Sunday, August 24, 2008

Minyak Turun laa pulak!~


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam saya mendapat tiket VIP bagi menyaksikan konsert gangstarz akhir di stadium melawati, Pertandingan realiti TV yang menawarkan USD100,000 walawehh..banyak tuh..Apa yang menarik adalah apabila duduk ditempat VIP, saya dapat berselisih dengan beberapa celebriti dan tokoh-tokoh dalam industri Muzik tanahair.

Tidak ada apa bezanya menonton dirumah cuma jika anda menonton secara langsung di Stadium malawati, semestinya tiada iklan pinggan mangkuk atau sebagainya. Saya sebenarnya amat kagum melihat semangat MALAYSIA BOLEH yang di tonjolkan oleh juara musim kedua iaitu ONE NATION EMCEE. Mereka membuktikan semangat dan usaha gigih akan dihargai oleh orang ramai.

Ok, habis cerita tentang Gangstaz. Apa yang sedang hangat sekarang ialah Pilihanraya yang akan diadakan di P44 parlimen Permatang Pauh dimana pertarungan tiga penjuru yang melibatkan tokoh reformis dan ahli politik tanahair yang berstatus celebriti iaitu Anwar Ibrahim. Saya tidak berniat dan bercadang untuk menulis tentang politik memandangkan ia adalah isu berat dan pastinya akan mencetuskan kontroversi. Apa yang menarik tentang pilihanraya kali ini ialah bagaimana tumpuan yang tinggi telah diberikan oleh media massa sehingga penurunan harga minyak pun kita tak sedar..hehe..

Saya sendiri tidak menyedari penurunan harga minyak ini sehinggalah rakan saya memberitahu melalui SMS. Saya juga belum membuat kiraan rasmi per liter semasa mengisi minyak bagi membuktikan penurunan tersebut. Kalau berjaya membuktikan pun...siapalahhh saya.

Bagi saya, status harga minyak sekarang masih lagi membebankan. Bercerita tentang minyak, saya telah menemui satu syarikat anak tempatan yang menawarkan produk penjimatan minyak yang amat menakjubkan!..Seperti yang kita ketahui, sejak kenaikkan harga minyak, banyak produk penjimatan minyak tumbuh bagaikan cendawan.

Daripada tablet,minyak sawit dan sebagainya. Tapi adakah ia benar-benar menjimatkan? Syarikat GoHybrid yang beribupejabat di Putrajaya adalah syarikat yang menawarkan pemasangan satu komponen pada enjin yang membolehkan kenderaan menggunakan air sebagai bahan bakar. Menarik Bukan??? dengan harga pemasangan RM888, anda akan menjimatkan 50% daripada bahan bakar anda. jika anda berminat untuk mendapatkan info lanjut : boleh hubungi saya di haizal.ramdzan@Gmail.com

Bagi pendapat saya,syarikat gohybrid ini berpotensi untuk berkembang jauh kerana kekuatan produk serta sikap profesional pengurusan walaupun ianya baru beroperasi. Barisan pengarah dan pengurusan syarikat yang berpengalaman juga membantu dalam kejayaan mereka. Ini apa yang saya lihat sepanjang 3 kali kelokasi pejabat urusan dan bengkel pemasangan mereka.

Diharap usahawan berstatus Jutawan bumiputra akan dapat dilahirkan dari syarikat ini.

Salam Jutawan dari saya.

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan

No comments: