Wednesday, August 27, 2008

Pelaburan Unit Amanah


Assalamualaikum,

Tghari tadie saya ke Putrajaya untuk bertemu rakan saya di Jabatan Audit Negara di Precint 2. Walaupun keluarga saya masih menetap diPutrajaya, tapi saya jarang pulang kesini kerana kesibukkan dan kos minyak yg tinggi.

Selepas menyelesaikan urusan saya di Jabatan Audit Negara, saya berbual-bual dengan rakan saya di luar bangunan. Sambil bersembang, saya melihat ramai kawan kepada rakan saya di Jabatan Audit itu keluar dari bangunan beramai-ramai. Katanya nak pergi botakkan kepala...pelik juga saya..lalu saya tanya kan "kenapa nak botakkan kepala?"
Jawap salah seorang dari mereka..."kiteorang dah nazar,nak botakkan kepala ramai-ramai kalau Anwar Ibrahim menang!!"..hehe..Memang semalam berita sensasi ialah kemenangan Dato Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Nasional di Parlimen Pematang Pauh.

Bila cerita tentang rambut, teringat pula saya tentang iklan Digi yang mengatakan, "rambut boleh tumbuh...duit tidak.."jadi, bagi saya, mereka yang berani membotakkan kepala tu takder la berani sangat..hehe (sekadar bergurau).

Mentaliti dan pemikiran seorang Jutawan ataupun Usahawan yang berjaya ialah memastikan pendapatan dan simpanan mereka tidak statik dan beku. Mereka akan sentiasa mencari peluang pelaburan untuk jangka panjang dan pendek.

Terdapat banyak jenis pelaburan HALAL dan sahih dinegara kita. Antaranya yang popular ialah melabur dalam Unit Amanah. Tidak saya nafikan pelaburan hartanah merupakan pelaburan yang memberikan pulangan tinggi iaitu sekitar 200%.

Pelaburan Unit Amanah mampu memberikan pulangan jangka panjang sekitar 10-15% setahun. Berbanding dengan pelaburan hartanah, kita memerlukan jumlah wang yang besar untuk membeli hartanah dan pelaburan tersebut mempunyai kadar kecairan yang rendah walaupun memberikan pulangan yang tinggi.

Maksod saya disini ialah, Jika kita membeli sesebuah kawasan dengan harga RM1juta pada tahun 1999. kemungkinan nilai hartanah tersebut akan meningkat sehingga 200% pada 2009.Tetapi bagaimana pula jika kita ingin menggunakan wang secara tiba-tiba. Nilai harganya akan turun dan proses penjualan semula hartanah tersebut memakan masa.

Bagi pelaburan Unit Amanah. Anda boleh memulakan pelaburan seminima RM1000 dan boleh membuat simpanan bulanan. Ia adalah lebih baik daripada menyimpan wang terus didalam akaun semasa atau simpanan yang memberika nilai pulangan keuntungan sekitar 3% setahun. Apa yang berlaku sebenarnya dalam Unit amanah ialah dana ataupun pelaburan anda tadi diuruskan oleh "Fund Manager" dan dilaburkan dalam pelaburan yang memberikan keuntungan jangka panjang. Keuntungan hasil pelaburan tadi dikongsi bersama dengan anda dalam bentuk dividen dan capital gain (kenaikkan harga).

Terdapat banyak syarikat Unit Amanah diMalaysia yang baik antaranya ialah CIMB WEALTH ADVISORS dibawah kelolaan CIMB GROUPS. Jika anda berminat ingin membuat pelaburan dan mendapatkan info lanjut dalam Unit Amanah. Sila hubungi saya di talian 0196220760.


Laburlah untuk masa depan anda. Ingat, Jika anda bercadang menjadi Jutawan, jangan biarkan simpanan anda statik dan beku.

Salam Jutawan dari Saya.


Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan

No comments: