Monday, December 8, 2008

JUTAWAN DUNIA : Jadi Jutawan dengan hanya menyepak bola!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kelmarin saya menyaksikan perlawanan bola sepak EPL bersama adik saya dirumah. Sememangnya sudah lama saya tidak bersama adik saya menyaksikan perlawanan EPL bersama-sama. Dirumah saya, ada tiga lelaki yang menyokong 3 pasukan yang berbeza. Saya Liverpool....Adik saya Manchester United dan Ayah saya Chelsea. Saya mula menyokong Liverpool pada tahun 1991 sehingga kini. Kalau dulu, saya sanggup menabung untuk membeli jersey Liverpool dan segala yg berkaitan dengannya seperti Majalah,Poster,Tshirt dan sebagainya. Memadai sekarang ini saya hanya menyokong dan menyaksikan perlawanan sahaja kerana tulisan Carsberlg yg menjadi penaja rasmi pasukan Liverpool membataskan saya untuk menyimpan koleksi pasukan kegemaran saya tersebut.

Bercerita tentang bola sepak Eropah dan England khususnya. Ia seolah-olah menjadi satu kegilaan baru sekarang dengan hampir segenap lapisan masyarakat mengenali pemain-pemain di EPL tidak seperti zaman saya menyokong Liverpool pada tahun 1991. Walaupun seseorang itu tidaklah "Gila Bola" tetapi sekurang-kurangnya mereka mengenali siapa itu Ronaldo,John Terry,Beckham,Torres,Drogba dan sebagainya. Berbeza dengan liga-liga lain di Eropah, EPL mendapat perhatian umum diatas promosi berkesan yang menjadikan Bola sepak sebagai satu bentuk hiburan atau trend sekaligus membuka pelbagai cabang perniagaan yang menguntungkan.

Kegilaan terhadap Liga ini mengundang pihak-pihak luar daripada industri sukan untuk menjadi penaja dan mempromosikan produk mereka. Pepsi,Gillete,Mcdonalds,KFC,Hyundai,Vodafone,Carlsberg dan pelbagai lagi produk melibatkan diri mereka dalam industri sukan ini. Tidak hairanlah gaji pemain-pemain dalam EPL ini ibarat seorang selebriti filem ternama Hollywood.

Berikut adalah senarai nama dan gaji 5 pemain bolasepak EPL yg mendapat gaji tertinggi.

1) John Terry
Kapten pasukan Chelsea ini mendapat kontrak pada musim panas yg bernilai £131,000 seminggu di Stamford Bridge, dia bernilai lebih £35 million untuk kontrak lima tahun. Ini menjadikan dia pemain yang mendapat bayaran tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris dan merupakan pemain pertahanan yg mendapat bayaran tertinggi didunia. Komitet dan kesetiaan beliau kepada pasukan Chelsea telah mewujudkan kesetian peminat-peminat Chelsea kepada pasukan The Blues ini.

Kos untuk gaji beliau bermain didalam EPL seminit - £1,991.81

2) Andriy Shevchenko/ Michael Ballack
Kedua-dua mereka merupakan nama besar dalam sukan bolasepak sebelum mereka bermain dalam Liga perdana Inggeris lagi, dengan tawaran kontra £121,000 seminggu,Chelsea berjaya memikat kedua-dua bintang bola sepak ini untuk keluar dari Seria A di Italy dan Liga German.

Kos untuk gaji beliau bermain didalam EPL seminit - £1,839.77

4) Steven Gerrard
Gerrard yg merupakan kapten LIverpool telah memikat pasukan Chelsea untuk melamar beliau dengan gaji £125,000 seminggu.DIakhir keputusan, Gerrard sanggup meneruskan kontrak dengan Liverpool dengan gaji £120,000 seminggu.Kesetian dan kesungguhan beliau membantu pasukan Liverpool memenangi piala FA dan menjadi calon final Champions League .

Kos untuk gaji beliau bermain didalam EPL seminit- £1,824.56

5) Cristiano Ronaldo
WInger kelahiran Portugal ini mendapat tawaran gaji £119,000 seminggu dan merupakan pemain Manchester United yg mendapat bayaran tertinggi meninggalkan Wayne Rooney,Rio Ferdinand, dan lain-lain bintang di Manchester.

Kos untuk gaji beliau bermain didalam EPL seminit - £1,809.36

Cuba anda bayangkan gaji anda dibayar sebegitu rupa dalam seminit???
Pastinya, kejayaan mereka itu bukan datang bergolek, mengikut sejarah dan latarbelakang mereka, telah banyak pengorbanan mereka lakukan untuk mencapai status bintang dalam sukan bola sepak. Masa kanak-kanak mereka dipenuhi dengan jadual latihan yg ketat dan padat.

Jika anda mempunyai anak atau adik-adik yg bercita-cita menjadi pemain bola sepak pro,bantulah mereka dan pupuklah minat mereka sebaik mungkin.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

2 comments:

Anonymous said...

memang tidak dinafikan kebanyakan mereka kaya hasil bermain bola dan jangan dilupa gaji mereka juga hasil sumbangan penajaan ini termasuklah dari syarikat arak dan syarikat perjudiaan......

Halim Azr said...

u never walk alone bro!! kalau sdr sokong since 1991, saya pula dari 1981. hehe

www.ceritaemas.blogspot.com