Dengan bermodalkan wang sebanyak RM500,Irfan Khairi yang baru berusia 28 tahun,sudah pun bergelar jutawan.MELIHAT dari segi luarannya,penampilan lelaki ini cukup ringkas dengan kemeja T lengan panjang berwarna merah tanpa sebarang aksesori yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang jutawan .Mungkin tidak ramai yang mengenali anak muda bernama Irfan Khairi ini.Beliau merupakan seorang graduan dari Universiti Staffordshire,Britain yang pernah bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat [IT] terbesar di Birmingham,iaitu Netmedia [UK] Ltd.Selaku seorang pereka system multimedia dan perunding internet, Irfan bertanggung jawab mencipta satu system pembelajaran internet,dipanggil Learning Grid yang digunakan oleh lebih 5,000 buah sekolah di Britain.Namun , Irfan nyata tidak puas dengan pencapaian tersebut.Berasaskan minatnya yang mendalam dalam bidang internet dan perniagaan, dia memulakan 'perusahannya' sendiri pada tahun 1999.Perniagaan itulah yang membawanya menjadi seorang jutawan pada usia yang begitu muda.
'Perjalanan untuk mencari satu juta ringgit bermula ketika saya belajar di Universiti Teknologi Mara [UiTM] dalam bidang yang saya kurang minat iaitu ekonomi. Minat saya sebenarnya lebih kepada designing [seni rekaan] .Lepas habis belajar di UiTM , saya melanjutkan pelajaran ke Britain dalam bidang multimedia,'Katanya.Sejak itu, Irfan cuba mengaplikasikan bagaimana untuk mendapatkan wang daripada kemahiran rekaannya. Irfan sedar jika dia bekerja dengan orang, dia tidak akan dapat menghasilkan banyak wang.Justeru, Irfan mengambil keputusan untuk bekerja sendiri sebagai pereka .Perniagaan internetnya yang melibatkan perkhidmatan mereka bentuk buku eletronik [e-book] laman web, grafik, SEO [Search Engine Optimization], menjual peta, penempahan hotel, perunding multimedia, e-niaga dan pembelajaran, nyata berkembang dengan pesat.'Internet adalah cara saya mendapatkan pasaran yang lebih luas. Bermula dari situ [Kira-kira enam tahun lalu] ,tiga tahun kemudian saya berjaya memperoleh RM1 juta yang pertama,' jelas Irfan secara jujur.
Perkhidmatannya digunakan oleh lebih 3,000 pelanggan dari serata dunia,kebanyakannya dari Amerika Syarikat , Britain, Negara Eropah,Timur Tengah, Jepun dan Australia.Menurut Irfan, dia memang seorang yang bermotivasi dan telah menetapkan matlamat untuk menjadi seorang jutawan sebelum umur 30 tahun. Usahanya bermula sejak berusia 18 tahun lagi.'Saya membaca kisah-kisah kejayaan, biografi tokoh-tokoh berjaya dan belajar tentang perniagaan. Akhirnya saya berjaya. Tapi ambil masa tujuh tahun jugalah. Walaupun saya berjaya memperolehinya pada usia itu, jangan fakir ia sesuatu yang cepat.'katanya yang hanya memandu sebuah kereta nasional keluaran Perodua.Namun, Irfan melihat kejayaannya itu bukan sekadar mengumpul kekayaan. Sebaliknya, dia menilai dari aspek etika kerja, kualiti dan usaha gigih kerana mahu melihat sejauh mana potensi dirinya.Menurut Irfan lagi, seseorang boleh menjadi jutawan dalam apa jua industri, sama ada hartanah, perniagaan ataupun saham. Cuma kita perlu mendapatkan ilmu yang berkaitan dengan sesuatu bidang itu.'Pendidikan atau pengetahuan ini penting dari segi pengkhususan dalam industri yang ingin kita ceburi.
Kita sering melihat industri orang lain lebih berjaya dan berpendapatan tinggi. Apabila telah masuk industri itu, kita lihat industri lain pula yang lebih baik Kalau macam itu, tiada kesudahannya,' ujar Irfan yang gemar menonton TV . Dia juga menyatakan bahawa masih banyak jurang [peluang] yang perlu diisi di Malaysia.'Misalnya, sebelum ini di Amerika, banyak program TV seperti Home Improvement, kita tidak ada program seperti itu. Tetapi bila tersiarnya rancangan seperti Casa Impian, maka ia jadi suatu perkara yang unik.Di Malaysia banyak lagi jurang. Seorang harus mengisinya dan mereka pasti akan berjaya,' katanya.
PS: Berdasarkan dari cerita kejayaan Jutawan internet malaysia iaitu Irfan Khairi, Kita boleh berjaya menjadi jutawan dalam apa jua bidang yang kita minati. Internet cuma menjadi platform atau medium perniagaan kita. Lihat sahaja bagaimana internet berjaya menjadikan dia jutawan dengan hanya menjual peta Malaysia....hermm..kagum kagum...

No comments:
Post a Comment