Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Hari ini saya mendapat SMS dari rakan saya,bunyi SMS tersebut adalah,Anda percaya kepada Takdir? Mungkin dia dalam kekalutan menghadapi masalah hidup.Sebagai seorang Muslim kita diwajibkan untuk beriman kepada Qada dan Qadar. Apa itu Qada dan Qadar. Ramai diantara kita akan menjawab ia adalah "ketentuan". Setelah mengambil pendapat daripada golongan cerdik pandai ugama, jawapan bahawa Qada dan Qadar itu adalah "ketentuan" adalah sesuatu yg tidak lengkap.
Qada itu adalah "ketentuan"...Qadar itu adalah "masa". Bagaimana kita beriman kepada Qada dan Qadar bukan hanya berserah bulat-bulat kepada suratan takdir. Saya berikan anda contoh, Jika anda ingin mengumpul RM10,000 dalam masa 10 hari, berapa usaha atau simpanan yg perlu anda buat dalam sehari? RM1000 bukan? Bagaimana pula anda boleh menyimpan RM1000 sehari? Ketentuannya, anda perlukan RM10,000 dalam masa 10 hari, bagaimana anda berusaha melakukannya, anda yg menetapkannya. Selepas berusaha sesuai dengan kehendak, barulah anda boleh berserah kepada ketentuan ilahi.
Mungkin Post kategori MOTIVASI JUTAWAN pada kali ini agak islamik. Saya bukan ingin menjadi ustaz atau tuan guru. Sekadar memanafaatkan ilmu yang baru saya perolehi dari hasil tunjuk ajar dari "orang lama" yang saya rasakan sesuatu yg berharga dan perlu dikongsi bersama. Saya kan masih muda remaja dan banyak yg perlu saya pelajari.
Berbalik kepada topik ketentuan tadi. Kita dapat lihat bagaimana setiap Jutawan di Dunia ini tidak dijadikan secara kebetulan. Adakah mereka tidak pernah memasang impian langsung untuk bergelar Jutawan? Adakah salah untuk berimpian besar?. Saya sebenarnya secara peribadi melahirkan rasa kagum kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Beliau berimpian besar supaya beliau boleh memberikan sumbangan besar kepada orang lain. Motivasi dan kesungguhan inilah yg perlu ada dalam diri kita. Persoalannya, adakah anda akan menjadi bertambah kedekut atau bertambah pemurah apabila sudah menjadi Kaya raya kelak?.Wang ringgit bukan segalanya, tetapi segalanya bermula dari wang ringgit?betul ke? Tepuk dada, tanya diri sendiri.
Nasihat saya kepada kawan saya,anggaplah ujian yg mendatang itu sebagai exam bulanan yg perlu kita lalui semasa belajar dahulu, nak tak nak, kene tempuh dan setiasa bersedia. Bukan senang nak jadik senang, dan bukanlah susah hendak menjadi susah...cewah..Saya sedang mencari cerita teladan tentang Jutawan Muslim dari luar negara supaya kita dapat memanafaatkan bersama.Moga hari Jumaat esok akan memberikan rahmat kepada anda semua.wassalam
Salam Jutawan dari saya
Haizal Ramdzan
Menjadi Jutawan merupakan impian dan cita-cita semua insan. Setiap Jutawan di dunia mempunyai cerita kejayaan masing-masing yang mampu memberikan inspirasi kepada yang lain. Blog ini membongkar cerita disebalik kejayaan Jutawan-Jutawan di dalam dan luar negara dari pelbagai cabang perniagaan.JUTAWAN MLM,JUTAWAN FOREX,JUTAWAN UNIT AMANAH,JUTAMAN INSURANS,JUTAWAN RESTOREN,JUTAWAN BISNESTANI dan pelbagai lagi kisah kejayaan mereka.Mudah-mudahan kejayaan mereka menjadi contoh kepada kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment