Showing posts with label JUTAWAN MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label JUTAWAN MALAYSIA. Show all posts

Friday, February 10, 2012

JUTAWAN MALAYSIA : Senarai 40 Orang terkaya di Malaysia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berikut adalah senarai 40 orang terkaya di Malaysia,Majalah Malaysian Business bertarikh 16 Februari 2011 menyenaraikan 40 individu yang terkaya di Malaysia setakat 21 Januari 2011 lalu. 40 individu terkaya negara ini dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai yg meliputi pelbagai perniagaan seperti guaman,hartanah,telekomunikasi dan sebagainya. Kajian juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion pada 21 Januari itu, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas. Seperti sedia maklum, Robert Kuok masih mengekalkan status sebagai individu terkaya di Malaysia walaupun dengan kedatangan beberapa individu baru dalam senarai.


Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2011 menurut Malaysian Business:

1. Robert Kuok RM 50.04 billion, 87 tahun, Kerry Group/ Kuok Group

2. Ananda Krishnan RM 45.78 billion, 73 tahun, Usaha Tegas

3. Teh Hong Piow RM 12.77 billion, 81 tahun, Public Bank

4. Lee Shin Cheng RM 12.74 billion, 72 tahun, IOI Group

5. Lim Kok Thay RM 10.89 billion, 59 tahun, Genting Group

6. Quek Leng Chan RM 10.75 billion, 70 tahun, Hong Leong Group

7. Syed Mokhtar AlBukhary RM 8.84 billion, 59 tahun, Yayasan AlBukhary

8. Lee Kim Hua RM 7.43 billion, 82 tahun, Genting Group

9. Tiong Hiew King RM 4.77 billion, 75 tahun, Rimbunan Hijau

10.Ong Bee Seng RM 3.98 billion, Hotel Properties Ltd

11.Azman Hashim RM 3.93 billion, 71 tahun, Amcorp

12.Vincent Tan RM 2.43 billion, 59 tahun, Berjaya Group

13.Lee Yeow Chor RM 1.998 billion, 45 tahun, IOI Group

14.Lee Yeow Seng RM 1.962 billion, 33 tahun, IOI Group

15.Lee Oi Hian RM 1.859 billion, 61 tahun, Batu Kawan

16.Lee Hau Hian RM 1.855 billion, 58 tahun, Batu Kawan

17.Yeoh Tiong Lay RM 1.811 billion, 81 tahun, YTL Group

18.Lau Cho Kun RM 1.775 billion, 75 tahun, Hap Seng Consolidated

19.Mokhzani Mahathir RM 1.665 billion, 49 tahun, Kencana Petroleum

20.Jeffrey Cheah Fook Ling RM 1.536 billion, 65 tahun, Sunway Group

21.Dr.Lim Wee Chai RM 1.244 billion, 53 tahun, Top Glove Corp

22.Francis Yeoh Sock Ping RM 1.229 billion, 57 tahun, YTL Group

23.Yeoh Seok Hong RM 1.129 billion, 52 tahun, YTL Group

24.Yeoh Seok Kian RM 1.098 billion, 54 tahun, YTL Group

25.Mark Yeoh Seok Kah RM 1.096 billion, 46 tahun, YTL Group

26.Michael Yeoh Sock Siong RM 1.092 billion, 51 tahun, YTL Group

27.Tony Fernandes RM 1.092 billion, 46 tahun, AirAsia

28.Kamarudin Meranun RM 0.856 billion, 49 tahun, AirAsia

29.Chong Chook Yew RM 0.813 billion, 88 tahun, Selangor Properties

30.Shahril Shamsuddin RM 0.804 billion, 50 tahun, Sapura Group

31.Shahriman Shamsuddin RM 0.791 billion, 42 tahun, Sapura Group

32.Liew Kee Sin RM 0.786 billion, 52 tahun, SP Setia

33.Yaw Teck Seng RM 0.699 billion, 73 tahun, Samling Group

34.Ong Leong Huat RM 0.621 billion, 67 tahun, OSK Holdings

35. Leong Hoy Kum RM 0.618 billion, 54 tahun, Mah Sing Group

36.Lee Swee Eng RM 0.570 billion, 56 tahun, KNM Group

37.Raja Eleena Raja Azlan Shah RM 0.568 billion, 50 tahun, Gamuda

38.Tan Heng Chew RM 0.557 billion, 65 tahun, Tan Chong Motors Holding

39.Stanley Thai Kim Sim RM 0.539 billion, 51 tahun, Supermax Corp

40.Tony Tiah Thee Kian RM 0.524 billion, 64 tahun, TA Enterprise











Thursday, February 9, 2012

JUTAWAN MALAYSIA : JUTAWAN Bola Sepak pertama dari Malaysia...safee sali


Dari Arkib Berita Harian Online.

