Sunday, October 12, 2008

JUTAWAN WANITA : "Anita Ali"..uuuu...Laksa Shack~....


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berapa ramai diantara kita sanggup melakukan keputusan drastik untuk mengubah cara hidup kita? Sebagai contoh, setiap pagi anda bersarapan disebuah restoren masakan melayu, tetapi keesokkannya anda rasa ingin cuba direstoren mamak pula. Kebiasaannya kita janggal untuk mengubah selera atau melakukkan sesuatu yg berlainan dengan rutin kehidupan kita kerana takutkan kekecewaan. Yerlah, dah selalu makan kat satu kedai tu sedapp jer...takut tukar kedai tak sedap pulak kan..

Terus terang saya katakan bahawa saya bukanlah pengemar "laksa". Tak kiralah laksa johor,penang atau sebagainya. Sememangnya dulu saya tidak suka mencuba sesuatu makanan yang baru. Pertama kali saya memakan laksa adalah ketika saya ke padang kota pulau pinang. terdetik pula dalam hati saya "eh...boleh tahanlah".

Mungkin ramai diantara anda yg pernah mendengar iklan "Laksa Shack" di radio. Bagaimana anak mat salleh,india,cina pun dah suka makan laksa. Saya tertarik dengan tema iklan tersebut yang ingin menjadikan laksa iaitu makanan malaysia sebagai satu trend dikalangan rakyat Malaysia. 3 hari lepas saya ke restoren "Laksa Shack" di One utama dan sememangnya restoren tersebut dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat yang meliputi pelbagai kaum.

Anita ali adalah wanita disebalik nama restoren francais yang semakin meniti dibibir masyarakat Malaysia.Ia ditubuhkan pada tahun 1994. Mungkin ramai yg tidak percaya jika saya katakan bahawa Puan Anita ali ini tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan makanan diwaktu awal pembabitan beliau.

Beliau berkelulusan Ijazah dalam bidang pengangkutan dari Uitm. Selepas berjaya memegang segulung ijazah, beliau cuba mencari pekerjaan yang sesuai dengan jurusan yang beliau ambil tetapi gagal. Kerana tidak mahu menganggur, beliau memohon lesen Kontraktor kelas F dan berjaya mendapat beberapa projek kerajaan. Malangnya, kelembapan ekonomi membuatkan beliau gagal dalam perniagaan ini.

Ekoran daripada kegagalan itu, Puan anita tidak patah semangat untuk terus berniaga, beliau menceburkan diri dalam satu bidang baru iaitu perniagaan makanan di Damansara Kim. Tahukah anda beliau hanya mempelajari cara penyedian lauk-pauk hanya dari buku resepi sahaja.Ini bermakna beliau bukan dilahirkan terus pandai dalam ilmu masakan. Tetapi beliau mempunyai kesungguhan untuk belajar. Seperti mana yang kita ketahui, perniagaan makanan ini penuh dengan cabaran dan komitmen penuh sepanjang hari. Beliau tidak mampu untuk meneruskan perniagaan ini lalu berhenti dan bekerja makan gaji.

Kerjaya pertama beliau selepas berhenti berniaga ialah penyambut tetamu disebuah hotel. Setelah beberapa tahun bekerja, beliau dinaikkan pangkat kepada Pengurus Operasi Kanan diHotel tersebut. Puan Anita sebenarnya bukan bekerja semata-mata dihotel tersebut. Sambil bekerja, beliau mengambil kesempatan untuk belajar dan mengkaji tabiat pemakanan masyarakat Malaysia untuk mencari produk baru dan jenama baru restoren makanan segera.

Selepas yakin dengan produk beliau. Beliau mengambil langkah drastik dengan berhenti kerja dan memulakan "Laksa Shack". Kini, "Laksa Shack" bukan sahaja terdapat di Malaysia tetapi mula dilesenkan kebeberapa negara di Asia Tenggara,Timur tengah,EU dan Australia.

Sikap berani berubah dan sentiasa belajar merupakan tonggak kejayaan Puan Anita ali. Semoga kita dijauhkan dari sikap malas untuk belajar dan ditanamkan sikap berani berubah seperti Puan Anita Ali.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan

2 comments:

osman adnan said...

Laksa??Saya suka laksa penang,hoho..Terus terang saya cakap,saya respect kat saudara sebab kesungguhan saudara dalam menulis cerita-cerita usahawan berjaya macam ni..Mengumpul cerita2 camni perlukan kesungguhan jugak,perlukan banyak pembacaan dan usaha jugak,bukan senang kan..Blog saya masih merangkak lg haizal,malam ni nak setting plugin pulak..tak dapat2 lagi ni..Teruskan usaha anda,saya akan terus membaca nukilan anda :)

gempaq said...

memang betul laksa shack best.. dulu waktu di timesquare saya menonton wayang.. sementara tunggu masa menonton... saya singgah dilaksa shack.. tak sangka laksa sarawak sangat sedap disini.. rencahnya juga banyak tak kedekut..

saya rasa itu adalah penyebab beliau berjaya kerana masakannya sedap2 dan banyak satu mangkuk besar boleh kongsi 2 orang..