Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari Raya dari saya di KisahJutawan




::Kad Ucapan Raya Percuma


Assalamualaikum,
nak kirim kad raya,saya tak punya alamat anda semua, jadi saya hantarkan dalam bentuk maya sahaja, hehe, selepas raya nanti, saya akan menyambung semula dengan kisah-kisah dan tips jutawan yang lebih hebat lagi, saya memohon kemaafan pada semua jika ada sebarang kesilapan yang tidak saya sengajakan sepanjang penulisan saya dalam blog ini. Saya akan memperbaiki dan menjadi lebih peka supaya ia tidak berulang. Semoga lebaran ini memberikan kenangan terindah untuk semua. Salam Aidilfitri dari saya..

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan

Monday, September 22, 2008

JUTAWAN MALAYSIA: Dah Beli baju Raya?? Jom Ke KAMDAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Wah, Wah...pasti anda semua terkejut dengan topik saya pada kali ini, macam iklan raya kan. Kepada semua muslimin dan muslimat diluar sana, diharap hari-hari terakhir ramadhan ini dimanafaatkan sepenuhnya. Berbalik kepada topik asal, anda sudah beli baju raya?. Kalau yang belum lagi tu, saya syorkan anda ke Kamdar di Jalan Chow Kit. Kenapa pula ya saya nak promosi Kamdar ini, hehe, pasti itu yang termain-main difikiran saudara semua.

Tahukah anda siapa pemilik Kamdar? nama beliau ialah Harsukhlal Maganlal Kamdar. Beliau yang merupakan pengasas dan Pengarah Urusan Pasar Raya Kamdar merupakan keturunan Gujarati yang berasal daripada wilayah Gujerat. Harsukhlal tiba ke Malaysia pada tahun 1941 pada usia 14 tahun bersama abang dan bapanya untuk menjalankan perniagaan.

Penghijrahan beliau sekeluarga tidak bermula dengan kejayaan kerana perniagaan mereka terpaksa ditutup kerana Perang Dunia Kedua. Lantas Harsukhlal terus mencari peluang kerja yang baru disekitar Pulau Pinang.

Setelah bekerja beberapa lama dengan abangnya di Ipoh dan pulang kenegara asal seketika. Beliau ke Singapura untuk bekerja dengan sebuah syarikat milik bangsa Punjabi yang menjalankan perniagaan import ekspot sagu,kekacang,kain dan lain-lain lagi. Disinilah sebenarnya Harsukhlal belajar erti hidup.

Dengan gaji 80 dolar yang beliau rasakan tidak mencukupi, beliau bekerja secara sambilan di pejabat juruaudit pada sebelah petangnya pula. Setelah 3 tahun bekerja di Singapura, Harsukhlal berhenti untuk kembali berniaga bersama abang-abangnya di Ipoh.

Disinilah bermulanya kejayaan Kamdar, walaupun pada awalnya terdapat cabaran kerana terma kredit yang terlalu lama dalam perniagaan borong. Beliau sentiasa mencari jalan dan memperbaiki keadaan dengan menukar perniagaan mereka daripada perniagaan borong kepada perniagaan peruncitan. Di awal pembabitan mereka dalam perniagaan Tekstil di Kuala Lumpur juga penuh dengan cabaran dan saingan kerana kebanjiran gedung-gedung tekstil di Kuala Lumpur yang lebih senior dari mereka.

Menariknya, Kamdar masih mampu bertahan bahkan meluaskan empayar perniagaannya ke seluruh semenanjung Malaysia. Resipi Kejayaan Kamdar ini hasil daripada jati diri pemiliknya yang menganggap berniaga ini bukan sebagai kerja tetapi Hobi dan minat. Beliau tidak takut untuk melakukan kesalahan dan berani mengambil risiko. Perniagaan beliau juga kekal utuh kerana semangat kekeluargaannya yang mantap.

Disiplin dan komitmen yang tinggi yang ditanam dalam diri mereka juga merupakan tunjang kejayaan Kamdar. Beliau mempunyai cara kerja yang berbeza dimana setiap hutang dengan pihak bank perlu di bayar awal dan mengikut masa. Selain itu, Pengarah syarikat juga dilarang mengambil Over Draf dan tidak dibenarkan menjadi penjamin kepada orang perseorangan. Beliau juga tidak mengalakkan syarikat untuk terlalu aktif dalam pasaran saham.

