Tuesday, October 14, 2008

MOTIVASI JUTAWAN : Kepentingan menuntut ilmu.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dalam meniti kejayaan bergelar Jutawan. Ilmu adalah sajian utama dalam resepi untuk mencapai kejayaan. Ilmu boleh datang daripada pelbagai sumber dan bukan hanya hadir dalam kuliah universiti atau pendidikan sekolah menengah sahaja. Ramai tokoh Jutawan mempunyai latar belakang akedemik yang biasa-biasa sahaja. Tetapi mereka menuntut dan belajar dalam pelbagai cara yang praktikal dan berkesan dalam membentuk diri mereka.

Semalam saya membaca sebuah artikel daripada Puan Rozarita Kamal di http://rozaritakamal.blogspot.com/ yang mengisahkan "client" beliau yang bergelar Jutawan hanya dengan pendidikan sehingga darjah 6 sahaja. Apa yang saya pelajari daripada cerita tulisan Puan Rozarita ialah bagaimana "client" beliau mengatasi kekurangan beliau dengan cara tersendiri. Dia tidak membiarkan dirinya tertinggal dalam sesuatu ilmu baru walaupun dia mempunyai kekurangan dari segi ilmu akedemik.

Sikap dahagakan ilmu sepatutnya ditanamkan dalam diri setiap manusia yang ingin mengecapi kejayaan. Saya sendiri amat tertutup dalam menuntut ilmu baru seperti Internet dan sebagainya sebelum ini. Bagi saya, penggunaan internet ini hanya terbatas untuk tujuan-tujuan biasa sahaja. Sehinggalah keterbukaan untuk mendalami ilmu timbul apabila melihat orang lain berjaya menjadikan internet satu platform perniagaan yang menguntungkan.

Ada yang merasakan diri mereka terlalu terlambat dalam menuntut sesuatu ilmu. Bagi orang yang berumur, mereka merasakan sesuatu ilmu baru tidak praktikal dan sesuai untuk mereka. Kita lihat kejayaan T.Ananda Krisnan. Kejayaan beliau hadir daripada kebijaksanaan beliau memanafaatkan teknologi baru yang boleh diniagakan. Sebut saja Maxis dan Astro. Siapa sahaja diMalaysia yang tidak kenal apa itu Maxis dan Astro.

Lim Goh Tong yang dikenali sebagai antara orang terkaya di Malaysia dan menghuni ranking 245 Dunia(mengikut data terkini Forbes) juga tidak mempunyai latar pendidikan akademik yang tinggi malah saya pernah mendengar cerita yang beliau tidak reti membaca. Tetapi kemahuan untuk belajar dan menuntut ilmu telah mengubah beliau daripada seorang perantau dari China kepada Jutawan yang unggul di Asia.

Persoalannya sekarang adakah anda terbuka dalam menuntut ilmu. Membaca, bertanya, berkongsi pendapat adalah rutin harian yang perlu diamalkan seharian. Mungkin idea dari seseorang yang lebih muda daripada kita itu lebih baik daripada kita. Buanglah sikap egois dalam mencari ilmu. Begitu juga dengan diri saya, saya masih belajar. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanafaatkan semua. Saya sentiasa terbuka dalam mendalami ilmu baru. Berkongsilah dengan saya :)

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan

2 comments:

Hafifi said...

menuntut ilmu sgt penting dan penting juga mencari guru yang boleh berikan ilmu yg bermanfaat

www.mohdhafifi.com

Halim Azr said...

betul tu... pendidikan yang tinggi bukan menjamin masa depan. tetapi usaha yang berterusan dan percaya pada rezeki Allah adalah yang paling utama

www.ceritaemas.blogspot.com