Kejayaan Safee perlu dicontohi: Tengku Abdullah


2012/02/02

KUANTAN: Kejayaan penyerang sensasi negara, Safee Sali menandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun bernilai lebih RM2 juta bersama kelab Indonesia, Pelita Jaya FC, perlu dicontohi pemain bola sepak lain di negara ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah kejayaan Safee itu satu lembaran baru dalam sejarah bola sepak negara.

"Saya harap kejayaan Safie dicontohi pemain lain. Kita harapkan setiap pemain mempunyai inspirasi, visi dan semangat untuk pergi jauh.
"Bukan sekadar mewakili negara tetapi pergi ke peringkat lebih tinggi dan ini akan memberi manfaat kepada negara," titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran kerja pembinaan tiga jambatan di Sungai Lembing, dekat sini hari ini yang disempurnakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Kontrak baru bernilai lebih RM2 juta yang ditandatangani Safee, 28, dengan kelab itu sehingga 2014 menyenaraikan pemain itu sebagai jagoan bola sepak Malaysia bertaraf jutawan.

Selain menerima gaji baru berjumlah RM91,200 sebulan, Safee turut diberikan pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi serta faedah lain.
Tengku Abdullah mengucapkan tahniah kepada Safee dan berharap perjalanan kerjayanya dapat diteruskan ke peringkat tertinggi.

"Saya nasihatkan dia teruskan kerjaya sebagai pemain yang boleh maju ke peringkat lebih tinggi dan dia harus mencuba nasib bermain di Eropah.

"Saya tidak tahu tahap liga di Indonesia tetapi percaya Safee sudah memiliki semuanya yang sedikit sebanyak membina kemahirannya di sana," titah baginda. - BERNAMA


PS/ Safee Sali membuktikan kemampuan anak Malaysia utk Cemerlang dalam sukan Bola Sepak, pastinya anak Malaysia Bernama Safee Sali ini jelas dengan kehendak,matlamat dan tujuannya dalam menceburi sukan Bola Sepak. Moga kejayaan beliau akan memberi inspirasi pada anak muda yg memasang impian menjadi JUTAWAN BOLA SEPAK dari Malaysia yg seterusnya. Usaha anda perlu gigih dan jangan lalai dengan kejayaan sementara dan gaji yg 5-6k sahaja dengan pasukan Negeri, lepas tu suruh wakil negara tidak bersemangat kerana tidak mendapat imbuhan. Safee sali membuktikan bakatnya dikesan negara luar melalui kejohanan peringkat Asean dan SUkan Sea semasa beliau mewakili Malaysia. SYABAS SAFEE SALI!!










Monday, June 27, 2011

JUTAWAN MALAYSIA : TAN SRI TONY FERNANDES...now everybody can fly!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Moga anda semua sentiasa dalam lindungan allah swt. Kelmarin Kumpulan Sepah telah dinobatkan sebagai Maharaja lawak 2011. Tahniah saya ucapkan, sememangnya saya meminati kumpulan sepah dimana lawak mereka dekat dihati masyarakat. Saingan sengit dari semua peserta finalist maharaja lawak bukan calang-calang dan Sepah memang layak menjuarainya kerana prestasi konsisten mereka. Juara maharaja lawak dapat RM350,000 tuuuuuuuu...masyukkkkkkkk...

