Tuesday, October 28, 2008

JUTAWAN DUNIA : Takhta No 1 orang terkaya di Dunia telah dirampas oleh Warren Buffet!!!


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Semalam saya tersenyum seharian apabila pasukan kegemaran saya sejak kecil Liverpool FC telah mengalahkan pencabar terdekat Chelsea FC 1-0 dan secara tidak langsung berjaya mengungguli takhta no 1 EPL..hip hip horayyyyyy!!!!!!!..you`ll never walk alone bebeh..ops, terlebih-lebih pulak.

Apa yang menarik ialah kedua-dua pasukan iaitu Liverpool Fc dan Chelsea masing-masing mempunyai rekod bersih tanpa kalah untuk 13 perlawanan. Perlawanan tersebut bagi saya adalah satu perlawanan seimbang dengan kehadiran banyak bintang dan susunan strategi yang begitu berhati-hati daripada kedua-dua pasukan. Apa yang saya lihat, kejayaan liverpool adalah diatas faktor mentaliti pemain-pemainnya yg kosisten dan seimbang dari segi corak permainan dan stamina. Hanya sedikit kesilapan mudah dan kelalaian membezakan dan menghukum pasukan Chelsea pada malam itu. Kepada penyokong pasukan Chelsea, saya minta maaf jika saya melebih-lebih macam pengulas sukan pula.

Adalah sesuatu yg menarik untuk mengaitkan perlawanan semalam dengan kedudukan carta orang-orang terkaya didunia daripada senarai Forbes. Seperti yang kita ketahui, Bill Gates adalah orang terkaya didunia dengan perniagaan syarikatnya yang bernilai berbillion USD iaitu Microsoff. Tetapi, tahukah anda bahawa carta No 1 tersebut telah di rampas oleh rakan baik beliau iaitu Warren Buffet yang selama ini berada pada rangking no 2 di belakang Bill Gates.

Berlainan dengan Bill Gates, Warren Buffet terlibat dalam pelaburan seperti hartanah,saham,forex dan lain-lain lagi. Dengan nilai aset USD 62.3 Billion, pastinya anda membayangkan insan bernama Warren Buffet ini seorang yang mempunyai gaya hidup mewah. Tetapi tahukah anda bahawa Warren Buffet mash memandu keretanya sendiri yg berjenama Cadillac DTS.

Beliau tidak mempunyai komputer di meja peribadinya, dan juga tidak menggunakan telefon bimbit atau handphone. Beliau juga masih duduk dirumah yang dibeli pada tahun 1958 pada harga USD31,500 di pertengahan Dundee di kawasan kejiranan Omaha. Menariknya, nilai rumah beliau telah meningkat kepada USD 700,000. Perkara pertama yang saya terfikir ialah mungkin Warren Buffet ini seorang yang kedekut. Yerlah, nak beli Handphone dan komputer pun taknak. Tapi ia meleset sama sekali apabila saya membaca fakta ini yang menunjukkan Warren Buffet telah membelanjakan USD650,100 sahaja untuk tahun lepas untuk menderma kepada badan kebajikan. Kecintaan beliau kepada kebajikan terserlah apabila bersetuju untuk berkongsi kekayaan beliau kepada badan kebajikan yg ditubuhkan oleh Bill dan Melinda gates.

Warren Buffet yang dilahirkan pada 30 Ogos 1930 ini menyerlahkan bakat beliau dalam dunia perniagaan dan pelaburan dengan membeli mesin Pinball terpakai pada harga USD 25 dan meletakkannya di kedai gunting rambut pada usia beliau 15 tahun. Dalam masa beberapa bulan sahaja, beliau telah mempunyai banyak mesin Pinball yang diletakkan dibeberapa lokasi berbeza.

Bakat beliau dalam dunia pelaburan adalah hasil tunjuk ajar dan kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu daripada seorang "sifoo" beliau iaitu Benjamin Graham. Beliau sangat mengenang jasa sifoo beliau kerana tidak pernah lupa menyebut nama sifoonya itu setiap kali orang bertanya tentang rahsia kejayaan beliau.

Antara falsafah perniagaan beliau ialah "Sentiasa memandang sesuatu pelaburan sebagai satu perniagaan". Beliau akan melabur dalam sesuatu syarikat atau perniagaan yang beliau benar-benar fahami sahaja. Ini amat ketara apabila Warren Buffet tidak membelanjakan satu senpun untuk melabur didalam syarikat milik rakan baiknya iaitu Bill Gates kerana beliau tidak memahami dunia perniagaan IT seperti Komputer,Soffware dan sebagainya.

Kejayaan Warren Buffet merampas rangkin No 1 ini juga adalah terhasil daripada kerugian dan kemerosotan syarikat milik Bill gates iaitu Microsoff akibat JV dengan syarikat carian internet Yahoo. Bagi Bill Gates, pelaburan dan perkongsian tersebut gagal seperti yang dirancang.

Kebijaksanaan Warren Buffet ini bukanlah terhasil dalam 1-2 tahun pengalaman sahaja. Beliau bijak mencari Guru dan sumber maklumat yang betul dan sentiasa belajar untuk memperbaiki pengetahuan beliau dalam dunia pelaburan. Dengan usia 77 tahun, beliau tidak berhenti belajar dan sentiasa memperbaiki pengetahuannnya dalam dunia pelaburan.

Semoga anda semua mendapat manafaat daripada coretan saya pada kali ini. akhirkata dari saya You`ll never walk alone...opsss....:)

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

4 comments:

HaikalNaimRamdzan said...

cuba bukak blog naim

HaikalNaimRamdzan said...

ada orand mexico bukak blog naim ade california cuba laa bukak

Halim Azr said...

U never walk alone bro.. cerita yg menarik dan dari kelebihan yg ader nie la org mengambil peluang nama WB ni utk dijadikan sbg penipuan mereka.

www.ceritaemas.blogspot.com

Anonymous said...

Saya sangat suka artikel nie

Thank you Bro,