Walaupun Kamdar adalah sebuah perniagaan keluarga, tetapi disiplin dan peraturan ketatlah yang menjadikan mereka berjaya. ingat falsafah perniagaan Kamdar? "Beli Murah, Jual Murah"

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan

JUTAWAN MALAYSIA: Manisnya gula......Manis lagi kejayaan Robert Kuok


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Semalam saya berbuka puasa di sebuah gerai makan kegemaran saya yang saya gelar the "V"(saya tidak mahu memberi promosi percuma kepada makcik sbb smalam tak dapat diskaun), kedai ini milik orang kelantan-thailand yang sememangnya enak-enak belaka. Mungkin ia kena dengan selera saya yang gemarkan makanan manis-manis.

Bercerita tentang manis, kita sinonim akan mengaitkan sesuatu yang manis itu dengan gula ( kalau awek manis tu tak laa..). Siapa di Malaysia bahkan didunia ini yang tidak pernah merasai kemanisan gula? siapa di Malaysia ini yang tidak kenal apa itu gula? Saya pasti, jika anda bertanya secara rambang kepada 100 orang yang anda jumpai, pasti keputusannya kenal apa itu gula. (orang gila tak kira)

Ujian yang kedua pula, cuba anda tanyakan kembali kepada 100 orang yang telah anda tanya soalan pertama tadi, anda kenal Robert Kuok? Mungkin tidak semua kenal Robert Kuok seperti mana mengenali gula.

Siapa Robert Kuok? beliau yang mendapat gelaran "Raja Gula Malaysia" merupakan orang yang menghuni tangga pertama senarai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM 32 Billion....Ya Billion....saya ulangi Billion...

Penglibatan awal Robert Kuok adalah pada 1 April 1949 (April fool tu..) bermula dengan penubuhan Kuok Brothers Sdn Bhd yang mengambil alih perniagaan jual beli yang diasaskan oleh bapanya Keng Kang. Bapa beliau menjalankan perniagaan jual beli keperluan asas dengan izin Sultan Johor dengan membekalkan keperluan tersebut untuk 50,000 tahanan Perang Jepun kepada kerajaan British.

Selepas kemerdekaan Malaysia, beliau mengasaskan Malaysia Sugar manufacturing Company pada dan mula menjalankan perniagaan secara besar-besaran. Enam tahun selepas itu, beliau menubuhkan pula syarikat penapisan gula yang pertama di Malaysia iaitu Malaysian Sugar Manufacturing. Syarikat ini mendapat perlbagai kemudahan dan status monopoli dari pihak kerajaan Malaysia.

Beliau juga telah membuka banyak ladang tebu di Malaysia dan Indonesia bagi memenuhi keperluan permintaan seterusnya meningkatkan reputasi beliau sebagai pengilang gula terbesar di Dunia.

Robert Kuok kemudian meluaskan empayar perniagaannya di Hong Kong dan China merangkumi pelbagai cabang perniagaan daripada Hartanah, Media dan perhotelan. Tahukah anda bahawa Robert Kuok adalah orang pertama di Asia yang berjaya mewujudkan rangkaian hotel lima bintang iaitu Shangri-La Hotel.

Apakah rahsia lelaki hebat dari Malaysia ini?, Antara rahsia beliau ialah falsafah perniagaannya yang jelas menunjukkan beliau adalah orang yang sentiasa belajar dan bijak menyesuaikan diri dengan perubahan zaman. Beliau juga mempunyai hubungan dan jaringan perniagaan yang baik dan kukuh dengan Usahawan-usahawan Cina yang lain seperti Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam dan lain-lain lagi.

Robert Kuok juga mementingkan hubungan kekeluargaan dan kerjasama erat mereka terlihat daripada status syarikat mereka yang utuh dalam Bursa Saham Kuala Lumpur, Hong Kong, China dan Singapura.

Semoga cerita kejayaan Robert Kuok ini akan memberikan manafaat untuk anda dan saya, Kejayaan Robert Kuok bukanlah tanpa usaha dan tidak disengajakan. Beliau adalah seorang yang jelas tentang falsafah perniagaan dan sentiasa mencari peluang.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan

Friday, September 19, 2008

MOTIVASI JUTAWAN: Acuan membentuk Jutawan


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Masih ingatkah anda hari pertama anda menjejakkan kaki ke Sekolah? Masih ingatkan anda pertama kali anda berjaya mengeja perkataan dengan sendiri? Masih ingatkah anda bagaimana anda berjaya melakukan kayuhan pertama semasa belajar menunggang basikal?

