Tuesday, February 22, 2011

MOTIVASI JUTAWAN : Menerima ketentuan Allah dengan tabah dan redho..(Tabahnya insan yg bernama MUHAMAD HAIRUMAN MISKON)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam mencapai misi bergelar seorang JUtawan, pastinya kita akan menempuh pelbagai onak cabaran dalam pelbagai bentuk. Seperti kata seorang sahabat yg menasihati saya petang tadi Encik Jasni Vincent seorang Usahawan Etiqa takaful pada saya, Allah mahu melihat samaada kamu benar-benar inginkan sesuatu dan berusaha kearah itu. Terima Kasih Jasni.

Kita sering menyalahkan keadaan dan berputus asa dalam menghadapi sesuatu cabaran. Terutamanya apabila melakukan perniagaan. Tidak kiralah perniagaan apa sekalipun, semangat juang merupakan perkara utama yg wajib ada pada diri untuk bergelar JUTAWAN. Post kali ini agak berbeza, dalam kesedihan saya apabila perancangan perniagaan saya terganggu, saya membelek akbar-akbar lama untuk mencari info-info atau berita yg boleh membangkitkan semangat saya.

Saya amat kagum dengan seorang insan bernama MUHAMAD HAIRUMAN MISKON , siapa beliau? Beliau adalah seorang anak yatim piatu sejak berumur 5 tahun daripada 10 orang adik beradik. Keadaan bertambah sukar kerana 2 orang kakaknya adalah golongan OKU. Beliau yg merupakan anak ke 9 terpaksa melakukan 2 pekerjaan bagi menampung kos sara hidup iaitu bekerja kilang dan memungut kelapa sawit disamping menusahakan perniagaan air. Malang tidak berbau dan sesungguhnya ketentuan allah itu diluar dari kawalan kita sebagai hambanya. Hairuman ditimpa musibah sewaktu bekerja di ladang kelapa sawit.

Beliau terkena renjatan sub station TNB bervoltan tinggi 3000kw pada 26.11.2010 dan 50% badannya telah terbakar. Kecederaannya yg kritikal memaksa doktor memotong kedua tangannya dan kaki kirinya dipotong. Mungkin kita merasakan musibah yg menimpa kita cukup besar dan tidak tertanggung, dan cuba kita bayangkan kita berada pada situasi Hairuman. Anak muda berusia 22 tahun yg kudung serta ketiadaan ibu bapa tempat bergantung.

Doktor mengatakan kos perubatan yg diperlukan adalah RM15,000 sebulan. disini saya sertakan akaun nombor dan detail surat dari pihak hospital dan ic hairuman untuk kita bersama-sama menghulurkan bantuan pada anak muda ini. Moga Allah memudahkan urusan dan sentiasa melindungi beliau.







Puan Maryuni Binti Miskon melalui akaun Maybank – 1620 3063 2448 atau
CIMB – 1257 0000 2035 29.
No. Tel: 018-3807867

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.










2 comments:

adie said...

TERSENTUH RASA HATI MENATAP KISAH DAN FOTO HAMBA ALLAH YANG BERNAMA MUHAMAD HAIRUMAN MISKON,KITA SELALU MERASAKAN DUGAAN YANG MENGUJI KEHIDUPAN KITA HARI INI AMAT HEBAT TAPI CUBA BANDINGKAN DUGAAN2 YG ORANG LAIN PERLU LALUI...MASYAALLAH,TUHAN TIDAK PERNAH ZALIM,HANYA KITA SEBAGAI MANUSIA TIDAK PERNAH SEDAR APA NATIJAH TERSEMBUNYI DI SEBALIK SEMUA DUGAAN YG DITIMPAKAN PADA KITA.

Maryuni Binti Miskon said...

Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin....

Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :

MARYUNI BT MISKON
MAYBANK A/C : 162030632448
CIMB A/C : 12570000203529
atau
MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
CIMB A/C : 12570005386520