Thursday, November 13, 2008

MOTIVASI JUTAWAN : Budaya Mencari Alasan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali saya memohon seribu kemaafan diatas kelewatan dan kegagalan saya meng"update" atau dalam bahasa ibunda mengemaskini blog "KISAH JUTAWAN". Saya mempunyai tugasan luar selama 10hari di negeri jelapang padi Kedah Darul Aman.Bukannya di negeri Kedah tiada talian internet, tetapi kerana kekangan masa dan tugasan membuatkan saya tidak sempat untuk menulis dan berkongsi idea serta cerita. Apa pun alasan saya, sewajarnya saya harus memohon maaf.

Bercerita tentang budaya memberi alasan, kebiasaannya manusia khususnya kaum Melayu akan memberikan alasan apabila gagal melakukan sesuatu. Sebagai contoh, apabila seorang pelajar gagal dalam peperiksaan, dia akan ditanya oleh ibu bapanya kenapa dia gagal, dan secara spontan, pelajar tersebut akan mencari alasan bagi menyokong dan seolah-olah mengharap restu kegagalan dirinya.

Saya sendiri sering memberikan alasan apabila gagal melakukan sesuatu. Sebagai contoh, hari ini saya telah mendapat khabar gembira apabila seorang rakan saya telah menjana pendapatan RM12,000 dalam perniagaan internetnya. Saya juga telah berkecimpung dan memasang cita-cita untuk berjaya dalam perniagaan internet, tetapi kerap mencari alasan untuk menyokong kegagalan saya menjadi seperti rakan saya yang telah berjaya. Berbeza dengan rakan saya,tidak menganggap sesuatu masalah itu sebagai alasan tetapi sebagai suatu cabaran yang perlu diharungi.

Apabila kita memandang sesuatu masalah itu sebagai satu cabaran, secara tidak langsung, kita akan mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut. Mungkin ada diantara kita yang sudah menjadi tabiat dirinya untuk memberi alasan apabila gagal. Tips mudah dari saya. Anda perlu mencari alasan untuk anda berjaya...jangan cari alasan untuk anda gagal. Sebagai contoh...Saya perlu mendapat pendapatan RM12,000 sebulan kerana..........setelah anda berjaya mencapai apa yg anda inginkan, ini secara tidak langsung menandakan anda telah GAGAL untuk menjadi orang yg GAGAL.

Apakah alasan anda untuk tidak gagal menjadi orang yg berjaya???? Tepuk dada, tanya selera...

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

2 comments:

ZulBM said...

Ya betul tu...peringatan utk diri saya sendiri jugak...JANGAN CARI ALASAN KALAU INGIN BERJAYA.

You can create thousands of reasons but you will never success!!

http://www.asasteguh.com

Zaiful said...

selamat maju jaya...teruskan usaha