike Air Max yg memang agak ringan bagi saya. Memang sebelum sebelum ini pun saya selesa menggunakan kasut Nike. Semenjak zaman ketika mewakili sekolah dalam acara maraton atau merentas desa (cewah cewah)...Sedang saya mengikat tali kasut, saya terfikir, siapa pengasas jenama hebat NIKE ini. Kini NIKE bukan hanya sekadar sepatu yg digunakan untuk berlari tetapi merentasi dunia sebagai satu nama gah dalam bidang sukan meliputi hampir kesemua acara.

Cari punya cari...saya terjumpa...NIKE diasaskan oleh orang yg bernama Philip Knight seorang atlit Universiti Of Oregon dan Jurulatihnya bernama Bill Bowerman dibawah syarikat Blue Ribbon Sports. Blue Ribbon Sports yg ditubuhkan pada Januari 1964 pada peringkat awalnya merupakan pengedar kasut larian daripada Jepun iaitu Onitsuka Tiger.

Cetusan awal untuk mengeluarkan kasut jenama sendiri timbul apabila kontrak pengedaran kasut Onitsuka Tiger yg hampir tamat sekitar pada 1971. Hasil daripada kajian dan pengalaman pemasaran semasa menjadi pengedar. Mereka mencipta kasut jenama mereka yg pertama iaitu kasut untuk sukan Bola Sepak yg dinama kan "NIKE".

Tanpa menoleh kebelakang, mereka memasarkan produk keseluruh amerika dan mensasarkan nama-nama besar atlit sebagai duta mereka. Bermula dengan atlet No 1 dalam sukan Tenis iaitu Ilie Nastase. Mereka kini sinonim dengan nama-nama besar dalam pelbagai sukan seperti Tiger Wood (golf), Roger Federer (Tenis) Cristiano Ronaldo (Bola Sepak) dan lain lain lagi.

Usaha gigih mereka membuahkan hasil kini dengan keuntungan NIKE yg berbillion setahun. Apa yg boleh kita pelajari dari kisah kejayaan mereka adalah dimana mereka mengambil peluang untuk belajar secara mendalam dan teliti semasa mereka menjadi pengedar kepada kasut jenama orang lain. Kelemahan dan kelebihan produk tersebut mereka jadikan modal untuk mencipta Jenama mereka sendiri yg lebih hebat dan unggul.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan










Friday, December 25, 2009

JUTAWAN ANTARABANGSA : WALLY AMOS


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebulan rasanya saya dikehendaki bertugas menjaga kaunter American Express dibawah Maybank di One Utama. Sepanjang disana, terasa juga bahang sambutan Krismas atau Hari Natal yg bakal menjelma. Memandangkan kaunter saya berhadapan dengan booth-booth lain yg menjual pelbagai hadiah sempena krismas. Saya kerap juga melihat-lihat barang yg ditawarkan.Antara booth yg ada ialah booth biskut kegemaran saya iaitu "Famos Amos"...

Memang dari kecil saya amat tergilakan biskut ini, kalau lalu saja dikedai Famos Amos, memang tak dinafikan hati akan membuak-buak mahu membeli biskut ini. Bagi saya, biskut Famos Amos memang terbaikkk lah!..jauh disudut hati saya semasa membeli biskut ini, kerap juga saya terpandang lelaki berketurunan African-american yg berjambang putih serta bertopi. Dalam hati saya terdetik juga, mungkin beliaulah pencipta biskut ini.

Kalau anda semua perasan, dibelakang plastik biskut Famos Amos ini ada sedikit info dan sejarah mengenai Famos Amos ini. Penciptanya ialah Wally Amos yg dilahirkan pada 1 Julai 1936. Beliau dilahirkan di Florida dan menetap disana sehingga umurnya 12 tahun sebelum berpindah ke Manhattan New York dan menetap bersama makciknya kerana penceraian ibu bapanya.Beliau diajar oleh makciknya cara-cara membuat cookies atau biskut dan beliau telah menambah baik resepi tersebut dengan pelbagai campuran baru. Beliau melanjutkan pelajaran di Food Trades Vocational High School dan menunjukkan bakat dalam bidang masakan pada usia yg muda.

Setelah selesai menuntut di Food Trades Vocational High School beliau menyertai U.S Air Force dan mendapatkan diploma lantas berhenti berkhidmat dengan U.S Air force. Beliau kemudian bekerja sebagai kerani di salah sebuah syarikat Agen mencari bakat dan kemudiannya beliau menubuhkan sendiri syarikat agen pencari bakat pertama ditubuhkan oleh keturunan African-American.

Bagi menarik perhatian pelanggan-pelanggannya, beliau telah memberikan biskutnya kepada semua pelanggan-pelanggannya. Pelanggan-pelanggannya yg terdiri daripada nama besar hollywood seperti Diana Ross dan Simon & Garfunkel amat menyukai biskut buatan tangan beliau. Pada 1975 beliau memfrancaiskan perniagaan biskutnya hasil daripada idea dan permintaan ramai.

Kini, jenama Famos Amos terus sinonim dengan choc chip yg sememangnya enak dan digemari ramai. Siapa kata jual biskut tak boleh jadi JUTAWAN?

Salam JUTAWAN dari saya

Haizal Ramdzan










Thursday, October 15, 2009

JUTAWAN ANTARABANGSA : Ingvar Kamprad (Pengasas dan pemilik IKEA)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ah...hari ni saya teringin makan ikan salmon, lokasi yg paling hampir untuk saya menikmati hidangan tersebut adalah di IKANO POWER CENTRE dan secara spesifiknya di IKEA..hahaha...Ikea bukan setakat terkenal dengan keunikkan rekaan perabutnya tetapi makanannya yg digemari ramai jugee..

Saya suka "window Shopping" disini, berjalan sambil melihat-lihat rekaan perabut yg pada dahulunya saya rasakan sangat mengarut kerana terlalu ringkas. Tetapi lama kelamaan, rekaan ringkas ini menjadi satu trend memandangkan ia mudah utk dipasang sendiri. Himpunan rekaan perabut daripada pereka-pereka terkenal seluruh dunia serta harga yg berpatutan, IKEA sememangnya unggul dalam kelas tersendiri.

Siapa pengasas disebalik jenama unggul dalam industri rekaan perabut ini? Anda kenal Ingvar Kamprad?...ya, beliau adalah antara lelaki terkaya didunia merupakan pemilik kepada 200 gedung Ikea di 31 negara dan majikan kepada 75,000 pekerja seluruh dunia. Perniagaan yg pada mulanya hanya sebuah perniagaan keluarga ini telah menjangkaui jualan sebanyak 12 Billion setahun. Ya...billion tau...bukan million..

Kamprad dilahirkan pada 1926 disebuah pekan kecil di wilayah Elmtaryd di Sweden. Beliau telah menunjukkan kecenderungan dan kepintaran berniaga sejak kecil lagi. Semasa kecil, beliau menyedari bahawa beliau boleh mendapatkan harga mancis yg murah di Stockholm dan mampu menjualnya di kampung beliau dengan keuntungan yg besar. Hasil keuntungan daripada penjualan mancis itu telah beliau laburkan kepada penjualan barangan lain seperti Ikan,Benih tumbuhan,dekorasi pokok krismas,pen dan pensil.

Pada usianya 17tahun, bapa beliau telah memberikan ganjaran kepada beliau hasil daripada keputusan cemerlangnya dalam pelajaran, dan anda tahu kemana beliau gunakan hasil ganjaram tersebut? Beliau menubuhkan IKEA. Di gedung beliau, beliau menjual pelbagai barangan seperti Jam, Dompet,barang kemas dan pelbagai barangan lain sehingga sarung kaki. Beliau mempelbagaikan teknik pemasaran beliau daripada panggilan telefon kepada penghantaran risalah kepada pelanggan-pelanggan beliau.

Bagi menjimatkan kos penghantaran risalah, beliau mengupah penghantar susu untuk turut sama mengedarkan risalah-risalah syarikat beliau. pada tahun 1947, beliau menumpukan perniagaan beliau kepada perusahaan perabut sahaja. Beliau bijak mengurangkan kos operasi dan kos pembuatan bagi mengekalkan harga perabut-perabut beliau bagi memuaskan hati pelanggan.

Baginya, kualiti harus dikekalkan walaupun harga perabut beliau jauh lebih murah dari pesaing-pesaing beliau pada era tersebut. Kini, IKEA telah menjadi lambang kesungguhan dan usaha bijak Ingvar Kamprad dalam menongkas arus perniagaan. Perancangan yg teliti serta sikap usahawan yg ada pada beliau telah menjadikan beliau antara JUTAWAN tersohor didunia. Setiap keuntungan dalam perniagaan harus dirancang dan dikawal dengan sebaiknya untuk perniagaan akan datang.

Semoga perkongsian kali ini sedikit sebanyak memberikan info dan motivasi kepada kita semua.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan










Thursday, July 16, 2009

JUTAWAN MUDA : Dr Farrah Gray...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita selalu berfikiran sesuatu yg terjadi itu adalah secara kebetulan. Begitu juga tanggapan kita terhadap orang-orang yg berjaya dalam hidup mereka. Masyarakat kita mempunyai satu tanggapan negatif apabila melihat seseorang yg berjaya itu disebabkan faktor-faktor luaran yg membantu mereka berjaya. Sebagai contoh, apabila kita berjumpa orang yg berjaya menjadi JUTAWAN pada usia muda, kita akan bertanggapan bahawa dia mewarisi kekayaan keluarganya atau sebagainya.

Dr Farrah Gray adalah seorang JUTAWAN yg dibesarkan dikawasan miskin Chicago dan tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan secara formal. Tetapi tahukah anda beliau mampu mencapai status JUTAWAN pada usia 14 tahun. Hebat....memang hebat.....beliau membuktikan bahawa tidak ada erti tuah atau bernasib baik untuk menjadi seorang JUTAWAN,semuanya akan anda perolehi jika berusaha dengan betul dan bersungguh-sungguh.

Pada usia 24 tahun, beliau merupakan usahawan muda yg sangat luar biasa kerana mempunyai pelbagai cabang perniagaan yg meliputi pencetakkan media,majalah,buku beliau sendiri dan pelbagai lagi. Buku tulisan beliau yg bertajuk "RELLIONAIRE" membongkar kejayaan beliau memulakan perniagaan pada usia semuda enam tahun. Beliau secara peribadi akan berkongsi dengan anda segala kesusahan dan kegagalan yg beliau hadapi untuk berjaya.

Maksod RELLIONAIRE sendiri mengikut penjelasan Dr Farrah Gray adalah kekayaan luaran dan dalaman, dimana kesinambungan ini yg membuatkan beliau mampu berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi. Bermula sebagai penjual homemade lotion yg dijual dari rumah ke rumah, kini beliau menjelajah keseluruh dunia untuk memberikan motivasi kejayaan kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau membuktikan anda boleh berjaya tidak mengira bagaimana mana latar belakang anda. Moga perkongsian pada post kali ini dapat menyemarakkan semangat kita semua dalam misi bergelar JUTAWAN

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan













Tuesday, June 30, 2009

JUTAWAN ANTARABANGSA : Michael Jackson


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya tidak pasti tentang status agama Michael Jackson dan diatas ketidakpastian tersebut, saya tidak tahu ucapan apa yg sesuai utk saya sampaikan kepada seluruh peminatnya diseluruh dunia. Pemergian Raja Pop antarabangsa ini amat mengejutkan seluruh dunia. Seharian saya disajikan dengan lagu beliau semasa memandu sambil mendengar siaran radio kegemaran saya "FLY FM".

Siapa tidak mengenali Michael Jackson, seorang yg mencetuskan fenomena luar biasa yg meletakkan beliau berstatus JUTAWAN hanya berbekalkan bakat menghibur yg sangat mengagumkan. Dilahirkan pada 29 ogos 1958, JUTAWAN hiburan ini adalah anak ke tujuh daripada tujuh adik beradik. Beliau sebenarnya memulakan langkah dalam dunia hiburan pada usia muda bersama 4 abangnya yg lain dalam kumpulan Jackson five pada tahun 1968.

Memulakan langkah solo pada tahun 1971 dan meletus dengan album yg paling banyak terjual sepanjang zaman iaitu "Thriller" pada tahun 1982. Beliau kemudiannya menyusul dengan album-album lain iaitu Bad (1987), Dangerous (1991) and HIStory (1995). Status lagenda sememangnya layak diberikan pada beliau memandangkan beliau merupakan keturunan African-american pertama yg mendominasi anugerah MTV pada era awal kemunculan beliau.

Beliau merupakan antara salah seorang daripada segelintir artis yg diletakkan di Rock and Roll Hall of Fame sebanyak dua kali, antara pencapaian beliau ialah beberapa Guinness World Records termasuklah "Most Successful Entertainer of All Time" — 13 Grammy Award, dan rekod jualan album sebanyak 750 juta unit.

Sempena pemergian beliau, sama-sama kita renungi kejayaan dan contoh baik yg ada pada beliau. Usaha gigih dan kepercayaan yg mendalam pada kemampuan dirinya membuatkan beliau menjadi insan luar biasa. Tidak kira apa warna kulit dan keturunan anda, sememang nya dengan usaha gigih, anda mampu bergelar JUTAWAN!!!!!!!!!!!!

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan











Sunday, January 11, 2009

JUTAWAN ANTARABANGSA : Levi Strauss...




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam saya ke Mid Valley untuk berjumpa kawan lama. Jalan ke Mid Valley sesak teruk memandangkan semalam adalah hujung minggu dan Tahun Baru Cina semakin hampir. Jadi...semua orang mengambil kesempatan yg ada untuk bershopping sakan.

Pelbagai Butik di Midvalley mengadakan Jualan MUrah atau bahasa Inggerisnya S.A.L.E. Semasa saya berjalan-jalan di dalam MidValley (Parkson) saya terdengar seorang anak dan seorang bapa sedang berbual-bual sambil si bapa menyuruh anaknya mencuba sepasang seluar Jean. Si anak berkata..."Alaaa bah...orang taknak seluar nih...orang nak seluar LEVIS"...dari pemerhatian saya, si anaknya tu dalam usia 14-15 tahun dan sememangnya saya memahami kehendak orang berumur 15 tahun kerana saya sudah melaluinya.

Kita amat sinonim dengan jenama LEVIS dengan seluar Jeans. Jeans adalah pakaian popular didunia sejak berdekad lalu. Fesyen Jean ini telah popular dan dipelbagaikan kepada pakaian,jaket,seluar dan sebagainya. Kini, beribu jenama Jeans ada dipasaran. Persoalannya..siapa pencipta Jeans???

Levi Strauss adalah lelaki yg bertanggungjawap mempelkenalkan Jeans kepada seluruh dunia. Beliau berasal dari German dan berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1853 ketika berusia 24thn. Sebelum berhijrah ke San Francisco, beliau menetap di New York untuk mempelajari perniagaan Tekstil. Selepas menetap di San Francisco, beliau membantu abangnya menjalankan perniagaan barangan kering. Beliau dan abangnya menghadapi pelbagai cabaran sewaktu menjalankan perniagaan memandangkan mereka adalah imigran pada waktu itu.

Salah seorang pelanggan di kedai Levi dan abangnya adalah lelaki bernama Jacob Davis. Beliau merupakan seorang imigran dan tukang jahit dari Reno Nevada. Beliau kerap mengunjungi kedai Levi dan abangnya untuk membeli keperluannya. Bermulanya ciptaan seluar Jeans ini adalah apabila Jacob mempunyai seorang pelanggan yg kerap mengoyakkan poket seluarnya secara tidak sengaja. dan Jacob telah memasang rivets besi pada poket seluar pelanggannya bagi mengelakkan ia terkoyak kembali.

Gaya ciptaan baru ini menjadi bualan orang ramai dan Jacob bercadang untuk menpatenkan ciptaan beliau. Malangnya beliau tidak mempunyai USD68 bagi membayar kertas kerja. Beliau bercadang untuk mencari rakan kongsi yg boleh dipercayai dan beliau teringat tentang Levi Strauss memandangkan Levi Strauss mempunyai latar belakang dan ilmu tentang perniagaan tektil.Jacob bertemu Levi dan mereka berdua membuat kertas kerja dan pelan untuk memasarkan ciptaan mereka serta potensi pasaran yg ada.

Pada 20 May 1983, paten pertama "Blue Jeans" telah diterima dengan code #139,121 daripada US Patern Department. Dengan suntikkan keewangan daripada Levi Strauss, kedua-dua mereka mendaftar perniagaan mereka dengan nama Levi's Strauss & Co. Jacob. Mereka bijak membahagikan peranan dimana Jacob akan mencipta ciptaan dan mempelbagaikan design yg ada manakala Levi bertugas dibahagian pemasaran.

Seluar Jeans Biru Levi's telah memberikan impak baru dalam dunia fesyen dan semakin hari mereka semakin kukuh dalam perniagaan ini walaupun wujud banyak jenama baru dalam industri Jeans ini. Moga cerita kejayaan mereka ini akan dapat memberikan manafaat pada kita semua.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!