Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya kerap mendapat soalan dan pertanyaan mengenai perniagaan Multi Level Marketing atau nama singkatannya MLM (bukan Meniaga larut malam..hehe). Ada yg bertanya tentang industri itu sendiri dan ada juga yg bertanya tentang syarikat dan sistem yg ada dalam MLM. Untuk pengetahuan semua,Terdapat kira-kira 500 syarikat MLM yg berdaftar di Malaysia dan ia akan terus bertambah dari tahun ke tahun.
Industri ini adalah satu industri yg memberikan pulangan yg besar kepada negara memandangkan kebanyakkan syarikat MLM mengetengahkah produk hasil buatan tempatan. Memang tidak dinafikan industri MLM ini banyak melahirkan jutawan-jutawan daripada pelbagai syarikat tidak kira tempatan ataupun luar negara.
Saya amat tertarik dengan satu "statement" atau kenyataan daripada Bil Gates tentang apa yg akan dilakukannya jika dia jatuh bangkrap dan kehilangan semua harta dan asetnya. Jawap beliau..beliau akan memulakan perniagaan MLM. Saya ada mengenali beberapa Usahawan MLM secara peribadi dan cerita kejayaan beliau akan saya paparkan pada post akan datang.
Penulisan saya pada kali ini adalah berkisar tentang pengertian MLM itu sendiri memandangkan industri ini semakin mendapat reputasi buruk dikalangan orang ramai.
Kebanyakkan cerita-cerita buruk ini datang daripada orang yg berada diluar daripada industri ini ataupun golongan yg gagal dan tidak memahami secara mendalam apa itu MLM. Saya akui, memang terdapat ramai pengamal-pengamal MLM diluar sana yg melanggar etika perniagaan Jualan Langsung dan ini semakin memburukkan keadaan. Apa yg terjadi disini, kerana "nila setitik,rosak susu sebelangga" betul ker saya ejer belangga tu?
APA ITU MLM?
MLM ialah singkatan dari Multi Level Marketing. Istilah ini merujuk kepada sebuah sistem perniagaan, dimana pemasaran produk dilakukan oleh individu yang bebas dan tidak terikat dengan kontrak kerja dan majikan.Individu tersebut akan membentuk sebuah jaringan kerja untuk memasarkan produk syarikat. Dari hasil penjualan pribadi dan jaringannya, setiap bulan syarikat akan membayar komisyen dalam bentuk bonus dan sebagainya.Disebabkan MLM dijalankan menggunakan mekanisme pemasaran di jaringan, maka MLM disebut juga dengan Network Marketing. Penggiat MLM disebut Networker.
Disini anda jangan tertipu dengan syarikat-syarikat yg mengamalkan "MONEY GAME" dan berselindung disebalik syarikat MLM. Kebiasaannya mereka menggunakan sistem binari. Pada umumnya,syarikat-syarikat yang mengaku MLM ini lebih menitikberatkan pada perekrutan seseorang untuk menaruh sejumlah wang pada sebuah perusahaan yang dikatakan menjalankan bisnis secara MLM. Padahal aktivitas menjual produk/jasanya hampir tidak ada. Sekiranya ada, sebenarnya hanyalah sebagai lakonan semata-mata.
Jika Anda ditawarkan orang untuk menjadi anggota syarikat seperti dengan ciri-ciri seperti ini, agar berhati-hati. Jangan sampai tertipu. Wang Anda atau orang lain yang akan Anda rekrut, akan diputarkan untuk keuntungan kewangan oleh pengelolanya dan kemudiannya syarikat tersebut akan tutup dan berpindah pejabat.
Perniagaan MLM ini amat rendah modalnya dan boleh dilakukan oleh sesiapapun secara sampingan ataupun sepenuh masa. Sememangnya ramai usahawan-usahawan MLM dan Jutawan-Jutawan MLM ini lahir daripada etika perniagaan yg betul dan bersih.
Jika anda ingin mencari pendapatan sampingan, MLM adalah salah satu caranya. Jika anda bercadang menjadi JUTAWAN dengan melakukan perniagaan MLM. Ia adalah tidak mustahil dan mampu anda lakukan. Saya tidak katakan ia lebih mudah daripada perniagaan konvensional, cuma ia lebih sistematik dan praktikal untuk sisapa yg tidak mempunyai latar belakang perniagaan dan tidak mempunyai modal yg besar.
Jika anda sudah melakukan perniagaan MLM, Teruskan usaha anda, Mungkin ebook dibawah dapat membantu anda
Salam Jutawan dari saya
Haizal Ramdzan
Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!
Menjadi Jutawan merupakan impian dan cita-cita semua insan. Setiap Jutawan di dunia mempunyai cerita kejayaan masing-masing yang mampu memberikan inspirasi kepada yang lain. Blog ini membongkar cerita disebalik kejayaan Jutawan-Jutawan di dalam dan luar negara dari pelbagai cabang perniagaan.JUTAWAN MLM,JUTAWAN FOREX,JUTAWAN UNIT AMANAH,JUTAMAN INSURANS,JUTAWAN RESTOREN,JUTAWAN BISNESTANI dan pelbagai lagi kisah kejayaan mereka.Mudah-mudahan kejayaan mereka menjadi contoh kepada kita
1 comment:
Yang paling penting sekali, dapatkan maklumat dan nasihat daripada orang yang mempunyai kepakaran tentang sesuatu MLM tersebut. Jikalau curiga, jangan sertai dan laporkan kepada pihak berkuasa.
View Profile: Rantong
Post a Comment