Ape kaitan Sepah dengan tony fernandes pulak kan (hehe). Cuba anda bayangkan anda memperolegi RM350,000 pada hari ini. Apa yang anda akan lakukan?. Jika anda berfikiran seperti seorang usahawan mampukah anda mengandakan ia menjadik RM700,000?. Bercerita mengenai modal, saya amat tertarik dengan seorang usahawan anak malaysia yang telah berjaya mengubah sebuah syarikat yang sedang menjunam jatuh suatu masa dahulu kepada satu jenama yang terkenal diseluruh dunia. Bagi saya, beliau sangat bijak kerana memulakan perniagaan dengan bermodalkan hutang sedia ada pada syarikat yg dibelinya.

Beliau ialah Tan Sri Tony Fernandes...dah tan sri rupa-rupanya. Tan Sri Tony Fernandes dilahirkan pada 30 April 1964 merupakan seorang pengasas syarikat Tune Air Sdn Bhd. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini merupakan anak kepada Stephen Edward Fernandes dan ibunya Ena Dorothy Fernandez. Sejak dari kecil, beliau sering mengikuti ibunya ke konvention dan perjumpaan perniagaan memandangkan ibunya adalah pengedar Tupperware. Mungkin dari sinilah menyemai semangat berniaga dalam dirinya.

Lulusan Epsom kolej dan London School of Economics pada 1987 ini kemudiannya bekerja sebagai juruaudit dengan syarikat Virgin Atlantic. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi financial controller untuk Richard Branson's Virgin Records di London pada 1989. Setelah mendapat Associate Member of the Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) pada 1991 dan menjadi Fellow Member pada 1996, beliau pulang ke Malaysia dan menjadi Managing director di Warner Music. Pada waktu itu, beliau merupakan Managing Director termuda dan hasil daripada prestasi cemerlang beliau dilantik menjadi South East Asian regional vice-president utk Warner Music Group sekitar 1992-2001.

Beliau kemudiannya meletakkan jawatan bagi mengejar cita-citanya untuk menjalankan perniagaan dalam industri penerbangan. Permohonan lesen utk membuka syarikat penerbangannya ditolak pada waktu itu. Beliau tidak berputus asa dan segalanya bermula apabila peluang yg dibuka oleh Datuk Pahamin A. Rejab, bekas secretary-general of the Malaysian Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry yang membawa beliau bertemu dengan Tun dr Mahathir Muhamad tentang perancangan beliau membeli Air Asia pada waktu itu.

Keadaan Air Asia yang merupakan syarikat kolomerat milik kerajaan malaysia dan DRB hicom sangat kritikal. Dengan Hutang yang menimbun sekitar USD11juta, Tony menawarkan diri untuk membeli syarikat ini beserta hutangnya sekali. Pembentangannya tentang wawasan dan pelan pemasaran yg akhirnya membuka hati Tun dr mahathir untuk memberikan kepercayaan kepada beliau tidak dipersia-siakan. Beliau bergolok gadai untuk membeli pesawat bagi menjalankan operasi syarikat dan keadaan pada waktu itu semakin parah memandangkan kejadian 11 September 2001 yang membuatkan orang ramai takut untuk menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan.

Beliau tidak mengalah tetapi memandang keadaan ini dari sudut positif. Beliau mendapati, selepas 11 september, "leasing cos" menurun 40% dan lambakkan perkerja berpengalaman dalam industri ini meningkat. Pada waktu ini beliau dapat melihat dari pelbagai sudut dan aspek bagi mengurangkan harga kos penerbangan dan menawarkan harga yg menarik kepada pelanggan. Perancangannya berjaya dan Air asia berjaya menarik hati ramai orang yg pertama kali menaiki pesawar penerbangan dan ia menjadi hebahan dan kegilaan tentang tiket tambang murah ini.

Pelan pemasaran yang sempurna melalui Internet juga menjadi untuk Air Asia kerana mengikut kajian, kira-kira 70%-80% pembelian di Internet untuk pasaran Malaysia adalah pembelian tiket kapal terbang Air Asia. Kejayaan beliau semakin luas kepelbagai bidang seperti perhotelan, sukan formula satu dan banyak lagi.

Disini, kita dinampakkan bagaimana seseorang itu mampu mengubah keadaan melalui perancangan dan penelitian yg mendalam. Apa yang penting, beliau bertindak dan tidak mengalah dengan situasi yang pada mulanya seolah-olah tidak memihak padanya.


Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan bin Saaid Ramdzan













Thursday, June 16, 2011

JUTAWAN MALAYSIA : Dari Oil and Gas ke dunia Animasi.Tuan HJ. BURHANUDDIN BIN MD RADZI...disebalik watak UPIN dan IPIN..



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam 2 minggu ini adalah sangat memenatkan dan saya agak sibuk keluar daerah untuk tujuan kerja. Hermm..maklum ler kena kerja kuat..Minggu sudah saya ke Kuantan untuk bertemu pelanggan di Hospital Kuantan Pahang. Sedikit pembentangan tentang pelan pesaraan dan pendidikan anaknya yang telah lakukan pada 2 minggu sebelum telah membuka hatinya untuk mengambil polisi bersama Etiqa takaful. Alhamdulillah.

Semasa menandatangani borang cadangan untuk pelan pendidikan anaknya, saya sempat memberikan flyers Etiqa yg mempunyai gambar upin dan ipin. Amboih gembira betul anak pelanggan saya apabila mendapat flyers tersebut. Kata ibunya, anaknya itu amat meminati upin dan ipin. Lantas tergerak hati saya untuk mencari info tentang penggerak watak animasi tempatan yg mendapat tempat dihati masyarakat Malaysia,Indonesia,dan Brunei itu.



Upin dan Ipin merupakan watak animasi yg dicipta dan diketengahkan oleh syarikat Les Copaque Productions Sdn. Bhd. Tunjang utama syarikat adalah Tuan HJ. BURHANUDDIN BIN MD RADZI sebagai Pengarah Urusan syarikat. Amat mengejutkan apabila membaca portfolio dan latar belakang beliau kerana beliau sebenarnya mempunyai pengalaman kerja dalam bidang Oil and Gas. Selepas menghabiskan pengajian di Universiti pada 1982, Beliau berkhidmat dengan PETRONAS Carigali Sdn Bhd sebagai Jurutera Petroleum.

Sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan pada tahun 1992, beliau telah menyandang beberapa jawatan utama dalam PETRONAS carigali sdn bhd dan kebanyakkan masa beliau berkhidmat di Miri Sarawak. Jawatan terakhir beliau sebelum beliau bersara ialah The Head of Production Operations for Baram Delta fields in Miri, Sarawak pada 1990. Beliau kemudiannya dijemput menyertai Dayang Enterprise Sdn. Bhd.(DESB) sebagai Managing Director dan rakan kongsi. DESB merupakan syarikat yg menawarkan perkhidmatan kepada industri Oil and Gas.

Di DESB, beliau telah berjaya meningkatkan turnover atau modal pusingan syarikat daripada RM8 Juta kepada RM40 juta dalam masa 2 tahun beroperasi. Pada tahun 2000, DESB mencipta rekod apabila memenangi hampir kesemua tender yg ditawarkan bagi perkhidmatan "maintanance" dalam industri Oil and Gas dan ini menjadikan modal pusingan syarikat berkembang kepada RM130 Juta. Pada tahun 2005, dimana rakan kongsi beliau ingin membawa syarikat ke bursa Kuala Lumpur, Beliau tidak mempersetujui dan beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan terus dunia Oil and Gas.

Berbulan-bulan lamanya beliau hanya berada di rumah dan bermain golf. Dan pada satu ketika terdetik dihati beliau, sampai bila harus beliau begini. Isteri beliau mempunyai minat dan bakat dakam penulisan skrip dan pernah bercadang untuk menjadi penerbit filem. Secara kebetulan, 3 graduan dari MMU telah berjumpa dan membuat pembentangan mereka kepada Tuan Haji Burhanuddin tentang impian mereka untuk mencipta watak animasi 3d tempatan dan ini telah menambat hati Tuan Haji Burhanuddin. Tertarik dengan pasaran yg kecil atau "niche" dan kemampuan 3 graduan ini, beliau menubuhkan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd.

Bermulalah perjalanan Les` Copaque untuk menerbitkan filem animasi 3D. Mereka bermula dari penulisan jalan cerita,watak dan sebagainya mengikut kehendak dan selara rakyat Malaysia. Bagi cubaan pertama, mereka menayangan cerita atau pengenalan awal watak upin dan ipin di kaca TV,dan pada 12th February 2009 filem “Geng: Pengembaraan Bermula”. Seperti yang dijangka, filem ini menjadi filem blockbuster di Malaysia dan mendapat tempat dihati rakyat Malaysia.

