Thursday, August 14, 2008

Menjejaki Jutawan


Definisi Jutawan adalah seseorang yang mempunyai aset bernilai satu juta atau lebih daripada itu. Kini ia telah menjadi satu fenomena apabila kejayaan seseorang dinilai dari berapa nilai aset tidak kira dalam bentuk wang ringgit,hartanah,pelaburan dan lain-lain. Kebiasaannya orang yang berjaya itu dalam kategori Jutawan tetapi tidak menjadi kebiasaan orang yang menjadi Jutawan itu adalah orang yang berjaya,betulkah atau sebaliknya? Di Malaysia khususnya terdapat berbilang bangsa dan kategori orang-orang yang telah berjaya menjadi Jutawan. India, Cina, Melayu dan berbilang bangsa lagi. Mereka juga mempunyai bidang pekerjaan,karier dan perniagaan yang bermacam-macam jenis.



Akbar Berita Harian yang bertarikh 23 mei 2008 mendedahkan senarai 10 individu terkaya di Malaysia dimana Robert Kuok merupakan orang terkaya di Malaysia dengan nilai aset RM32 Billion. Berapa banyak sifar untuk menulis satu billion pun saya tidak pasti. Menurut Forbes Asia, Robert Kuok yang berumur 84 tahun memiliki perniagaan yang melibatkan hartanah di Hong Kong dan beberapa kepentingan media. Yang paling ketara ialah syarikat gergasi minyak sawit Wilmar yang meningkat aset bersihnya daripada Rm7.7 Billion tahun lalu untuk mencecah RM32 Billion. Antara pendatang baru ialah Datuk Nazir Razak iaitu ketua pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB dan anak lelaki bongsu Perdana Menteri Kedua negara Allayarham Tun Abdul Razak. Nazir berjaya mendapat tempat ke 40 sebagai individu terakhir terkaya Malaysia dengan nilai bersih RM320 Juta.



Berikut adalah senarai nama dan jumlah ase 10 individu terkaya di Malaysia.








  1. RObert Kuok RM 32 Billion




  2. Ananda Krishnan RM 23 Billion




  3. Lee Shin Cheng RM 17.6 Billion




  4. Teh Hong Piow RM 11.2 Billion




  5. Lee Kim Hua RM 10.9 Billion




  6. Quek Leng Chan RM 7.7 Billion




  7. Yeoh Tiong Lay RM 6.7 Billion




  8. SYED MOKHTAR AL BUKHARY (idola saya) RM 5.76 Billion




  9. Vincent Tan RM 4.2 Billion




  10. Tiong Hiew King RM 3.5 Billion

Menjadi seperti senarai nama diatas memang menjadi impian dan keinginan semua orang. Pastinya mereka yang tersenarai dan berstatus Jutawan ini mempunyai cara kerja dan pengalaman yang membezakan status mereka. Usaha dan kesabaran adalah tonggak dalam perniagaan dan usaha mereka untuk mencapai kejayaan.



Bagi saya, Blog Kisah Jutawan ini diwujudkan adalah untuk menjadi tatapan sesiapa sahaja yang bercita-cita dan memasang impian untuk menjadi Jutawan. Mungkin saya akan menulis tentang diri anda pula selepas ini, Siapa yang tahukan?



Seperti anda, saya juga memasang impian seperti itu, mempunyai kebebasan kewangan adalah impian semua. Atas sebab itu, saya amat menyukai dan berkeinginan besar untuk mendengar, membaca dan menemui Jutawan untuk mengetahui resepi dan rahsia kejayaan mereka.



Tidak kira mereka adalah seorang atlit, ahli perniagaan, Penyanyi, Doktor, Pemenang peraduan atau sesiapapun, Pasti mereka mempunyai sesuatu yang boleh kita kongsi dan pelajari.



Sehingga bertemu lagi dalam blog yang akan datang. Mungkin saya akan menulis tentang Idola saya iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai permulaan Kisah Jutawan akan datang.



salam



Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan


3 comments:

myra said...

hi

congratulations on your 1st blog..hope you will be one of the milionnaire...soon!!

Ms. Anne Ai ling Mustapha said...

Hi... cuba baca laman web blog sy www.allinfoavenue.co.cc n sy wat dlm english... jd u boleh dptkan bahan n translate dlm BM, cuma just link kan ke web blog sy... 2saja...

usahawankekal said...

gud blog.......
keep it up bro