Menjadi Jutawan merupakan impian dan cita-cita semua insan. Setiap Jutawan di dunia mempunyai cerita kejayaan masing-masing yang mampu memberikan inspirasi kepada yang lain. Blog ini membongkar cerita disebalik kejayaan Jutawan-Jutawan di dalam dan luar negara dari pelbagai cabang perniagaan.JUTAWAN MLM,JUTAWAN FOREX,JUTAWAN UNIT AMANAH,JUTAMAN INSURANS,JUTAWAN RESTOREN,JUTAWAN BISNESTANI dan pelbagai lagi kisah kejayaan mereka.Mudah-mudahan kejayaan mereka menjadi contoh kepada kita
Friday, January 9, 2009
JUTAWAN MALAYSIA : Tan Sri Dr Jeffrey Cheah (KUMPULAN SUNWAY)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semalam semasa berada seharian di pejabat untuk menyiapkan tugasan. Kebiasaannya saya jarang berada seharian dipejabat kerana tugasan saya banyak diluar. Sedang saya khusyuk membuat kerja, saya terasa panas dan mula berpeluh. "Haih....macam ada orang tutup air cond jer"...saya pun bertanya pada rakan-rakan yang biasa dipejabat dan mereka berkata, memang air cond akan ditutup pada waktu makan tghari bagi menjimatkan kos operasi syarikat.
Saya bekerja di salah satu Bank ternama di Malaysia, dan keadaan seperti yg saya lalui semalam menandakan bahawa Malaysia sedang dalam satu krisis ekonomi yg sangat serius. Itu pendapat saya. Post pada kali ini akan menceritakan tentang Tan Sri Dr Jefferey Cheah iaitu CEO Kumpulan SUnway.
Kumpulan Sunway memang terkenal sebagai antara syarikat gergasi di Malaysia yang telah meliputi pelbagai cabang perniagaan. Apa yang menarik minat saya untuk menceritakan tentang kejayaan Tan Sri Dr Jefferey Cheah ini adalah kerana kejayaan beliau mengharungi 3 kemelesetan ekonomi dengan jayanya.
Tan Sri Jefferey Cheag dilahirkan di Perak dan mendapat pendidikan beliau di Victoria University of Technology, Australia. Beliau memulakan pekerjaan sebagai akauntan di Kilang pemasangan motor setelah menamatkan pengajian beliau. Pada tahun 1974, beliau telah memulakan syarikat pelombongan bijih dengan modal berbayar Rm100,000.
Selepas 5 tahun menjalankan perniagaan perlombongan bijih, kemelesetan ekonomi telah melanda seluruh dunia dan ini memberikan impak buruk kepada syarikat Tan Sri Dr Jefferey Cheah sendiri. Kehabisan bijih timah juga telah membuatkan perniagaan beliau seperti akan sampai kepenghujungnya. Beliau segera menukar perusahaan bijih tersebut kepada perusahaan lombong kuari dan pasir dan beliau berjaya menyelamatkan syarikat beliau.
Pada tahun 1984, beliau berjaya membawa Sunway Holding Berhad ke papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur. Kejayaan ini hadir bersama cabaran baru apabila kemelesetan ekonomi kembali pada tahun 1985. Kali ini, kesan yang dirasai lebih ketara dan Sunway Holding Berhad mengalami kerugian yang hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya. Tan Sri Dr Jefferey Cheah cuba bertahan dan melakukan pelbagai cara untuk menjimatkan kos operasi syarikatnya.
Setelah krisis ekonomi berakhir, Tan Sri Jefferey Cheah mula mempelbagaikan perniagaan syarikatnya. Sunway Holding berhad telah melibatkan diri dalam sektor perbangunan hartanah,pelaburan hartanah,pembuatan dan perniagaan berkaitan hiburan. Beliau telah berjaya mewujudkan 3 lagi syarikat iaitu Sunway city Berhad,Sunway Construction Berhad dan Sunway Building Technology Berhad.
Krisis Ekonomi asia kembali berulang pada tahun 1997 dan pada kali ini, beliau telah bersedia untuk menghadapinya. Beliau bersikap telus dengan kesemua kakitangannya dan kerap mengadakan pertemuan dengan kakitangan bagi membentangkan akaun syarikat. Beliau juga memotong gaji beliau sendiri dan mengurangkan perbelanjaan dan cara hidup mewah beliau. Beliau tetap menjaga kebajikan pekerja dengan membayar gaji mereka tepat pada waktunya dan ini telah menanamkan rasa cinta dan setia pada majikan dalam hati pekerja-pekerja beliau.
Kebijaksanaan beliau terserlah dengan anugrah seperti Tokoh Hartanah 1993/94, CEO Terbaik Malaysia 1996 dan 8 anugrah doktor kehormat dari beberapa Universiti Antarabangsa. Disebalik kecekalan beliau dalam bidang perniagaan, Beliau juga seorang dermawan dengan menubuhkan Yayasan Buah Pinggang malaysia dan Yayasan Hati Malaysia.
Dapat kita perhatikan disini ialah kecekalan dan kebijaksanaan amat diperlukan dalam dunia perniagaan. Ini kerana dalam dunia perniagaan, cabaran dan dugaan adalah sesuatu yg pasti sebelum mengenal erti KEJAYAAN.
Salam Jutawan dari saya
Haizal Ramdzan
Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Haidzal,satu info yg menarik pasal tokoh ni,err.. boleh tak kalau Haidzal post artikel ttg remaja yg menjadi usahawan berjaya,ada tak?
Post a Comment