Watak Upin dan Ipin menjadi satu fenomena bukan sahaja di Malaysia tetapi di Indonesia,singapura dan brunei. Ia juga kini telah ditayangkan di 17 kawasan di Asia melalui Disney Channel Asia. Upin dan Ipin juga adalah filem tempatan pertama yang berjaya menembusi pasaran Filem India. Kini, Upin dan Ipin bukan lagi watak dalam filem tetapi telah menjadi satu jenama unggul dari malaysia yg meliputi cenderahati,restoren,dan tidak lama lagi, Taman Tema Upin dan Ipin.

Berikut adalah kejayaan seorang lagi rakyat Malaysia yg boleh menjadik contoh dan pembakar semangat untuk kita semua.

Salam Jutawan dari saya


Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan












Sunday, April 24, 2011

JUTAWAN MALAYSIA : AHADIAT AKASHAH..bangkit selepas muflis


Dari Arkib UTUSAN ONLINE

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT

TANGISAN tanpa suara ketika mencurahkan rasa duka dan kecewanya, penulis novel remaja tersohor, Ahadiat Akashah seperti cuba untuk menahan air mata daripada megalir di pipinya pada pertemuan Rabu lalu. Lelaki itu tidak terdaya lagi untuk menyimpan rasa hampa pada nasib yang disuratkan oleh-Nya sepanjang menceburi bidang penulisan sejak 25 tahun lalu.

Tempoh yang menyebabkan dirinya diselubungi rasa cemburu, iri hati, hasad dengki dan amarah oleh orang di sekelilingnya yang sengaja mengambil kesempatan atas apa dimilikinya. Dia juga dihimpit dengan pelbagai permasalahan yang bertimpa-timpa yang menyebabkannya tersungkur setelah meniti populariti.

Satu demi satu bebanan menimpa anak kelahiran Gombak, Selangor ini selepas dikenali menerusi novel remaja popular sekitar tahun 1995, Budak Setan. Ya, di situ bermula titik hitam dalam hidup Ahadiat yang mengubah segala-galanya.

Ahadiat dikenali kerana hasil tangan kreatif yang melayakkannya dilimpahi kekayaan selepas kejayaan novel berkenaan. Namanya dipuja dan karya agungnya diiktiraf bukan sahaja kepada golongan pembaca novel tegar, malahan kaum Adam meliputi mat rock dan mat kutu turut mendokong setiap watak yang diketengahkan.



Permulaan mengejut yang menyerukan itu ternyata tidak lama. Dia kemudiannya diduga dengan pelbagai pengalaman pahit - jatuh bankrap, perceraian, tuntutan nafkah anak di mahkamah, ditipu rakan baik dan diserang penyakit gout disebabkan tekanan tersebut.

''Semuanya bermula selepas menceburi bidang penulis novel pada 1985 saya ditimpa satu demi satu dugaan. Saya percaya pada qada dan qadar dan percaya dengan kata ibu bahawa segala kekayaan adalah daki dunia. Saya jadikan kata azimat itu sebagai pendinding dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi,'' katanya dalam nada guram.

Demi Tuhan, Ahadiat tidak pernah meminta Ilahi untuk dianugerahkan bakat atau kemampuan untuk menghasilkan sebuah novel remaja yang terbaik. Ahadiat cuma bernasib baik apabila perjudiannya dalam mempertaruhkan masa depan dengan menjadi penulis profesional menjadi.

Graduan aliran Komputer Perniagaan dari City and Guilds of London Institute, United Kingdom ini sekadar mencuba nasib selepas membaca karya manuskrip yang diterbitkan tidak menepati tema jiwa remaja.

Lontaran tidak berpuas hati itu diajukan kepada pakciknya yang juga merupakan penulis tersohor, Marwilis Haji Yusuf. Lelaki itu yang mencabar Ahadiat untuk melahirkan novel pertama berjudul Antara Simpati dan Sayang yang belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak.

