Sunday, January 11, 2009

MOTIVASI JUTAWAN : STAMINA DALAM PERNIAGAAN.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pencapaian tertinggi saya dalam sukan Olahraga ialah mewakili sekolah dalam acara 4 x 100M,400M dan merentas desa. Kita boleh kategorikan acara 100M sebagai acara larian jarak pendek, 400M jarak sederhana dan merentas desa merupakan acara jarak jauh.

Dalam acara 100m, kepantasan larian amatlah dititikberatkan. Anda perlu bermula pantas dengan melonjakkan badan anda kedepan dan berlari dalam momentum pantas dan semakin pantas. Dalam acara 100M ini, dapat kita lihat bahawa rekod kejohanan sering diperbaharui dari tahun ke tahun. Kebiasaannya dalam larian 100M, latihan yg diberikan amatlah berbeza. Ia banyak menitikberatkan dalam membentuk otot dan kekuatan kaki. Teknik larian juga pastinya berbeza dengan acara sederhana dan jarak jauh dalam sukan olahraga.

Dalam acara 400M pula, Permulaan larian masih pantas tetapi tidak mendadak dengan momentum yg cepat seperti 100M. Ia lebih kepada strategi untuk menggunakan kepantasan pada selekoh-selekoh tertentu.

Merentas desa merupakan acara jarak jauh dan kawalan minda,stamina dan pernafasan amatlah dititik beratkan. Jika tidak, anda pasti tidak dapat menghabiskan larian kerana ia perlu kosisten dengan jarak dan tempo larian anda.

Berikut adalah ulasan ringkas dan pendapat saya sendiri semasa saya menyertai acara olahraga tersebut. Saya pun bukannya jaguh olimpik...sekadar wakil sekolah saja. Tapi apa yg menarik saya ialah Stamina yg diperlukan dalam acara olahraga tersebut. Jika ia dikaitkan dengan usaha kita bergelar ahli perniagaan yg menjurus kearah "JUTAWAN", kita memerlukan stamina dalam perniagaan.

Stamina tersebut bagi memastikan kita berada pada landasan yg betul tepat dengan matlamat diri kita iaitu "MENYUDAHKAN PERLUMBAAN DENGAN JAYANYA". Didalam dunia perniagaan juga terdapat 3 situasi sama seperti sukan dalam olahraga iaitu JARAK PENDEK,SEDERHANA dan JARAK JAUH. Anda perlu bijak mengkategorikan jarak larian anda. Ada masa anda perlu memecut,berlari sederhana dan berlari perlahan dengan kosisten.

Jika anda masih gagal mengetahui kategori anda, pastinya anda akan gagal dalam perlumbaan anda. Dengan hati yg lapang dan gembira, saya mendoakan kecerian pembaca blog KisahJutawan untuk terus berusaha dengan stamina yg kosisten. Sedikit sebanyak, saya juga memberi teguran kepada diri saya sendiri. Pastinya, dengan usaha yg betul. Kejayaan pasti akan muncul.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

No comments: