LONDON - Seorang pemuda yang menjadi jutawan semasa berumur 30-an kerana mengeluarkan seluar jean jenama Joe Bloggs, Shami Ahmed kini diisytiharkabn bankrap di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia sebelum ini dikenali sebagai salah seorang jutawan muda Britain dengan mempunyai koleksi kereta Ferrari dan Rolls-Royces.
Pada satu ketika, nilai kekayaannya dianggarkan berjumlah £60 juta (RM328.79 juta).
Namun, berikutan kegagalan dalan beberapa urus niaga dan kerugian dalam 'perjudian' saham, dia akhirnya bankrap semasa berumur 47 tahun.
Dia didakwa terlibat dalam 'perjudian saham' melibatkan berjuta-juta pound dan saham syarikat-syarikat besar.
Shami berharap dia dapat mengambih alih atau membuat penggabungan dengan
yang disenaraikan di pasaran saham.
Dia tiba di Britain dari Pakistan bersama keluarganya semasa berumur dua tahun dan meninggalkan sekolah ketika berusia 16 tahun untuk bekerja dengan gerai milik keluarga di Burnley.
Namun, dia turut dibebani untuk membayar semula hutang dengan beberapa pihak seperti bank dan agensi Tradindex yang menyediakan perkhidmatan perdagangan pelbagai komoditi. - Agensi
PS:/Apa yg anda boleh pelajari daripada cerita tersebut? Aset dan modal asas untuk berjaya adalah Ilmu. Anda boleh diberikan kekayaan yg melimpah ruah tetapi dengan kekurangan Ilmu, anda pasti akan gagal mengekalkan tahap kejayaan anda.
Salam Jutawan dari saya
Haizal Ramdzan
type="text/javascript">
"http://static.ak.connect.facebook.com/js/api_lib/v0.4/FeatureLoader.js.php"
type="text/javascript">
No comments:
Post a Comment