Ahadiat melakukan apa sahaja untuk berjaya pada hari ini. Dia pernah dihentak dan dimaki oleh bapa saudaranya itu kerana hasil manuskrip yang dihasilkan tidak menarik dan kurang difahami. Jika hendak dibandingkan ilmu penulisan Ahadiat yang berusia 20 tahun itu tentulah antara langit dan bumi. Sebab itu, dia memilih genre percintaan remaja sebagai permulaan kerana lebih dekat dengan dirinya.

Masa yang beredar terlalu pantas menyebabkan dia tidak menyedari bahawa kekayaan yang dikumpul hasil keuntungan mendadak hasil jualan novel yang berada di pasaran sejak 1985 mengundang rasa cemburu di kalangan rakan-rakan terdekat.

Kenapa muflis?Dek kerana bermegah dengan kereta mewah yang sering bertukar-ganti saban kali bagi memenuhi tuntutan minatnya sejak muda lagi, menjadikan Ahadiat sebagai mangsa. Dia dipergunakan dalam satu konspirasi pindah milik kereta oleh kawannya yang berkemungkinan mahu menjatuhkannya.

Banyak andaian boleh ditafsirkan untuk rancangan jahat sahabatnya itu. Ahadiat percaya satu perkara sahaja niat lelaki itu iaitu mahu melihatnya duduk menyembah bumi. Mungkin juga Ahadiat sudah lama mendongak langit dan perlu disedarkan dengan satu perkara yang dasyat bagi memberi pengajaran.

''Saya sangat naif ketika itu. Disebabkan terlalu mempercayainya, saya tidak pernah mengambil tahu tentang pembayaran kereta itu sehingga saya diberi surat oleh pihak bank setahun kemudian. Sedangkan prosedur sepatutnya, saya perlu diberi notis setiap bulan tentang jumlah tunggakkan bayaran yang belum dijelaskan. Lebih malang lagi, kereta itu tiada di Malaysia dipercayai telah dibawa ke Thailand, kawan saya itu pula tak bertindak apa-apa langsung. Dia hanya tersenyum dari jauh melihat kekusutan yang dialami saya.

''Bila perkara itu diajukan kepada pihak bank, jawapannya sangat menyedihkan. Mereka hanya memberi kata dua sama ada jelaskan tunggakan itu atau membawa kes itu ke mahkamah. Saya tidak punya pilihan melainkan merelakan kes itu dibawa ke pihak pengadilan sebab ketika itu, mana saya ada RM100,000 dalam bank. Selepas kes itu dibawa ke mahkamah, pelbagai perasaan ada. Malu, segan tak usahlah nak diceritakan. Bagaikan dihempuk sebatang kayu, barulah saya sedar siapa kawan dan siapa lawan,'' ujarnya ketika mengimbas peristiwa hitam 1998.

Sememangnya Ahadiat tidak berpuas hati dengan 'orang-orang' yang menyebabkan dia terduduk sedemikian. Kesalahan itu bukan berpunca daripadanya dan sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara baik.

Natijahnya, semua harta Ahadiat dibekukan dan dia tidak dibenarkan keluar negara. Dia kembali kepada kehidupan asal iaitu serba serbi sederhana, tiada lagi kereta mewah dan menjual semua aset berharga seperti rumah kepada sesiapa yang berminat dengan harga murah.

Ahadiat meninggalkan semua kemewahan yang terbentang di mata selama ini. Semua aset yang dibeli hasil titik peluh sendiri tidak dipedulikan. Semua keindahan sementara diperolehinya tidak perlu dikenang kerana ia sudah pun berlalu..

Menyandang status muflis bagaikan mimpi buruk buat dirinya. Semua aktiviti kebiasaan semasa 'kaya' dahulu terpaksa dihadkan bagi mengelakkan pembaziran.

Banyak perut yang perlu diisi untuk hidup. Dengan sedikit wang yang ada dalam poket seluar ketika itu, dia gunakan untuk belanja rumah. Kalau sudah kering, dia 'rujuk' masalahnya itu kepada ibunya yang tinggal di kawasan Gombak, Selangor.

