Monday, September 22, 2008

JUTAWAN MALAYSIA: Dah Beli baju Raya?? Jom Ke KAMDAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Wah, Wah...pasti anda semua terkejut dengan topik saya pada kali ini, macam iklan raya kan. Kepada semua muslimin dan muslimat diluar sana, diharap hari-hari terakhir ramadhan ini dimanafaatkan sepenuhnya. Berbalik kepada topik asal, anda sudah beli baju raya?. Kalau yang belum lagi tu, saya syorkan anda ke Kamdar di Jalan Chow Kit. Kenapa pula ya saya nak promosi Kamdar ini, hehe, pasti itu yang termain-main difikiran saudara semua.

Tahukah anda siapa pemilik Kamdar? nama beliau ialah Harsukhlal Maganlal Kamdar. Beliau yang merupakan pengasas dan Pengarah Urusan Pasar Raya Kamdar merupakan keturunan Gujarati yang berasal daripada wilayah Gujerat. Harsukhlal tiba ke Malaysia pada tahun 1941 pada usia 14 tahun bersama abang dan bapanya untuk menjalankan perniagaan.

Penghijrahan beliau sekeluarga tidak bermula dengan kejayaan kerana perniagaan mereka terpaksa ditutup kerana Perang Dunia Kedua. Lantas Harsukhlal terus mencari peluang kerja yang baru disekitar Pulau Pinang.

Setelah bekerja beberapa lama dengan abangnya di Ipoh dan pulang kenegara asal seketika. Beliau ke Singapura untuk bekerja dengan sebuah syarikat milik bangsa Punjabi yang menjalankan perniagaan import ekspot sagu,kekacang,kain dan lain-lain lagi. Disinilah sebenarnya Harsukhlal belajar erti hidup.

Dengan gaji 80 dolar yang beliau rasakan tidak mencukupi, beliau bekerja secara sambilan di pejabat juruaudit pada sebelah petangnya pula. Setelah 3 tahun bekerja di Singapura, Harsukhlal berhenti untuk kembali berniaga bersama abang-abangnya di Ipoh.

Disinilah bermulanya kejayaan Kamdar, walaupun pada awalnya terdapat cabaran kerana terma kredit yang terlalu lama dalam perniagaan borong. Beliau sentiasa mencari jalan dan memperbaiki keadaan dengan menukar perniagaan mereka daripada perniagaan borong kepada perniagaan peruncitan. Di awal pembabitan mereka dalam perniagaan Tekstil di Kuala Lumpur juga penuh dengan cabaran dan saingan kerana kebanjiran gedung-gedung tekstil di Kuala Lumpur yang lebih senior dari mereka.

Menariknya, Kamdar masih mampu bertahan bahkan meluaskan empayar perniagaannya ke seluruh semenanjung Malaysia. Resipi Kejayaan Kamdar ini hasil daripada jati diri pemiliknya yang menganggap berniaga ini bukan sebagai kerja tetapi Hobi dan minat. Beliau tidak takut untuk melakukan kesalahan dan berani mengambil risiko. Perniagaan beliau juga kekal utuh kerana semangat kekeluargaannya yang mantap.

Disiplin dan komitmen yang tinggi yang ditanam dalam diri mereka juga merupakan tunjang kejayaan Kamdar. Beliau mempunyai cara kerja yang berbeza dimana setiap hutang dengan pihak bank perlu di bayar awal dan mengikut masa. Selain itu, Pengarah syarikat juga dilarang mengambil Over Draf dan tidak dibenarkan menjadi penjamin kepada orang perseorangan. Beliau juga tidak mengalakkan syarikat untuk terlalu aktif dalam pasaran saham.

Walaupun Kamdar adalah sebuah perniagaan keluarga, tetapi disiplin dan peraturan ketatlah yang menjadikan mereka berjaya. ingat falsafah perniagaan Kamdar? "Beli Murah, Jual Murah"

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan

1 comment:

Hafifi said...

yakin dan tidak putus asa..belajar dari kesilapan dan berusaha sungguh mungkin antara faktor utama kamdar seperti yang kita lihat sekarang..

http://www.mohdhafifi.com