Monday, October 6, 2008

JUTAWAN MALAYSIA : Datuk Barakth Ali AbuBacker..Disebalik populariti gula-gula Hacks dan Sunquick..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Masih belum terlambat rasanya untuk saya menghulurkan sepuluh jari memohon kemaafan sempena Syawal yang baru sahaja mengunjungi kita. Mungkin masih ramai yang dalam "mood" raya dan rasa berat untuk bekerja..Saya juga begitu (hehe). Apa yang penting, kerja perlu diteruskan kerana pastinya anda sudah berbelanja besar untuk hari raya dan ini masanya untuk mencari wang ganti.

Hari raya sangat sinonim dengan Pesta Makanan, dimana makanan yang enak-enak dan bermusim sahaja dihidangkan. Lemang,Ketupat,Rendang,Lontong, dan lain-lain sememangnya menjadi satu kemestian dalam memeriahkan lagi Hari Raya.

Hari Raya tahun ini, saya tidak mencari Lemang,Ketupat,Rendang atau sebaliknya, tetapi saya mencari "Gula-gula HACKS". Pastinya anda tertanya-tanya kenapa saya mencari "Gula-Gula Hacks" pada hari raya pertama. Dalam kemeriahan hari raya pertama, saya sakit tekak dan batuk-batuk. Perit rasanya tekak. Pastinya lemang,rendang,ketupat,lontong dan sebagainya tidak menarik perhatian saya kerana sememangnya saya putus selera makan.

"Gula-gula Hacks" sememangnya sinonim dengan orang sakit tekak, memandangkan logo "Gula-Gula Hacks" pun gambar orang tua yang sedang batuk,hehe. Disebalik populariti "gula-gula Hacks" ini adalah kejayaan seorang tokoh usahawan dari Malaysia yang telah berjaya melabarkan sayap perniagaan bukan sahaja di Malaysia tetapi di Singapura,UK,Arab Saudi,Indonesia dan India.

Tokoh usahawan tersebut ialah Datuk Barakth Ali AbuBacker. Sebelum bergelar hartawan yang menguruskan syarikat Kumpulan Barakth, beliau hanyalah anak kecil yang membantu bapanya mengira keuntungan kedai milik bapanya selepas waktu sekolah.

Datuk Barakth mengambil alih perniagaan bapanya pada tahun 1969 selepas beberapa tahun diberikan kepercayaan menguruskan syarikat. Keberanian beliau dalam perniagaan terserlah apabila memperuntukkan RM50juta perlaburan untuk tujuan pembangunan perniagaan Kumpulan Barakth.

Beliau juga telah menukar corak perniagaan Kumpulan Barakth yang dahulunya hanya mempunyai pasar raya kepada bidang pembuatan dan pengedaran. Cetusan idea ini lahir apabila Datuk Barakth menyedari bahawa keuntungan mereka dapat dilipatgandakan jika mereka mengeluarkan produk mereka sendiri.

Pada tahun 1987,Datuk Barakth telah mengambil keputusan drastik membeli hak "trademark" gula-gula "HACKS" bagi Malaysia,Singapura,Brunei dan India setelah menyedari potensi produk ini dan keluasan pasarannya.

Pada tahun 1993 pula, satu lagi langkah drastik diambil dimana perjanjian usahasama telah diambil oleh Kumpulan Barakth dengan Co-Ro Food AS iaitu syarikat dari Denmark bagi mengeluarkan produk kordial SUNQUICK.

Langkah drastik dan berani ini telah menyumbang kepada keuntungan tahunan RM80juta kepada Kumpulan Barakth dimana 70 peratus adalah hasil jualan kedua produk ini iaitu "gula-gula hacks" dan kordial "Sunquick".

Rahsia disebalik kejayaan beliau adalah sikap "turun padang" yang diwarisi daripada bapanya. Beliau sangat bertanggugjawap dalam soal kerja dan tidak hanya mengarah kepada orang bawahan tetapi bersama-sama melakukan dan mengetahui keseluruhan operasi perniagaannya.

Sikap baik dan toleransi kepada pekerja juga menyumbang kepada kejayaan beliau sebagai usahawan. Beliau melayan pekerja seperti keluarga dan kerap mengigatkan pekerja supaya bekerja bersamanya dan bukan bekerja untuknya.

Semoga penulisan pada kali ini memberikan inspirasi kepada anda. Pastinya anda juga mempuiyai potensi diri yang masih belum anda temui. Teruskan berusaha.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan

2 comments:

SHARIL said...

Tak sangka ya. Rupanya orang kita disebalik rupa pada gula2 hack tu.

Selama ni bila rasa sakit tekak, mulut berbau jering, saya makan aje gula hack ni.

Terima kasih di atas kisah kejayaan itu.

Halim Azr said...

jika sdr tidak keberatan, tolong siarkan kejayaan kicap tamin. sebab org rumah sy suka makan kicap. jenama lain dia tak nak. dia nak kicap tamin jugak..

Bkn ape, xmustahil jika toke kicap tamin pun jutawan disebabkan isteri sy

www.ceritaemas.blogspot.com