Kes mahkamahSatu lagi perkara besar yang memeningkan fikiran novelis itu sampai ke hari ini adalah berkaitan kes tuntutan nafkah anak tunggalnya, Aishah Akashah, 14, bersama bekas isterinya, Shahilah Mat Nazir. Ahadiat berdepan dengan tekanan apabila masih ada yang memandang serong terhadap kemewahan yang dimiliki.

Peminat motor berkuasa besar ini tidak malu untuk mengakui bahawa rumah yang didudukinya sekarang dimiliki atas jerit perih isterinya sekarang, Norhayati Mohd. Fauzi. Wanita itu yang bekerja keras dan bertungkus lumus memastikan keperluan ketiga-tiga anak mereka iaitu Athirah Akashah, 9, Anisah Akashah, 8, dan Adam Adiat Akashah, 6, terurus. Tidak dilupakan juga penjagaan Aishah Akashah. Segala makan pakai diberikan secukupnya dan wang kocek tidak pernah putus serta diberikan sama rata dengan darah daging yang lain.

''Saya bukan seorang bapa yang tidak bertanggungjawab walaupun sudah diisytiharkan muflis. Anak-anak adalah aset paling tidak ternilai buat saya dan Norhayati. Ia bukan seperti gambaran diberikan oleh mana-mana pihak mengatakan saya lelaki dayus yang tidak berguna.

''Cukup-cukuplah cemuhan dan cercaan terhadap kami sekeluarga. Tak payah sibuk bercerita tentang hal rumah tangga saya dan kredibiliti saya sebagai ketua keluarga. Saya sekarang cukup bahagia dan bersyukur atas apa sahaja rezeki yang diberikan. Masih diberikan kesempatan untuk menumpahkan kasih sayang terhadap isteri dan anak-anak,'' tegasnya.

Kesemua peristiwa yang berlaku umpama tompokan hitam dalam hati kerana melibatkan maruah dan nama baik sendiri. Kejantanan Ahadiat juga turut terusik apabila orang menaburkan fitnah yang bukan-bukan. Perkataan kurang menyenangkan digunakan di kalangan pemilik blog yang tidak berpuas hati dengan kebangkitan semula Ahadiat.

Secara jujur, dia reda kehilangan harta benda tetapi tidak boleh menerima sebarang bentuk penghinaan melibatkan keluarganya. Itu merupakan satu tindakan kurang ajar yang menguji kesabarannya setiap kali membaca cerita kurang baik di alam maya.

Kredibiliti Ahadiat sebagai penulis juga dipertikaikan dan kesemua sumbangannya untuk anak bangsa sendiri turut diperlekehkan. Contohnya penglibatan Ahadiat dalam Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) pada 2007 menjadi buah mulut sehingga sekarang. Sekali lagi Ahadiat dihujani perkataan lucah di merata laman web yang menyerang peribadi dan meludah kisah hidupnya.

'Dikencing sekali lagi'

Ahadiat ditampar buat kali kedua apabila ditipu buat kali kedua pada 2007. Kali ini diperdaya melibatkan wang royalti novel yang dikutip tanpa pengetahuannya. Setelah kawan baiknya itu menyatakan persetujuan untuk bekerjasama menubuhkan syarikat penerbitan Norhayati, Roket Kertas Sdn. Bhd.

Nasi sudah menjadi bubur. Dia hanya menyedari kekhilafan sahabatnya itu selepas mendapati tiada aliran masuk wang bayaran royalti novel. Getus hatinya, mengapalah kawannya itu tidak berterus terang sahaja. Nyatakan apa masalahnya 'siang-siang' dan tidak menyusahkan mereka sekeluarga.

''Dia hanya berkata dia berdepan dengan masalah kewangan. Yang saya hairan, kenapa sanggup dia gunakan duit itu tanpa pengetahuan saya. Sedar-sedar RM300,000 lenyap. Itu namanya cubaan untuk membunuh kami sekeluarga secara perlahan.

''Keadaan bertambah rumit apabila dia turut mempunyai kes dengan bank. Macam mana dia mahu membayar semula duit kami dan akhirnya, saya terpaksa mencari resolusi lain. Jalan terakhirnya adalah menggunakan kad kredit Nurhayati selama dua tahun. Jumlahnya ketika itu menghampiri RM100,000. Nurhayati yang bertindak sebagai penyelamat sekali lagi,'' katanya.

