Wednesday, August 20, 2008

Saya Budak Baru Belajar...(JUtawan Wannabe)




Mungkin masih ramai dari anda ataupun rakan-rakan saya yang keliru apabila melayari Blog saya yang bertajuk "Kisah Jutawan" ini. Bila saya meminta mereka memasuki laman Blog saya ini, soalan maklumbalas secara spontan yang kebiasaannya saya terima adalah "woih...ko dah jadik Jutawan ke?..Pinjam Rm5ribu...." saya tidak pasti soalan itu bermaksod mereka benar-benar ingin meminjam ataupun hanya ingin memerli..hehe, Tak mengapalah...

Blog Kisah Jutawan ini adalah inisiatif saya untuk mencari cerita-cerita tentang kejayaan Jutawan-Jutawan serata dunia. Memang menjadi minat saya untuk membaca cerita-cerita tentang jutawan tidak kira di Majalah, SuratKhabar, Internet, Blog dan lain-lain lagi. Semacam ada sesuatu yang menyuntik semangat saya setiap kali membaca kisah mereka.

Diharap, penjelasan ini akan menjelaskan apa yang kabur disini, Saya masih belum bergelar Jutawan. Tetapi azam dan tekad untuk bergelar Jutawan itu masih membara dalam diri saya.

Buat rakan-rakan yang baru pulang dari Khursus RAHSIA BUAT DUIT DARI INTERNET 16/8/08 tempoh hari. Saya harap kita masih boleh berhubung.

Buat En Sharil dari Kuantan Pahang,pemilik blog http://www.selerapahang.blogspot.com/ , bila kita boleh memulakan JV kita dalam perniagaan internet ni..hehe..

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan


2 comments:

iju said...

syukurlah mga awk dpt bntu org yg serius dlm biz bkn bergalar jutawan tp setakat yg perlu shj bntu untk meringnkn beban org yg memerlukn

iju said...

joe_gi63@yahoo.com add me