Monday, September 15, 2008

JUTAWAN PERTANIAN: Jutawan Cendawan Wanita Korea Selatan


Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Dewasa ini, industri pertanian merupakan satu indutri yang telah mendapat perhatian ramai. Walaupun masyarakat Malaysia masih ragu-ragu dan was-was tentang pulangan lumayan daripada industri pertanian ini, informasi dan promosi yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan telah banyak mengubah persepsi masyarakat tentang industri ini.

Salah satu daripada industri pertanian yang menjadi perhatian ramai ialah penanaman cendawan. Ini dapat kita lihat daripada kebanjiran khursus asas penanaman cendawan yang terdapat didada akbar harian.

Benarkah industri penanaman cendawan ini memberikan pulangan yang memuaskan? adakah pasaran yang luas diluar sana? bagaimana pula jika kita ingin mendapatkan panduan teknikal? soalan-soalan lazim ini biasa ditanya oleh kita sebagai orang yang berada diluar dari industri ini.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita kejayaan seorang wanita korea yang telah menjana pendapatan Satu juta dalam industri ini. Pada tahun 2004, beliau telah menjana pendapatan bersih 1juta 70 ribu daripada penanaman cendawan ini.

Beliau mempunyai kilang moden penanaman cendawan yang lengkap dengan alatan pertanian yang canggih serta mempunyai 100 pekerja mahir di bawah bimbingan beliau. Kilang yang terletak di wilayah Ansung ini adalah salah satu daripada 6 kilang yang dimiliki oleh beliau. Beliau sentiasa memperbaiki produk memandangkan reputasi beliau sebagai seorang saintis dalam bidang pertanian sebelum menceburkan diri secara sepenuh masa dalam bidang perniagaan dan penanaman cendawan ini.

berikut adalah link video untuk dikongsi bersama



moga cerita ini menjadi contoh kepada anda semua, tiada yang mustahil jika dilakukan dengan gigih dan cara yang betul.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan

2 comments:

VERTICALZONE said...

bagus ap yang kamu tulis tu,

tapi, kalau kamu ingin menjadi jutawan internet lebih baik anda beri tumpuan berkenaan artikel internet sahaja.

tulis terlalu banyak perkara hanya melambatkan proses mendalami ilmu internet.

contoh, kalau anda minat fasal e-book just tulis berkaitan e-book, sahaja.

u just need to forcast only one thing one time.

then you will see the result..


haha. kite same-same nak belajar kan...

tu lah gunanya kawan, saling memperingati antara satu sama lain..

Haizal Ramdzan said...

terima kasih diatas nasihat encik verticalzone,tapi memang blog ini saya wujudkan untuk menjejak jutawan-jutawan merangkumi dari pelbagai bidang,kalau encik perasan,blog pertama saya juga menceritakan senarai orang2 terkaya dimalaysia yang merangkumi pelbagai bidang bisnes. saya mempunyai blog yang lebih khusus tentang perniagaan ebook iaitu www.ebook-melayu.blogspot.com terima kasih diatas nasihat dan pesan saudara