Saturday, March 28, 2009

JUTAWAN DUNIA : JUTAWAN MEE SEGERA...Momofuku Ando



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kelmarin merupakan hari paling malas dalam hidup saya, saya keletihan kerana tugasan luar kota dan kaki juga agak sakit kerana bermain futsal 2 hari sebelumnya. Jadi...saya mengambil keputusan untuk bersantai-santai dirumah sambil menonton TV (Bukan termasuk dalam aktiviti seorang JUTAWAN). MUngkin kerana mood malas melampau-lampau pada hari tersebut, saya mengambil keputusan tidak mahu keluar makan atau memasak apa-apa yg berkhasiat lantas mee segera jenama Meggi lah menjadi menu makan tengahari saya. Hanya perlu masak air,dan rendam mee segera tersebut...Nahhhhh...siap sudah menu tengahari saya. Sebenarnya, ia agak enak jika dimakan sekali sekala, tetapi menjadi muak jika dijadikan menu harian.

Sambil saya menghirup kuah mee segera tersebut hingga ketitisan terakhir, teringat pula saya pada artikel tahun lepas yg saya baca tentang pencipta mee segera,lalu saya carik semula artikel tersebut dan menulis semula untuk anda semua. Momofuku Ando seorang warga Jepun yg berasal dari Taiwan. Beliau dilahirkan dalam keluarga yg berada,tetapi kematian ibu bapanya pada usia yg sangat muda telah memaksa beliau dibesarkan oleh datuknya di Tainan Taiwan. Datuk beliau menjalankan perniagaan tekstil secara kecil kecilan dan ini memupuk semangat ingin berniaga dalam diri beliau. Beliau mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan tekstil pada usia 22 tahun dengan modal awal 190,000 Yen.

Beliau berpindah ke Jepun dan menjalankan perniagaan disana sehingga diberikan kerakyatan jepun. Malangnya beliau diperjarakan selama 2 tahun pada 1948 atas kesalahan lari daripada membayar cukai (ha ha....dah jadi jutawan jangan lupe bayar cukai yee). Perniagaan tidak berjalan lancar lalu memaksa beliau menutup perniagaan dan diistiharkan bangrap. Momofuku Ando tidak patah semangat dan menubuhkan syarikat baru yg menjalankan perniagaan garam secara kecil-kecilan.

Pada waktu Jepun sedang menghadapi krisis makanan akibat perang, Menteri kesihatan Jepun pada waktu itu telah menyarankan rakyat Jepun untuk memakan Roti yg dibuat dari tepung gamdum. Roti tersebut dibekalkan oleh Amerika Syarikat dan sememangnya ia bukan makanan ruji warga Jepun. Keadaan ini membuatkan Momofuku Ando terfikir kenapa Roti yg disarankan kepada warga Jepun pada waktu itu dan bukannya Mee yg sememangnya sinonim dengan rakyat Jepun.

Setelah dikaji, barulah beliau mendapat tahu bahawa syarikat-syarikat pembuatan mee diJepun terlalu kecil dan tidak mampu untuk menampung permintaan tinggi daripada rakyat Jepun. Momofuku Ando tidak teragak-agak untuk mengambil keputusan untuk menghasilkan mee yg mudah dimasak,murah dan sedap dimakan(aihh..macam iklan la pulak).kerana bagi beliau “Peace will come to the world when the people have enough to eat.”. Beliau amat merindui keadaan dimana beliau dapat memakan mee perisa ayam seperti sebelum perang.

Pada 25 Ogos 1958 dan pada usia 48 tahun, beliau telah menjumpai resepi Mee segera setelah beberapa kali gagal dalam eksperimen beliau. Beliau mula memasarkan produk pertama beliau iaitu Chikin Ramen iaitu mee perisa ayam. Produk beliau mendapat permintaan ramai kerana harganya yg murah iaitu 3 kali ganda lebih murah daripada semangkuk mee biasa yg termurah dipasaran.

Beliau tidak berhenti disitu dan sentiasa memperbaiki serta mempelbagaikan produk beliau. Daripada mee cawan untuk pasaran barat sampailah ke mee perisa tomato dan cheese untuk pasaran brazil.Khabarnya mee ciptaan beliau pernah dibawa keangkasa lepas oleh angkasawan Jepun pada tahun sekitar 2005-2006. Beliau berjaya membesarkan empayar mee segera sehingga hari ini. Walaupun mempunyai ramai pesaing dalam industri ini, beliau berbangga kerana dapat meninggalkan legasi perniagaan bernilai berbillion USD. Beliau telah meninggal dunia pada usia 96 tahun akibat penyakit jantung.

Sesungguhnya daripada cerita kejayaan beliau, dapat kita pelajari bahawa kesusahan yg kita lalui sebenarnya mempunyai hikmah yg tersendiri. Akibat daripada kesusahan tersebutlah beliau mendapat idea dan kekuatan untuk menghasilkan sesuatu yg diluar daripada kotak pemikiran orang biasa. Kepada sesiapa yg mengalami musibah dalam kehidupan, harap bersabar dan terus berusaha gigih untuk mencari jalan membebaskan diri anda daripada belenggu masalah tersebut. Selamat Berjuang untuk semua..

Salam Jutawan dari saya,

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

4 comments:

othman ahmad78 said...

Keadaan yang senang lenang,bermewah mewahan membuatkan seseorg lemah longlai,manja dan otak pun lambat nak pikir untuk cari idea..hanya yang pernah mengalami jerit perih kehidupan akan menjadi survivor dlm dunia yang mencabar

-kimie- said...

aku sangat suka baca blog ko ni bro... keep on posting bro..

Rohaizat Khalid said...

tertarik dengan blog ni..macam mana skalipun bisnes merupakn sesuatu yang boleh membuatkan seseorang itu jatuh dan bangun dalam hidup..kejayaan akan datang bila kamu berusaha dengan gigih tanpa kenal erti putus asa.

Halim Azr said...

yg buat mee kaya raya jadi kalau camtu org yg mkn mee pun blh kaya la kan...

tp mmg btl.. nk jd jutawan jgn mkn kat hotel 5stars. mkn megi jerk... jimat cermat