Sunday, October 26, 2008

JUTAWAN BUMIPUTRA : Tuan Haji Mohd Tamin (Kicap Tamin)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Malam tadi saya pergi ke restoren kegemaran saya yang saya gelar The "V" untuk menu kegemaran saya iaitu mee goreng basah dan telur mata, memang perghhhhh.....Sedang saya menjamu selera, orang disebelah meja saya memesan kicap manis kepada pelayan, katanya.."kicap manis ada kak?"...jawap pelayan tersebut..."ada..kejap ye"...dalam beberapa minit, pelayan tadi datang kembali dengan sebotol kicap Tamin.

Saya teringat dengan comment dari seorang rakan saya En Halim penulis www.ceritaemas.blogspot.com yang meminta saya menulis kejayaan "Kicap Tamin" kerana isteri beliau yang sangat menggemari kicap tersebut.

Lalu saya mengambil sedikit masa mencari info tentang Kicap Tamin yang perniagaannya dimula kan oleh Tuan Haji Mohd Tamin pada tahun 1951 di Batu Gajah, Perak. Tahukah anda bahawa syarikat bernilai Jutaan ringgit ini hanya dimulakan dengan modal RM10 sahaja??..

Bekalan atau modal yang paling bernilai adalah keazaman dan ketelitian dalam menghasilkan produk oleh pengasas kicap ini iaitu Tuan Haji Mohd Tamin. Beliau sangat teliti dalam memastikan kualiti produk beliau terjamin. Ramuan dan adunan serta proses pembuatan kicap ini amat dijaga rapi oleh beliau.Hasil daripada kesungguhan beliau dalam menjaga kualiti produknya, ia mendapat tempat dihati suri rumah dan warga kampung sekitar. Kesetiaan pengguna kepada produk beliau amat kuat, sehingga ada anak-anak muda yang bekerja di Kuala Lumpur tetap membawa kicap tamin sebagai bekal apabila pulang dari Kampung di sekitar Perak.

Daripada pengeluaran harian sebanyak 700 botol sehari, ia telah berkembang kepada pengeluaran mengjangkaui 80,000 botol sos dan kicap sehari. Syarikat beliau juga telah setapak kehadapan dalam bidang pengilangan dengan kemampuan membuka kilang moden di Batu gajah dan Kuala Kangsar dengan jumlah pekerja 250 orang.

Syarikat beliau juga telah mempelbagaikan pengeluaran produk kepada pelbagai jenis produk seperti sos cili,sos tomato,cuka,dan pelbagai jenis kicap. Produk-produk syarikat beliau juga berjaya menembusi pasaran Jepun,Uk,Arab dan Indonesia. Kejayaan Haji Mohd Tamin ini diteruskan oleh anak-anak beliau melalui syarikat Salmi Hj Tamin Sdn Bhd,Zamani Hj Tamin Sdn Bhd dan Maju Tamin Trading Sdn Bhd.

Semoga cerita kejayaan Haji Tamin yang memulakan perniagaan hanya dengan bermodalkan RM10 ini akan memberikan nafas baru kepada motivasi diri anda dalam mencapai matlamat anda bergelar Jutawan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat dan doa buat anak dan isteri En Halim yang menghadapi masalah kesihatan.Harap beliau tabah menghadapi dugaan. Cerita ini saya karang khas untuk En Halim, semoga En Halim mendapat kekuatan dalam menempuh ujian Allah.

Salam Jutawan Dari Saya.

Haizal Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

1 comment:

Halim Azr said...

Terima kasih Sdr Haizal kerana menyiarkan cerita ini dan terima kasih juga kerana mendoakan keselamatan anak saya

www.ceritaemas.blogspot.com