Wednesday, September 10, 2008

JUTAWAN HARTANAH: Donald Trump dari Abu Dhabi


Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

Sukan bola sepak merupakan sukan yang mempunyai peminat teramai diseluruh dunia,ia merupakan satu kegilaan ramai kepada peminat dari seluruh pelusuk dunia. Salah satu daripada Liga di Dunia yang menjadi perhatian ramai adalah Liga Perdana Inggeris yang dibanjiri dengan pelbagai pemain hebat dari seluruh pelusuk benua.

Bahang kehangatan Bola Sepak Inggeris yang baru sedang rancak sekitar beberapa minggu berakhirnya olimpik dapat dirasakan dengan kebanjiran siaran lansung dikaca TV. Daripada anak kecil,remaja dan orang tua, semua meminati dan mempunyai pasukan dan pemain sanjungan mereka sendiri. Machester United, Liverpool,Chelsea, adalah merupakan nama gah dalam Liga Perdana Inggeris.

Perhatian dan tumpuan terhadap Liga Perdana Inggeris atau nama singkatannya EPL menjadikan sukan bola sepak satu industri yang bernilai berjuta malah berbillion. Ini merupakan satu kesempatan bagi pelabur-pelabur dari seluruh dunia untuk turut serta mengaut keuntungan hasil daripada populariti sukan dan liga ini.

Dunia bola sepak EPL dikejutkan dengan pembelian pemain bertaraf dunia iaitu Robinho daripada gergasi bolasepak Sepanyol Real Madrid oleh kelab Machester City dengan nilai 32.5 Juta Pound. Kemampuan kelab Manchester City membeli pemain bertaraf dunia seperti Robinho semestinya menjadi satu bualan dan kejutan ramai.

Disebalik kemampuan dari segi keewangan kelab Manchester City ini adalah hasil daripada kekuatan keewangan pemilik baru kelab berkenaan iaitu Dr Sulaiman Al-Fahim.

Dr Sulaiman Al-Fahim merupakan CEO Abu Dhabi Hyda Properties merupakan antara orang terkaya didunia yang mampu memperuntukkan sebanyak 540 Juta Pound kepada pengurus Manchester City Mark Hughes untuk beliau membeli pemain-pemain baru yang mampu menjadikan Manchester City salah satu dari gergasi bola sepak eropah.

Tahukah anda bahawa Dr Sulaiman Al-Fahim ini baru berusia 31tahun. Dalam usia yang semuda itu, beliau telah mendapat gelaran Donald Trump dari Abu Dhabi memandangkan kekayaan beliau dalam urusniaga hartanah yang disegani.

anda boleh membaca cerita disebalik kejayaan Dr Sulaiman Al-Fahim dengan lebih lanjut di www.arabianbusiness.com/496489-secrets-of-my-success

Pastinya, kancah bola sepak Inggeris akan menjadi lebih sensasi dengan kehadiran ramai lagi bintang bola sepak dari seluruh pelusuk dunia.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan

1 comment:

Usahawan Bistari said...

salam perkenalan,
menarik artikel saudara tentang donald trump dari abu dhabi ni. teruskan usaha anda.
www.nizamsurf.blogspot.com