Saturday, November 28, 2009

Motivasi Jutawan : Jadi jutawan dengan modal RM14


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Sebelum terlambat, saya nak ucapkan selamat hari raya aldiladha...semoga ibadah korban ini memberikan kesan positif dalam diri kita. Haaaa..pagi tadie terbaca cerita nih di KOSMO..so..jom kita baca..

STAFFORD - Dua lelaki Britain menjadi jutawan segera apabila artifak zaman Anglo-Saxon yang mereka temui disahkan bernilai £3.28 juta (RM18.45 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Fred Johnson, seorang petani dan Terry Herbert, bekas pekerja kilang keranda hanya menggunakan sebuah alat pengesan logam bernilai £2.50 (RM14) yang dibeli pada tahun 1991.

Mereka menjumpai sejumlah 1,500 item yang dianggarkan berusia 1,300 tahun itu di Lichfield dan Tamworth, Staffordshire, 198 kilometer dari London pada 5 Julai lalu.

Tinggalan purba itu dihantar kepada pihak berkuasa kerana dianggap sebagai milik negara dan kemudian dinilai oleh Jawatankuasa Bebas Penilaian Khazanah di Muzium British.

Herbert, 55, juga pencari logam bawah tanah menemui artifak itu termasuk 650 item emas seberat lima kilogram di kebun milik Johnson, 65, sebelum dimuatkan ke dalam 244 buah beg.

Khazanah yang juga meliputi 530 objek logam seberat satu kilogram itu bakal disimpan sebagai koleksi pameran di Muzium Birmingham dan Muzium Tembikar di Stoke-on-Trent.

Sehingga kini, dua lelaki itu masih terkejut dan tidak menyatakan rancangan mereka apabila masing-masing mendapat £1.74 juta (RM9.78 juta) hasil penemuan tersebut. - Agensi


Apa pendapat anda? adakah ini dinamakan tuah?...mungkin juga..rezeki kan..tapi jangan anda fikir 2 orang nih tak berusaha..dah berapa tahun mereka berusaha mencari logam didalam tanah...bertahun tahun tau...bermakna mereka tidak jemu dan gigih...dan habuannya...nahhhhhh..dalam kehidupan ini. Kita akan dihidangkan pelbagai peluang...lain kita cari..lain yg jumpa..macam 2 warga UK nih, nak carik logam bawah tanah, mungkin sebelum nih mereka dah jumpa macam-macam benda yg mereka tak inginkan. tapi at last dapat sesuatu yg lebih berharga dari apa yg mereka impikan.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan










No comments: