Saturday, October 3, 2009

MOTIVASI JUTAWAN : BERANI MENGAMBIL RISIKO..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Petang semalam saya tersekat diJalan raya hampir 2jam lamanya, sepatutnya perjalanan ke destinasi yg saya ingin pergi itu hanya mengambil masa 30 minit. Sambil kepenatan saya terkenang kembali kenapa saya sanggup utk menanggung risiko mengikut jalan ini pada waktu petang sedangkan saya tahu memang sudah menjadi kebiasaan jalan tersebut akan sesak kerana semua orang akan pulang dari kerja.

Kerana terdesak, saya redahkan juga sambil berkata didalam hati, "Redah jerk la,untung-untung kalau tak sesak"..Berfikir mengenai risiko, sebagai manusia kita akan terdedah kepada pelbagai risiko seharian samaada ia kecil atau pun besar. Kadangkala risiko tersebut dalam kawalan kita dan ada sebahagiannya diluar dari kawalan kita.

Cuba anda letakkan diri anda dalam keadaan seorang pelajar yg bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Secara normalnya, pasti ada perasaan takut gagal dalam diri anda. Tetapi..mengapa anda tetap ingin mengambil peperiksaan tersebut?. Adakah anda pasti dengan keputusan yg akan anda hadapi?. Pasti anda akan berkata, tidak salah mencuba dan kegagalan dan kejayaan hanya akan diperolehi utk orang yg mencuba. Jika anda tidak ambil SPM langsung, keputusannya sudah tentu gagal.

Misal kata anda berjaya dalam SPM..adakah anda berjaya dalam hidup? jawapannya tentu tidak, ia cuma tiket utk anda ke Universiti dan di Universiti nanti proses itu akan berterusan sehingga kita ditamatkan riwayat oleh pencipta kita.

Perniagaan dan Risiko tidak dapat dipisahkan. Ramai diantara kita takut menganggung risiko dalam perniagaan kerana kegagalan sesuatu perniagaan itu dalam satu bentuk medium yg mudah dilihat iaitu kerugian wang ringgit. Berbalik kepada cerita pelajar SPM tadi, pastinya jika seseorang pelajar itu ingin berjaya didalam peperiksaan SPM nya, dia perlu mencontohi orang-orang yg telah berjaya dalam SPM tersebut. Cara belajar,Sistem belajar dan sebagainya perlu dicontohi dan diteladani.

Begitu juga dengan perniagaan. Risiko tidak dapat dibuang terus tetapi dapat diminimakan bergantung kepada kebijaksanaan anda. Teladani dan contohi orang yg telah berjaya. Apa yg penting,sebelum menjadi seorang JUTAWAN, anda perlu mengubah sikap anda dahulu iaitu BERANI MENGAMBIL RISIKO!!!

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan










1 comment:

Unknown said...

SCOREA elearning business

sertai scorea business untuk menbantu pelajar mencapai kecermerlangan sambil menjana pendapatan lumayan.


hubungi saya untuk ekterangan lanjut - radzi (013-4372508)