Mungkin sebilangan dari kita akan mengatakan Tidak!...dan mungkin sebahagian akan mengatakan YA!...bagi yang mengatakan YA...Soalan lanjutan untuk anda adalah, Bila?apakah baju yg anda pakai pada waktu itu, hari apa?Pukul berapa?...mampukah anda membayangkan diri anda berada pada saat-saat yang saya sebutkan tadi. Mungkin tidak ramai yang ingat dengan jelas setiap titik permulaan anda berjaya melakukan sesuatu. Mungkin ia sesuatu yang tidak penting dan tidak besar untuk dibanggakan. Yalah...siapa yang nak bangga kalau berjaya mengeja dalam usia 6-7 tahun, ia sesuatu yang normal. Tetapi bagaimana jika anda dapat mengeja dan mengira dalam usia 3-4 tahun?pastinya ia diluar dari kebiasaan dan anda pasti mengingatinya.

Apa yang cuba saya sampaikan disini adalah berkenaan tentang titik permulaan kejayaan seseorang. Penulisan sebuah cerpen yang hebat bermula dari titik dan huruf pertama yang terbit dari minda seorang penulis. Kegagahan struktur bangunan tertinggi didunia juga bermula dengan titik lakaran pertama yg terbit dari minda si arkitek. Begitulah bermulanya setiap episod sesebuah kejayaan.

Tidak semua titik permulaan kepada kejayaan sesuatu yang indah untuk kita ingati dan bicarakan. Cacian,Sindiran,kegagalan adalam asam garam kehidupan. Mungkin kegagalan tersebut yang membuatkan anda terbentuk untuk berjaya. Pernahkah anda membuat Kuih sempena menjelang Aidilfitiri. Anda perlu menekan doh kuih untuk membentuk kuih mengikut acuan yang kita mahu. Begitu juga dengan diri kita, anda perlukan tekanan untuk membentuk diri anda,yang penting...anda jelas tentang acuan hidup anda.

Sebenarnya saya menulis artikel ini dalam keadaan tertekan,mungkin penulisan ini akan memberikan persepsi baik kepada saya dalam memandang tekanan ini sebagai sesuatu yang saya akan saya hargai suatu hari nanti.Saya suka kuih Tat nenas..anda bagaimana?

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan

Monday, September 15, 2008

JUTAWAN PERTANIAN: Jutawan Cendawan Wanita Korea Selatan


Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Dewasa ini, industri pertanian merupakan satu indutri yang telah mendapat perhatian ramai. Walaupun masyarakat Malaysia masih ragu-ragu dan was-was tentang pulangan lumayan daripada industri pertanian ini, informasi dan promosi yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan telah banyak mengubah persepsi masyarakat tentang industri ini.

Salah satu daripada industri pertanian yang menjadi perhatian ramai ialah penanaman cendawan. Ini dapat kita lihat daripada kebanjiran khursus asas penanaman cendawan yang terdapat didada akbar harian.

Benarkah industri penanaman cendawan ini memberikan pulangan yang memuaskan? adakah pasaran yang luas diluar sana? bagaimana pula jika kita ingin mendapatkan panduan teknikal? soalan-soalan lazim ini biasa ditanya oleh kita sebagai orang yang berada diluar dari industri ini.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita kejayaan seorang wanita korea yang telah menjana pendapatan Satu juta dalam industri ini. Pada tahun 2004, beliau telah menjana pendapatan bersih 1juta 70 ribu daripada penanaman cendawan ini.

Beliau mempunyai kilang moden penanaman cendawan yang lengkap dengan alatan pertanian yang canggih serta mempunyai 100 pekerja mahir di bawah bimbingan beliau. Kilang yang terletak di wilayah Ansung ini adalah salah satu daripada 6 kilang yang dimiliki oleh beliau. Beliau sentiasa memperbaiki produk memandangkan reputasi beliau sebagai seorang saintis dalam bidang pertanian sebelum menceburkan diri secara sepenuh masa dalam bidang perniagaan dan penanaman cendawan ini.

berikut adalah link video untuk dikongsi bersama



moga cerita ini menjadi contoh kepada anda semua, tiada yang mustahil jika dilakukan dengan gigih dan cara yang betul.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan

Wednesday, September 10, 2008

JUTAWAN HARTANAH: Donald Trump dari Abu Dhabi


Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Sukan bola sepak merupakan sukan yang mempunyai peminat teramai diseluruh dunia,ia merupakan satu kegilaan ramai kepada peminat dari seluruh pelusuk dunia. Salah satu daripada Liga di Dunia yang menjadi perhatian ramai adalah Liga Perdana Inggeris yang dibanjiri dengan pelbagai pemain hebat dari seluruh pelusuk benua.

