Saturday, August 23, 2008

Dimana Anda 4 tahun lagie...


Hari ini akan berakhirnya "Sukan Olimpik" yang berlangsung di Beijing. Satu temasya yang diadakan 4 tahun sekali yang menawarkan pelbagai Sukan dan disertai oleh atlit dari seluruh pelusuk negara. 4 tahun lagi ia akan dilangsungkan kembali di London pada 2012. Pastinya persediaan rapi telah dilakukan oleh Kerajaan Britain bagi memastikan Kota London mampu menampung Temasya Sukan terbesar di dunia. Pastinya London ingin melakukan yang terbaik berbanding apa yang telah dilangsungkan di Beijing.

Begitu juga dengan perancangan kita dalam hidup masing -masing. Saya terfikir, Dimana saya akan berada 4 tahun lagi. Apa perancangan saya untuk menghadapi 4 tahun lagi?.. Pastinya setiap individu mempunyai perancangan masing-masing.

Kita tidak mahu hidup kita statik dan masih ditakuk lama. Tapi apakah kita benar-benar merancang untuk hari esok ataupun tersekat didalam satu fasa dimana kita tidak mampu berbuat apa-apa.

Kebanyakkan Jutawan dan orang-orang yang berjaya membuat perancangan awal dalam hidup mereka. Ia termasuk dalam perancangan jangka panjang dan perancangan jangka pendek. Samaada perancangan kita itu praktikal dan kita berkemampuan untuk merealisasikan perancangan kita.

kebanyakkan orang berkeinginan untuk berjaya tetapi tidak merancang jalan untuk berjaya. Ini berlaku pada diri saya sendiri. Kadang kala kita akan menjadi tidak kretif dan tepu untuk berfikir apabila menghadapi masalah atau dugaan. Keadaan ini akan membuatkan kita lupa atau lalai dengan perancangan asal kita dan mula lari dari matlamat.

2008 sudah hampir kepada penghujungnya. Pastinya awal 2008 anda atau kebanyakkan orang ada memasang azam dan perancangan tersendiri. Masih ingatkah anda dengan azam dan perancangan anda?

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya. Moga apa yang kita inginkan pada 2008 akan tercapai.

Salam Jutawan dari saya.

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan

No comments: