Monday, September 22, 2008

JUTAWAN MALAYSIA: Manisnya gula......Manis lagi kejayaan Robert Kuok


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Semalam saya berbuka puasa di sebuah gerai makan kegemaran saya yang saya gelar the "V"(saya tidak mahu memberi promosi percuma kepada makcik sbb smalam tak dapat diskaun), kedai ini milik orang kelantan-thailand yang sememangnya enak-enak belaka. Mungkin ia kena dengan selera saya yang gemarkan makanan manis-manis.

Bercerita tentang manis, kita sinonim akan mengaitkan sesuatu yang manis itu dengan gula ( kalau awek manis tu tak laa..). Siapa di Malaysia bahkan didunia ini yang tidak pernah merasai kemanisan gula? siapa di Malaysia ini yang tidak kenal apa itu gula? Saya pasti, jika anda bertanya secara rambang kepada 100 orang yang anda jumpai, pasti keputusannya kenal apa itu gula. (orang gila tak kira)

Ujian yang kedua pula, cuba anda tanyakan kembali kepada 100 orang yang telah anda tanya soalan pertama tadi, anda kenal Robert Kuok? Mungkin tidak semua kenal Robert Kuok seperti mana mengenali gula.

Siapa Robert Kuok? beliau yang mendapat gelaran "Raja Gula Malaysia" merupakan orang yang menghuni tangga pertama senarai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM 32 Billion....Ya Billion....saya ulangi Billion...

Penglibatan awal Robert Kuok adalah pada 1 April 1949 (April fool tu..) bermula dengan penubuhan Kuok Brothers Sdn Bhd yang mengambil alih perniagaan jual beli yang diasaskan oleh bapanya Keng Kang. Bapa beliau menjalankan perniagaan jual beli keperluan asas dengan izin Sultan Johor dengan membekalkan keperluan tersebut untuk 50,000 tahanan Perang Jepun kepada kerajaan British.

Selepas kemerdekaan Malaysia, beliau mengasaskan Malaysia Sugar manufacturing Company pada dan mula menjalankan perniagaan secara besar-besaran. Enam tahun selepas itu, beliau menubuhkan pula syarikat penapisan gula yang pertama di Malaysia iaitu Malaysian Sugar Manufacturing. Syarikat ini mendapat perlbagai kemudahan dan status monopoli dari pihak kerajaan Malaysia.

Beliau juga telah membuka banyak ladang tebu di Malaysia dan Indonesia bagi memenuhi keperluan permintaan seterusnya meningkatkan reputasi beliau sebagai pengilang gula terbesar di Dunia.

Robert Kuok kemudian meluaskan empayar perniagaannya di Hong Kong dan China merangkumi pelbagai cabang perniagaan daripada Hartanah, Media dan perhotelan. Tahukah anda bahawa Robert Kuok adalah orang pertama di Asia yang berjaya mewujudkan rangkaian hotel lima bintang iaitu Shangri-La Hotel.

Apakah rahsia lelaki hebat dari Malaysia ini?, Antara rahsia beliau ialah falsafah perniagaannya yang jelas menunjukkan beliau adalah orang yang sentiasa belajar dan bijak menyesuaikan diri dengan perubahan zaman. Beliau juga mempunyai hubungan dan jaringan perniagaan yang baik dan kukuh dengan Usahawan-usahawan Cina yang lain seperti Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam dan lain-lain lagi.

Robert Kuok juga mementingkan hubungan kekeluargaan dan kerjasama erat mereka terlihat daripada status syarikat mereka yang utuh dalam Bursa Saham Kuala Lumpur, Hong Kong, China dan Singapura.

Semoga cerita kejayaan Robert Kuok ini akan memberikan manafaat untuk anda dan saya, Kejayaan Robert Kuok bukanlah tanpa usaha dan tidak disengajakan. Beliau adalah seorang yang jelas tentang falsafah perniagaan dan sentiasa mencari peluang.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan

1 comment:

admin said...

Assalamualaikum...
Kisah yang bagus untuk dijadikan motivasi dan inspirasi...teruskan menulis tentang jutawan.

salam jutawan