Saturday, August 23, 2008

KEGHAIRAHAN PELABURAN SKIM CEPAT KAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Dalam kita mengejar cita-cita bergelar Jutawan, banyak cabaran,pengalaman, dan juga peluang yang kita temui sepanjang meniti perjalanan untuk berjaya bergelar Jutawan. Pertengahan tahun lepas negara digemparkan dengan kebanjiran Skim Pelaburan Internet.

Tidak dinafikan ia seolah-olah memberikan satu peluang dan harapan baru kepada golongan berpendapatan sederhana untuk melabur pada syarikat yang kononnya menjalankan perniagaan berteraskan Carigali Minyak dan sebagainya. Kadar keuntungan yang melebihi 200% amat memukau dan membuatkan kita rambang mata.

Ini adalah pengalaman saya sendiri sebagai salah seorang pelabur besar dalam program pelaburan internet ini. Pada awalnya, saya sememangnya tidak berminat dengan pelaburan internet yang dipelawa pada saya oleh salah seorang dari rakan kongsi saya. Setelah kerugian beberapa ribu dalam pelaburan HYIP dan program-program internet yang lain seperti Studiotraffic dan sebagainya. Hati saya seolah-olah tertutup dan tidak berminat.

Bagi saya program seperti itu hanya fantasi dan wang maya tidak dapat memikat saya untuk turut serta melabur. Fokus saya hanya ingin menjalankan perniagaan saya yang baru bermula sebagai pembekal barang-barang pejabat ke institusi dan jabatan kerajaan.

Ianya bermula apabila rakan kongsi saya itu menunjukkan sejumlah rm15k yang katanya hasil daripada pelaburan internet yang berjaya ditunaikan. Arghhhh.....rambang mata saya....Lalu saya laburkan saja simpanan saya sebanyak RM10k dan saya mulalah menjaja cerita kepada kawan-kawan yang lain.

Saya mula tidak fokus kepada urusan syarikat saya dan memberikan fokus 100% kepada pelaburan internet tadi. Saya semakin seronok apabila pelaburan saya sudah memberikan pulangan dan tidak dinafikan saya telah lalai.

Simpanan wang saya sudah mencecah RM200k dan tidak dinafikan saya sudah sangat gembira. Kehidupan saya masih seperti biasa. Masih berkereta lama,cuma penampilan dan selera semakin tinggi dan mewah. Bagi saya simpanan tersebut akan saya gunakan untuk melabur ditempat lain pula.

Apabila Kecoh bahawa pelaburan internet akan diharamkan oleh kerajaan Malaysia dan disekat. Saya dengan yakin memberikan jaminan kepada jaringan dibawah saya bahawa ia masih selamat. Bagi membuktikan keyakinan saya pada mereka, saya melaburkan kesemua wang saya pada skim pelaburan tersebut. Saya juga membuat bayaran awal kepada jaringan-jaringan saya bagi menyakinkan mereka juga. Dalam tidak sampai 3 hari, ia telah ditutup. Saya tidak dapat menghubungi pengelola syarikat yang kononnya wakil diMalaysia.

Bayangkan bagaimana perasaan saya. Seolah-olah hilang arah dan punca. Hilang wang dan kepercayaan orang lain. Alhamdulillah walaupun kehilangan Rm200,000 yang sememangnya bukan Hak saya. Saya kehilangan modal awal RM10k yang saya usahakan dengan gigih dan cermat.

Ini merupakan pengalaman saya yang bermakna. Kepada sesiapa yang membaca Blog saya, saya syorkan kepada anda, jauhi skim pelaburan internet. Anda masih boleh menjalankan perniagaan internet yang sah dan ramai contoh rakyat-rakyat malaysia yang telah berjaya.

Lihatlah Irfan Khairi, Team Saifulsham, Smartzul, dan ramai lagi...Pelajari cara yang betul dalam mencari rezeki halal. Internet hanyalah platform bagi membantu perniagaan anda. Bertemu lagi dalam penulisan yang akan datang.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan



3 comments:

Anonymous said...

haha skim cepat kaya memang ramai dah terkena...sekarang ni ramai pakai skim randomizer,yang menjanjikan pulangan berjuta dengan hanya rm10,50 atau 80....so berhati2 la yek

Halim Azr said...

Salam,

tergerak di hati sy ingin berkongsi pengalaman berkenaan pembelian dan penyimpanan AR Rahnu Emas 999 (24K)

1. Sy telah membuat personal loan dgn bank rakyat 40k
2. Sy menggeluarkan RM 21,600 untuk membeli 2 ketul Emas 999 (dlm bentuk jongkong) dr syarikat Etika Emas.
3. Skrg dah tiga bulan sy mendapat RM600 hasil dr pemajakan di AR Rahnu
4. So tinggal lagi 3 bulan shj lagi dan selepas itu sy akan renew agreement baru..
5. Sy dpt pegang emas yg beratnye 100g, surat pajakan AR Rahnu dan juga agreement..

So sape yg bermniat ingin tahu lebih lanjut blh hubungi sy di 014-3281709 (Halim)

Halim Azr said...

Harga emas makin naik n pasaran makin tinggi. jgn lambat2... renung2kan...