Friday, December 25, 2009

JUTAWAN ANTARABANGSA : WALLY AMOS


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebulan rasanya saya dikehendaki bertugas menjaga kaunter American Express dibawah Maybank di One Utama. Sepanjang disana, terasa juga bahang sambutan Krismas atau Hari Natal yg bakal menjelma. Memandangkan kaunter saya berhadapan dengan booth-booth lain yg menjual pelbagai hadiah sempena krismas. Saya kerap juga melihat-lihat barang yg ditawarkan.Antara booth yg ada ialah booth biskut kegemaran saya iaitu "Famos Amos"...

Memang dari kecil saya amat tergilakan biskut ini, kalau lalu saja dikedai Famos Amos, memang tak dinafikan hati akan membuak-buak mahu membeli biskut ini. Bagi saya, biskut Famos Amos memang terbaikkk lah!..jauh disudut hati saya semasa membeli biskut ini, kerap juga saya terpandang lelaki berketurunan African-american yg berjambang putih serta bertopi. Dalam hati saya terdetik juga, mungkin beliaulah pencipta biskut ini.

Kalau anda semua perasan, dibelakang plastik biskut Famos Amos ini ada sedikit info dan sejarah mengenai Famos Amos ini. Penciptanya ialah Wally Amos yg dilahirkan pada 1 Julai 1936. Beliau dilahirkan di Florida dan menetap disana sehingga umurnya 12 tahun sebelum berpindah ke Manhattan New York dan menetap bersama makciknya kerana penceraian ibu bapanya.Beliau diajar oleh makciknya cara-cara membuat cookies atau biskut dan beliau telah menambah baik resepi tersebut dengan pelbagai campuran baru. Beliau melanjutkan pelajaran di Food Trades Vocational High School dan menunjukkan bakat dalam bidang masakan pada usia yg muda.

Setelah selesai menuntut di Food Trades Vocational High School beliau menyertai U.S Air Force dan mendapatkan diploma lantas berhenti berkhidmat dengan U.S Air force. Beliau kemudian bekerja sebagai kerani di salah sebuah syarikat Agen mencari bakat dan kemudiannya beliau menubuhkan sendiri syarikat agen pencari bakat pertama ditubuhkan oleh keturunan African-American.

Bagi menarik perhatian pelanggan-pelanggannya, beliau telah memberikan biskutnya kepada semua pelanggan-pelanggannya. Pelanggan-pelanggannya yg terdiri daripada nama besar hollywood seperti Diana Ross dan Simon & Garfunkel amat menyukai biskut buatan tangan beliau. Pada 1975 beliau memfrancaiskan perniagaan biskutnya hasil daripada idea dan permintaan ramai.

Kini, jenama Famos Amos terus sinonim dengan choc chip yg sememangnya enak dan digemari ramai. Siapa kata jual biskut tak boleh jadi JUTAWAN?

Salam JUTAWAN dari saya

Haizal Ramdzan










No comments: