Friday, January 9, 2009

Tabung Aman Palestin





Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Post pada kali ini, saya tidak akan membicarakan apa-apa yg berkaitan dengan JUtawan. Saya mohon ampun dan maaf kepada semua. Kesedihan terhadap kezaliman yg berlaku di semenanjung Gaza kepada saudara-saudara kita di Palestin amat meninggalkan kesan mendalam pada saya dan kita semua. Apa yg mampu kita lakukan disini?...berkali-kali pertanyaan tersebut saya tanyakan pada diri saya. Jauh disudut hati saya terasa amat pilu memandang diTV dan Surat Khabar gambar anak-anak kecil,wanita dan orang tua yg berlumuran darah dan jenazah-jenazah mereka yg berlonggok-longgok banyaknya.

Ya allah, Kau berikanlah kekuatan kepada mereka dalam menghadapi dugaan dan cabaran. Saya terbayang keadaan tersebut berlaku di Malaysia. Bagaimanakah perasaan kita apabila saudara mara kita yg meninggal dunia setiap hari.Bagaimana rapuhnya perpaduan kita sebagai umat islam yg merupakan Umat majoriti di DUnia ini tidak mampu melakukan apa-apa yg mampu menghalang regim Zionis Israel.

Bagaimana sikap sambil lewa dan bersahaja komuniti Liga Arab yg kaya dengan limpahan emas hitam. Kemana perginya tokoh-tokoh pak arab yg kaya-raya?...sibuk sangatkah mereka membeli pasukan-pasukan dalam Liga perdana Inggeris atau sibuk sangatkah mereka membuang wang membina pulau buatan dan taman tema salji di negara padang pasir? Saya tahu bahawa penulisan saya ini tidak mampu memberikan impak besar untuk membantu saudara-saudara kita dipalestin. Tapi saya perlu meluahkannya dan menyampaikan kepada seberapa ramai orang bahawa saya amat bersimpati kepada mereka


AMAN PALESTIN menyeru umat islam
Malaysia beri bantuan kewangan.
Target kutipan 300k.
Aman Palestin Acc Maybank Malaysia Berhad
562263010787
Bank Islam Malaysia Berhad
12029010047880

Bantulah mereka wahai saudara-saudaraku..


Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan

Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

No comments: