Menjadi Jutawan merupakan impian dan cita-cita semua insan. Setiap Jutawan di dunia mempunyai cerita kejayaan masing-masing yang mampu memberikan inspirasi kepada yang lain. Blog ini membongkar cerita disebalik kejayaan Jutawan-Jutawan di dalam dan luar negara dari pelbagai cabang perniagaan.JUTAWAN MLM,JUTAWAN FOREX,JUTAWAN UNIT AMANAH,JUTAMAN INSURANS,JUTAWAN RESTOREN,JUTAWAN BISNESTANI dan pelbagai lagi kisah kejayaan mereka.Mudah-mudahan kejayaan mereka menjadi contoh kepada kita
Sunday, October 26, 2008
JUTAWAN MALAYSIA : Mawi...world!!!~
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semalam sedang saya membaca surat khabar harian metro dirumah, rakan serumah saya yang juga turut menumpang baca surat khabar yg saya baca menjerit secara spontan..."Mak Aih......nak kawin pun naik Helikopter ke"..terkejut jugak saya, siapa sebenarnya yg dia perkatakan tu..Pasti orangnya hebat sbb bukan calang-calang orang mampu menyewa helikopter.
Rupa-rupanya rakan serumah saya itu terbaca tentang kisah majlis perkahwinan Mawi yang akan diadakan pada bulan Disember tidak silap saya. Saya tidak membaca secara terperinci tentang majlis yang akan belangsung itu, memang bukan minat dan hobi saya untuk membaca cerita-cerita perkahwinan artis. Apa yang menarik tentang cerita tersebut ialah kejayaan Mawi dalam dunia hiburan.
Memang tidak dapat dinafikan lagi memang pengaruh Mawi cukup besar dalam dunia Hiburan. Jutawan Muda ini terus menjana pendapatan Jutaan ringgit walaupun artis-artis lain susah untuk terus bertahan dalam industri ini.
Siapa insan yg bernama Mawi ini?Bagaimana dia bermula? Asmawi Ani atau Mawi (lahir 25 Ogos 1981) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Pada mulanya, dia telah tersingkir daripada konsert prelude namun dia diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap 8 pelajar yang tersingkir itu. Dia memulakan pembelajaran di Akademi Fantasia bersama Marsha di minggu kedua. Mawi telah melakar pelbagai kemenangannya terhadap kesemua pertandingan yang dimenanginya sehinggakan digelar Raja SMS kerana sering mengungguli anugerah melalui undian SMS sebelum timbul kontroversi terhadap dirinya daripada pihak media.
Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung, beliau terus menjadi seorang ikon negara setanding dengan penyanyi terkenal tanah air seperti Siti Nurhaliza. Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka lagi, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Akibat daripada kemenangannya, satu fenomena Mawi telah muncul di Malaysia.
Hanya memerlukan tidak kurang daripada setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan terhadapnya.
Mawi terkenal dengan frasa "World" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Mawi World!". Walaupun penuh dengan kontroversi seperti putus tunang,isu dadah, dan lain-lain. Mawi tetap menempuh cabaran dunia hiburan dengan tabah dan sabar.
Ramai yg mengatakan Mawi seorang yg bertuah atau bernasib baik, tetapi bagi saya, Tuah tidak akan datang bergolek dan kejayaan Mawi juga tidak disengajakan. Beliau jujur dengan diri sendiri dan sentiasa belajar memperbaiki dirinya. Ini dapat dilihat daripada cara berpakaian,cara berkomunikasi dan kesungguhan beliau dalam mempelbagaikan sumber pendapatan beliau seperti menjadi Duta Produk,produk jenama Mawi World dan sebagainya.
Kejayaan Mawi, seorang anak muda dari Felda ini sangat menarik perhatian ramai. Mawi membuktikan bahawa Mimpi mampu menjadi Realiti.
Salam Jutawan dari saya
Haizal Ramdzan
Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Yeah..Mawi World!!Hehe..Memang,jadi artis ni memang boleh jadi jutawan.Dulu saya pernah menghadiri satu seminar Dr Azman Ching (jutawan MLM).Memang Dr Azman ni seorang speaker yang superb.Yang saya nak kongsikan di sini ialah..Beliau cakap kerjaya sebagai artis ini disifatkan sebagai pekerjaan matahari terbenam.Sebabnya..biasanya artis ni masa dia famous ialah masa dia muda..anggarannya mereka akan popular dalam 10-20 tahun lepas mereka bergelar artis (tu pun kadang-kadang bila dah masuk usia 40 an or dah kawin dah x famous sangat dah).Lepas tempoh 10-20 tahun ni (senang cakap bila mereka ni dah berusia),mereka dah tak famous dah.Masa tu income pun dah kurang.Sebab tu Dr Azman sifatkan pekerjaan ni sebagai pekerjaan matahari terbenam.Artis kita ni tak sama dengan artis Hollywood..artis Hollywood makin tua makin berisi..makin tua income makin lebat..tak gitu? ;p
emm bukan minat sangat pun ngan mawi..tp tu lah dah rezeki dia kan dan sekarang sudah sampai jodohnya..diharap x jadi kes mcm artis2 lain majlis besar2 last2 cerai..mari lah doakan kebahagiaan umat islam yang mendirikan rumah tangga insyallah
Salam,saya Miji dan saya telah mendapat inspirasi untuk memulakan blog mengenai jutawan yang ada di dunia ini setelah membaca/melihat blog anda,jadi saya berharap agar anda sudi ke blog saya dan memberikan sedikit komentar :)
Sila Lawati:
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
P:s-Saya budak baru belajar :)
saye adalah org kulai.. hehe promote leh tak. sbnrnye mawi adalah jutawan segera. dan sy melihat kejayaan yg dye kecapi adalah dr rezeki Allah yg tak pernah putus2. ini sbnrnye ujian buat mawi agar tidak lupa diri & lihat ke bumi tatkala berada di langit.
mawi world....artis jutawan cuma sementara jadi arrtis tersebut kena pandai urus kewangan agar masa jatuh ada backup plan
Post a Comment