Thursday, October 30, 2008

MOTIVASI JUTAWAN : Cita-cita saya...Perancangan dan Pelaksanaan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam saya membelek sijil-sijil saya semasa saya berada disekolah rendah,lucu juga bila melihat tandatangan saya yang masih tidak berubah daripada darjah 3 sehingga kini. Apa yang menarik didalam sijil-sijil tersebut ialah satu borang kokurikulum yang meminta saya menulis cita-cita saya setiap tahun.

Cita-cita saya semasa saya darjah 2,3,4,5,6 berubah-rubah mengikut tahun. Saya pun tidak pasti mengapa. Tetapi jika ada orang yg bertanya kepada saya apakah cita-cita saya sekarang. Saya akan menjawap "ANGKASAWAN". Sengaja menjawap begitu kerana bagi saya untuk menjadi "ANGKASAWAN" adalah sesuatu yg tidak mustahil lagi di Malaysia. Seperti di US sekarang, melawat angkasa lepas adalah satu trend gaya hidup mewah kerana ramai yang menjadi pelancong angkasa lepas dengan membayar sejumlah wang yg boleh tahan banyaknya. :)

Tutup cerita tentang Angkasawan...hehe..Bila berfikir kembali kenapa cita-cita saya berubah setiap tahun adalah kemungkinan kerana pendedahan dan kematangan berfikir yang meningkat setiap tahun. Persoalannya ialah, apa sebenarnya perancangan dan matlamat hidup anda. Cita-cita atau perancangan kehidupan manusia dipengaruhi oleh sejauh mana kemampuan seseorang itu berfikir.

Saya ada seorang kawan yang ingin menjadi pemandu lori semasa saya darjah 3. Bila saya tanyakan kenapa? katanya, pakciknya seorang pemandu lori dan dia sering melihat pakciknya mengeluarkan duit merah-merah dari poket seluar. Jadi persoalannya sekarang, adakah rakan saya itu bercita-cita ingin menjadi pemandu lori atau sebenarnya hanya inginkan duit merah-merah?.

Ramai diantara usahawan dan Jutawan-jutawan di Malaysia dan luar negara yang berjaya mempunyai cabang perniagaan yang berbeza-beza. Malah ada diantara Jutawan-Jutawan yang masih bekerja tetapi mempunyai cabang perniagaan lain yg berlainan dari skop kerja seharian mereka. Terdapat juga mereka yang berjaya mempunyai latarbelakang pendidikan di Universiti yg berlainan dari perniagaan yang mereka jalankan.

Hidup ini memang penuh dengan perkara-perkara yang tidak disangka. Ia semua terpulang kepada anda bagaimana untuk "merancang dan melaksanakan" cita-cita dan hidup anda. Untuk menjadi seorang Jutawan. Anda harus mempunyai pelan perancangan yang praktikal dan berkesan untuk anda laksanakan.

Saya tertarik dengan blog En Zul BM iaitu www.asasteguh.com yang menceritakan tentang perancangan kewangan. Blog En Zul BM ini sarat dengan maklumat dan ilmu kewangan yg boleh anda praktikkan.Tidak kira anda seorang kakitangan kerajaan,suri rumah,kerja kilang atau apa-apa sekalipun. Anda perlu mempunyai pelan perancangan kewangan untuk diri anda. Ingat!...Jika anda bercadang untuk menjadi Jutawan,anda perlu merancang dan melaksanakan pelan anda.

Jika anda gagal merancang,anda sebenarnya merancang untuk gagal

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

4 comments:

Halim Azr said...

Owh begitu, saya dulu bercita-cita ingin menjadi posmen. sebab boleh ngurat anak dara org. tapi skrg jadi lain pulak

www.ceritaemas.blogspot.com

ZulBM said...

Saya dulu nak jadi inspektor polis sbb masa tu suka baca komik Inspektor Nizam....

Akhirnya jadi jurutera di dalam tentera dan sekarang bertukar menjadi financial planner.

http://www.aasteguh.com

Anonymous said...

Yup tanpa perancangan kita akan gagal,dalam setiap hari sepatutnya kita ada mission statement yang membantu kita dalam merancang tugasan hari-hari....
http://peminatjutawan.blogspot.com/

bjay69 said...

Hello.I'm Bjay69.If U Feel free please visit my blog and leave a comment.

http://acnescarskincare.blogspot.com

Cheers..