Bahang kehangatan Bola Sepak Inggeris yang baru sedang rancak sekitar beberapa minggu berakhirnya olimpik dapat dirasakan dengan kebanjiran siaran lansung dikaca TV. Daripada anak kecil,remaja dan orang tua, semua meminati dan mempunyai pasukan dan pemain sanjungan mereka sendiri. Machester United, Liverpool,Chelsea, adalah merupakan nama gah dalam Liga Perdana Inggeris.

Perhatian dan tumpuan terhadap Liga Perdana Inggeris atau nama singkatannya EPL menjadikan sukan bola sepak satu industri yang bernilai berjuta malah berbillion. Ini merupakan satu kesempatan bagi pelabur-pelabur dari seluruh dunia untuk turut serta mengaut keuntungan hasil daripada populariti sukan dan liga ini.

Dunia bola sepak EPL dikejutkan dengan pembelian pemain bertaraf dunia iaitu Robinho daripada gergasi bolasepak Sepanyol Real Madrid oleh kelab Machester City dengan nilai 32.5 Juta Pound. Kemampuan kelab Manchester City membeli pemain bertaraf dunia seperti Robinho semestinya menjadi satu bualan dan kejutan ramai.

Disebalik kemampuan dari segi keewangan kelab Manchester City ini adalah hasil daripada kekuatan keewangan pemilik baru kelab berkenaan iaitu Dr Sulaiman Al-Fahim.

Dr Sulaiman Al-Fahim merupakan CEO Abu Dhabi Hyda Properties merupakan antara orang terkaya didunia yang mampu memperuntukkan sebanyak 540 Juta Pound kepada pengurus Manchester City Mark Hughes untuk beliau membeli pemain-pemain baru yang mampu menjadikan Manchester City salah satu dari gergasi bola sepak eropah.

Tahukah anda bahawa Dr Sulaiman Al-Fahim ini baru berusia 31tahun. Dalam usia yang semuda itu, beliau telah mendapat gelaran Donald Trump dari Abu Dhabi memandangkan kekayaan beliau dalam urusniaga hartanah yang disegani.

anda boleh membaca cerita disebalik kejayaan Dr Sulaiman Al-Fahim dengan lebih lanjut di www.arabianbusiness.com/496489-secrets-of-my-success

Pastinya, kancah bola sepak Inggeris akan menjadi lebih sensasi dengan kehadiran ramai lagi bintang bola sepak dari seluruh pelusuk dunia.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan

Wednesday, September 3, 2008

JUTAWAN INTERNET: Rahsia Penulis Ebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertamanya,saya mengambil kesempatan sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Memang diakui diawal puasa ini ada sedikit kejangallan dalam berpuasa. Biasanya pagi-pagi kita nak pekena teh tarik secawan. sekarang tidak lagie..hehe..

Kali ini saya ingin berkongsi beberapa maklumat tentang "Rahsia Penulis Ebook". Di US dan Eropah, penulisan dan penjualan Ebook telah menjadi satu trend perniagaan yang menguntungkan. Tidak hairan jika dikatakan bahawa penulis Ebook mampu menjana pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan dalam penjualan Ebook.

Bagi saya, ia adalah satu trend perkongsian maklumat yang murah,mudah,praktikal dan sesuai untuk semua. Tidak dinafikan maklumat merupakan satu cabang perniagaan yang menguntungkan. Kita tidak berkira dalam berbelanja soal maklumat dalam sesuatu bidang atau perkara yang kita ingin tahu.

Di Malaysia khususnya, kebanjiran produk Ebook dalam bahasa Melayu tidak dapat dinafikan. Ia adalah satu perkembangan sihat yang menunjukkan masyarakat Malaysia sudah terbuka dan mencapai satu tahap lebih tinggi dalam perniagaan internet.

Tahukah anda di Malaysia juga terdapat beberapa penulis Ebook yang mampu menjana pendapatan 4 angka sebulan. Pastinya, jika Ebook yang dijual atau ditawarkan memberikan kesan yang baik dan promosi yang sesuai dan berkesan, ia akan mendatangkan hasil yang baik.

Salah satu Ebook yang membongkar rahsia kejayaan penulis Ebook menjana pendapatan lumayan di internet ialah "RAHSIA PENULIS EBOOK". Dengan harga yang berpatutan, ia penuh dengan info dan sesuai untuk orang yang baru untuk berjinak-jinak dalam penulisan Ebook seperti saya. Jangan lupa dapatkannya sementara stok masih ada.





Salam Jutawan dari saya,

Haizal Ramdzan