Wednesday, April 8, 2009

MOTIVASI JUTAWAN : KOMITMEN UNTUK BERJAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam saya minum petang bersama salah seorang "top perfomer" dalam bidang sales di Maybank. En Zul namanya.. Apa yg membuatkan saya kagum pada beliau ialah bagaimana beliau dapat menjadi "top performer" untuk tempoh yg sangat lama. Beliau mampu mengekalkan prestasi beliau dan tidak jemu jemu membuat sales walaupun sudah berada hampir 4 tahun dalam bidang yg sama.

Jawapan yg keluar daripada mulut beliau amat mudah dan menyentuh perasaan saya.."Komitmen"....Beliau tidak menyambung atau menghuraikan secara mendalam apa komitmen beliau setiap bulan dan saya juga tidak mahu bertanya lebih lanjut kerana bertanggapan bahawa ia adalah sesuatu yg peribadi untuk diperkatakan secara terbuka.

Bila bercakap tentang komitmen, apa yg terlintas pada kepala kita ialah komitmen bulanan seperti Kereta,Rumah,belanja rumah dan lain-lain bil bulanan untuk dijelaskan. Kebanyakkan kita terperangkap dalam satu situasi dimana kita bekerja hanya untuk melepaskan tuntutan bulanan kerana itu sahaja komitmen pada pandangan mata kita. Dan situasi inilah yg menyebabkan ramai diantara kita bekerja hanya untuk cukup makan.

Maafkan saya jika artikel saya pada kali ini membuatkan sesiapa terasa tetapi saya secara tegas ingin mengingatkan diri saya sendiri supaya tidak hanyut dalam keadaan selesa dengan apa yg saya perolehi setiap bulan. "Comfort Zone" inilah bagi saya adalah pembunuh kepada rasa dahagakan kejayaan.

Cuba kita ubah pemahaman dan pandangan kita tentang komitmen kita, sebagai contoh : ADALAH MENJADI TUGAS SAYA UNTUK MENJADI JUTAWAN PADA USIA ....., jadi, kita akan bekerja,berusaha,mencari jalan dan melakukan sehabis upaya untuk memenuhi komitmen kita kepada tugas dan cita-cita kita iaitu "MENJADI JUTAWAN"

Setiap orang pastinya punya sebab dan alasan sendiri kenapa perlu anda menjadi seorang jutawan. Limpahan wang ringgit bukan satu kepastian untuk kebahagian hidup tetapi kebanyakkan masalah berpunca daripada wang ringgit. Saya doakan anda semua gigih berusaha dan beriktiar disaat-saat sukar ini.

Sekadar perkongsian ringkas untuk manafaat kita semua,

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

1 comment:

Mohd Fauzi said...

Senang2 lawatla blog saya http://belajarcukai.blogspot.com/

Jutawa2 sekalian jgn lupa declare income ye