Wednesday, February 18, 2009

JUTAWAN HARTANAH : Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pernahkah anda mendengar sebuah tempat yg bernama Bukit Lanjan sebelum ini??? Dulu, pasti tempat yg bernama Bukit Lanjan ini kurang glamor sebelum penyebaran Gambar Lucah Exco Kerajaan negeri Selangor merangkap Adun Bukit Lanjan sendiri yg bernama Elizabeth Wong daripada Parti Keadilan Rakyat. Wah wah wah...berbaur politik pula penulisan saya pada kali ini. Sebelum ada yg salah faham, saya bukan ingin menulis tentang isu tersebut apatah lagi meng"post" gambar Elizabeth Wong kerana ini blog kisahJutawan dan bukan kisahpolitik (hehe)

Untuk sesiapa yg belum mengetahui dimana Bukit Lanjan, Bukit Lanjan terletak di kawasan Damansara perdana berhampiran kawasan segitiga emas Petaling Jaya dimana terdapatnya kompleks membeli belah seperti IKANO,The Curve,One Utama, dan Cineleisure. Daripada cerita yg saya dengar, Damansara Perdana ini sebenarnya kawasan orang asli dan mereka telah diberikan pertempatan di kawasan Bukit Lanjan oleh MK Land. Bagaimanakah daripada kawasan pertempatan orang asli ini boleh wujud sebuah kawasan elit kondo-kondo mewah ini.

Hasil sentuhan emas seorang billionaire hartanah yg bernama Tan Sri Mustapha Kamal, maka terhasilah kawasan "segitiga emas" Petaling Jaya ini. Beliau yg sinonim dengan kejayaan dalam bidang hartanah dibawah kumpulan syarikat MK land Holdings Berhad. Permulaan Beliau dalam bidang perniagaan bermula pada 2 Ogos 1978 dan berjaya disenaraikan dalam bursa saham pada 8 Jun 1992.

Pada peringkat awal, MK land hanya dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn Bhd yg terlibat dalam pembuatan biskut di Kilang mereka di Melaka. Setelah berjaya menempatkan diri dalam BSKL ia ditukar nama kepada Perfect Food Industries berhad sebelum bertukar nama kepada MK land Holding Berhad pada sekitar Ogos 1999.

Sebelum bergelar Usahawan, Tan Sri Mustapha Kamal pernah berkhidmat sebagai penolong pegawai daerah. Hasil pengalaman beliau dalam bidang pengurusan hartanah inilah yg membuat Tan Sri Mustapha Kamal bertekad untuk memulakan perniagaan pengurusan hartanah walaupun permulaan perniagaan beliau bermula dengan industri Makanan.

Beliau berjaya membawa status MKland selaku syarikat pengurusan Hartanah yg berjaya membangunkan kawasan-kawasan yg dahulunya agak terpencil dan tidak mendapat perhatian kepada kawasan elit yg lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi seperti kawasan Damansara Perdana, Cyberjaya. MKland juga terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown resort dan Langkawi Lagoon.

Beliau berani memulakan sesuatu yg baru dengan mengetengahkan cara hidup "e-lifestyle township" yg moden dan berteknologi tinggi di kawasan perumahan dibawah syarikat MKland. Bekas graduan Universiti Malaya ini berjaya meletakkan namanya didalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia membuktikan kejayaan beliau dalam bidang hartanah ini.

Semoga cerita Donald Trump Malaysia ini menjadi santapan rohani dan motivasi untuk anda semua. Persoalannya sekarang, pastikan anda mahir dan minat dalam sesuatu bidang yg anda ceburi.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

1 comment:

hpajb said...

setiap kali pergi cyberjaya...saya akan nampak bangunan yg ade name "Mustapha Kamal"..dalam ati, berbisik "bertuahnye orang ni, senang hidup die". hehehe