Saturday, October 25, 2008

JUTAWAN INTERNET : Dr Irfan Khairi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

4 hari yang sudah saya memenuhi hari saya dengan aktiviti yg sarat, letih sehingga nak update blog pun tak sempat, dalam kesibukkan aktiviti-aktiviti kerja teringat pula saya kepada seorang rakan yang tidak perlu kehulu-kehilir buat kerja seperti orang lain. Dia hanya duduk dirumah kerana menjalankan perniagaan internet sepenuh masa.

Bercerita tentang perniagaan internet, Bulan ini adalah kali ke 3 saya membaca kembali buku yg saya beli 2 tahun lepas iaitu "RAHSIA JUTAWAN-JUTAWAN INTERNET TERBONGKAR" daripada sifoo perniagaan internet, iaitu Dr Irfan Khairi.

Irfan Khairi telah membuka mata ramai rakyat Malaysia tentang potensi perniagaan internet. Kejayaan beliau menjana pendapatan bersih RM1Juta pada usia 25 tahun sangat memberangsangkan dan mengejutkan ramai pihak. Yang menariknya, beliau hanya melakukannya secara "part time" ataupun sambilan.

Bagaimana beliau melakukannya? Ia bukan mudah, tetapi praktikal jika dilakukan dengan ilmu dan cara yang betul. Hari ini saya ingin menceritakan sedikit tentang latarbelakang disebalik kejayaan seorang yang bernama "Irfan Khairi" sifoo Perniagaan Internet.

Beliau mendapat pendidikan peringkat Ijazah daripada Staffordshire University, Uk dalam bidang Multimedia. Selepas mendapat segulung ijazah, beliau menerima tawaran bekerja di Netmedia (UK) Ltd iaitu salah satu syarikat IT terbesar di Birmigham. Jawatan sebagai seorang pereka sistem multimedia dan perunding IT telah memberikan idea dan minat yg mendalam kepada beliau untuk menjalankan perniagaan internet sendiri.

Beliau memulakan langkah pertama dalam perniagaan intenet pada tahun 1999 dan berjaya memperoleh keuntungan bersih RM1juta dalam masa 3 tahun melalui salah satu daripada perniagaan internet beliau yg diberi nama Ideabubble.

Perniagaan beliau seperti merekacipta Ebook,laman web,grafik,perkhidmatan SEO,penjualan peta,penempahan hotel,E-niaga,perunding Multimedia telah menjangkaui negara-negara Timur tengah, jepun,australia, dan Eropah. Kini Irfan Khairi telah kembali ke Malaysia dan mula menceburkan diri dalam pelbagai cabang perniagaan seperti Motivasi,perunding perniagaan dan banyak lagi.

Kebijaksanaan dan ketelitian beliau dalam mencari infomasi berkenaan sesuatu perkara telah menjadikan beliau seorang usahawan yg dikagumi. Beliau juga mempunyai sifat merendah diri yang membuatkan beliau mudah didampingi. Semoga kejayaan beliau membuka lebih banyak lagi jalan kepada usahawan internet diluar sana untuk berjaya seperti beliau.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan



No comments: