Wednesday, April 29, 2009

JUTAWAN DUNIA : Dylan Wilk ( Robin Hood abad ke 21)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salam rindu dan kasih saya tujukan buat pembaca blog yg setia, sekali lagi saya dihantar keluar daerah iaitu ke Johor Bahru untuk bertugas di Minggu Amanah Saham 2009 (MSAM 2009) yg berlangsung di Plaza Angsana Johor Bahru. Memang tidak dinafikan 10 hari saya bertugas disana memang amat memenatkan. Alhamdulillah, daripada pemerhatian saya, kesedaran tentang pelaburan untuk masa depan semakin berkembang baik dikalangan masyarakat Bumiputra.

Ramai diantara kita melabur untuk mengembang biakkan simpanan kita supaya semakin bertambah dari hari ketahun. Terdapat pelbagai cabang pelaburan yg disyor dan disediakan oleh pihak kerajaan untuk rakyat Malaysia. Saya ada berbual dengan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yg petah berbicara sepanjang saya berada di MSAM 2009. Perbualan yg saya sengajakan kerana ingin melihat dan meneroka pandangan seorang anak kecil terhadap pelaburan. "Adik datang sini dengan mak buat ape?"..tanya saya... "Mak nak bukak akaun tok haziq,nak suruh haziq simpan duit banyak-banyak"...Soalan kedua yg saya tanya pada haziq.."Duit dah banyak haziq nak buat ape nanti"...pada tanggapan saya, seorang anak kecil akan menjawap duit yg diperolehinya nanti akan dibeli macam-macam..

Tetapi jawapan yg saya perolehi daripada haziq sangat berbeza.."Haziq nak derma kat orang miskin..orang susah"...saya agak terkejut dan fikiran saya melayang jauh...Kebiasaan daripada kita hanya ingin berjaya dan bergelar JUtawan hanya untuk dirinya sendiri dan bukan kerana ingin memenuhi tanggungjawab kepada Masyarakat,Agama ataupun Negara. Sifat seperti ini sememanngya ada pada semua orang, termasuk saya.

Saya ingin berkongsi cerita kejayaan seorang bernama Dylan Wilk, seorang pemuda berusia 30 tahun dan berasal daripada Leeds United Kingdom. Beliau yg pada mulanya dibesarkan dalam keluarga miskin dan memulakan perniagaan atas pinjaman yg disediakan oleh Putera Charles sebanyak Pound 2500 . Bagaimanapun beliau berjaya mengaut keuntungan 88juta Pound dalam masa 4 tahun. Beliau yg menjalankan perniagaan "GAME" merupakan orang yg ke 9 terkaya di UK dibawah usia 30 tahun!!!!!!!...

Tidak dinafikan kekayaan yg melimpah-limpah membuatkan beliau menukar gaya hidupnya kepada kehidupan yg menjadi angan-angan semua pemuda seusia dengannya. Bermalam di Hotel 5 bintang,melancong ke seluruh dunia, dan deretan kereta mewah seperti ferrari,porsche, BMW dan bermacam-macam lagi. Beliau yg kerap bertukar-tukar kereta kerana kerap bosan dengan koleksi-koleksi kereta yg dimiliki beliau. Satu peristiwa yg mengubah persepsi beliau tentang erti "Kebahagiaan" yg sebenar terjadi apabila beliau membeli kereta Ferrari iaitu kereta yg menjadi kegilaannya sejak kecil. Apabila memandu kenderaan tersebut untuk tempoh 2 minggu, beliau mula merasa bosan dan tidak merasakan pembelian kereta tersebut benar-benar membuatkan beliau bahagia.

Beliau terfikir, "Adakah sesuatu tidak kena dengan kereta ini ataupun sesuatu tidak kena dengan dirinya"..Beliau mengembara keseluruh dunia untuk menenangkan diri dan mencari erti kehidupan yg sebenar. Beliau di jemput ke Filipina untuk melihat program membantu fakir miskin disana untuk membina tempat tinggal untuk mereka. Beliau mula terfikir bahawa kehidupannya yg bermewah-mewah selama ini adalah sangat tidak bertanggungjawap dan tidak prihatin kepada nasib orang lain.

Beliau menjual salah satu daripada kereta kesayangan beliau iaitu BMW M3 dan wang tersebut mampu untuk membina 63 biji rumah untuk orang miskin di Filipina. Beliau bertekad untuk melakukan perubahan atas dasar tanggungjawap dan kesedaran tentang erti kebahagiaan yg sebenar. Beliau kini aktif sebagai aktivis kemanusiaan di FIlipina.

Ini adalah salah satu contoh JUtawan yg mempunyai kesedaran dan rasa tanggungjawap untuk melakukan perubahan. Kejayaan yg kita perolehi seharusnya datang bersama tanggungjawap dan kesedaran yg mendalam tentang perubahan yg mampu kita lakukan untuk menjadikan dunia ini lebih baik. Setiap agama mengalakkan sifat pemurah kepada pengikutnya. Saya berharap, suatu hari nanti akan lahir lebih ramai Jutawan yg akan mengikut jejak langkah menjadi seorang yg pemurah seperti Dylan Wilk ataupun seperti idola saya Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Lebih banyak anda memberi, lebih banyak hasil yg baik akan anda perolehi..percayalah..

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

5 comments:

alang said...

InsyaAllah. Semoga dalam mengejar dunia, kita tidak lupa kepada akhirat.

asked said...

huuu~mnariknyer...
hemmm

Mohd Haniff Jaffar said...

satu contoh teladan yang baik.. spy kita tidak lupa pada yg memerlukan apbl kita sudah berjaya menjadi jutawan kelak.. rezeki yg kita perolehi bkn semua milik kita..

KamiKreatif said...

itu la ape g aku nak buat nnt bile sudah bergelar jutawan... seronok sebenarnya kalau kita membantu org yg susah nie

Halim Azr said...

la apehal nama aku kasut pulak nie... heheh tahniah en haizal krn memaparkan kisah sebegini