Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada bakal Jutawan,
Moga dalam keadaan baik dan penuh dengan Motivasi yang sentiasa berkobar-kobar untuk bergelar Jutawan tidak kira dalam apa jua bidang yang anda ceburi.
Bahang sukan olimpik 2008 beijing semakin membara, semalam saya melihat badminton yang disiarkan langsung di RTM. Macam biasalah, hasbullah awang iaitu lagenda pengulas sukan yang akan menjadi pengulas. Malam tadi adalah final perlawanan badminton lelaki antara Lee Chong Wei dan Lin Dan. Memang sukan badminton adalah antara sukan kegemaran rakyat Malaysia dan jangan tak percaya pula kalau saya katakan yang saya sekarang kerap bermain badminton.. haha (sebenarnya itu sahaja sukan yang mampu saya main sekarang)
Perlawanan berlangsung agak mudah bagi Lin Dan yang merupakan pemain ranking No satu Dunia. Iyalah, mungkin semangat patriotik dan suntikkan dari sokongan padu rakyat China membuatkan beliau bertenaga dan bermaharajalela. Kasihan Chong Wei, tak sanggup saya melihat wajahnya yang seolah-olah hampa kerana beberapa kesilapan mudah yang memberikan mata kepada Lin Dan.
Apa sebenarnya yang cuba saya cerita ialah bagaimana Chong Wei terlepas satu peluang bergelar Jutawan Segera. Kerajaan Malaysia telah menawarkan RM1juta kepada mana-mana atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas di Olimpik Beijing. Bukan itu sahaja, pencen RM5000.00 seumur hidup juga ditawarkan sebagai tambahan.
Ramai yang bertanggapan bahawa atlet kita yang berpotensi mencapai pingat emas sebagai bertuah dan beruntung kerana ditawarkan jalan mudah bergelar jutawan. Tapi bagi saya ia bukan jalan mudah.Pastinya atlet tersebut (yang berpotensi) telah melalui jalan yg penuh liku dan cabaran bagi mendapatkan pingat emas olimpik.
Jika Chong Wei menang malam tadi, pastinya saya ada satu lagi cerita bagaimana seseorang boleh menjadi Jutawan. Tidak semestinya melalui perniagaan. Ia adalah contoh kepada sesuatu usaha gigih yang berbayar dan berbaloi. Pengorbanan yang dilalui semasa latihan amat memeritkan. Misbun selaku jurulatihnya sendiri mengharapkan sesuatu yang berbaloi dari Chong Wei memandangkan Misbun telah banyak mengorbankan masa dan tenaga kepada anak didiknya sehingga terpaksa meninggalkan isterinya yang saya dengar sakit buah pinggang.
Buat anak-anak muda,ibu bapa, dan sesiapa sahaja yang punya cita-cita dan misi untuk berjaya bergelar jutawan. Saran saya, Buatlah apa sahaja yang anda minati dengan kegigihan usaha yang membuak-buak. Tanamkan cinta terhadap apa yang anda minati. Ia pasti berbayar kelak.
Salam Jutawan dari saya..
Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan

No comments:
Post a Comment