Mereka menyembunyikan keperitan kewangan daripada pengetahuan anak-anak. Mereka tidak layak untuk dikhabarkan tentang kesusahan yang ada. Biarlah kepayahan itu ditanggung mereka suami isteri.

Macam mahu matiAhadiat tidak malu mengatakan bahawa dia menerima tekanan maha hebat itu diatas kejadian malang yang menimpanya tidak henti-henti. Klimaksnya ada pada Januari 2009. Dia terlantar selama dua minggu di Wad Ortopedik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana serangan gout yang kritikal . Semua sendinya membengkak dan membenjol bewarna kemerah-merahan.

Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bagaikan dicucuk dengan belati tajam. Tanpa disedari penyakit itu mengurangkan seri di wajah dan berat badan Ahadiat sebanyak 20 kilogram. Kesannya, dia tidak boleh berjalan waima berdiri dan menggunakan bantuan kerusi roda. Malah, Ahadiat sendiri tidak mampu untuk memegang botol air kencingnya sendiri dek tiada kudrat dan kesakitan yang melampau itu.

Semua urusan berkenaan dilakukan sendiri oleh Norhayati. Wajah suram isterinya itu juga kerap menemani sepanjang rawatan susulan di hospital berkenaan.

"Isteri saya tidak tahan dengan pandangan serong penghuni HUKM yang macam-macam. Ada yang mencebik bibir dan meluat melihat kelibat kami. Tetapi kami terpaksa berdepan dengan situasi itu sehingga persepsi itu bertukar selepas kami menjalinkan ikatan persahabatan secara tidak langsung dengan mereka tidak lama kemudian," katanya dalam nada sebak yang cuba ditahan.

Setelah melalui pelbagai episod getir, hanya satu yang dimahukan oleh Ahadiat yang dipinta pada akhir bicara dengan Pancaindera. Dia mahu masyarakat berlaku adil kepada dirinya dan tidak mudah menjatuh hukuman sehingga langsung menafikan sekelumit hal positif yang telah dilakukan sebelum ini

ps:/Peringatan untuk diri sendiri dan semua, setiap kejayaan kita perlulah disusuli dengan rasa rendah diri..keangkuhan dan keegoan kita pasti akan mengundah sifat iri hati manusia dan semoga kita mendapatr perlindungan dari Allah dari sifat hasad dengki..


Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan












Wednesday, April 6, 2011

JUTAWAN MALAYSIA: Tuan Haji Habib Mohamed..Ingat berlian..Ingat HABIB JEWEL




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Apa Khabar pembaca Kisah Jutawan, diharap semuanya sihat-sihat berlaka. Walaupun cuaca agak panas dan kebanyakkan dari kita terkena penyakit batuk. Ini tidak menghalang kita untuk meneruskan rutin harian bekerja,belajar dan sebagainya..cuma kena minum air banyak. Saya juga baru lepas hilang penyakit batuk dan demam,lama juga dekat seminggu. Mujur sudah sehat dan bolehlah saya ke pameran pengantin hujung minggu ini. Maklum ler..tinggal berapa bulan saja lagi.

Bercerita tentang majlis perkahwinan, kita amat sinonim dengan cincin,rantai dan barang kemas yang sudah menjadi adat dan kebiasaan untuk diberikan sebagai hantaran. Bercerita tentang barang kemas, kalau diMalaysia ini siapa yg tak kenal nama HABIB JEWEL. Nama besar dalam industri barang kemas dan mereka lebih terkenal dengan penjualan berlian sebagai perhiasaan diri.

Kita melihat Habib Jewel setanding dengan produk luar negara, ia nampak mewah,berkualiti dan berprestij (betul ker saya ejer nih). Sebagai syarikat barang kemas berlian pertama di Malaysia yg tersenarai dalam bursa saham pastinya Habib Jewel mempunyai reputasi tinggi dikalangan peminat berlian. Tapi tahukah anda bagaimana ia bermula?.



Bermula dengan nama M.A Habib Mohamed, ia diasaskan pada 1958 oleh Tuan Haji Habib Mohamed di Pitt Street Pulau Pinang. Bermula sebagai satu perniagaan keluarga, Tuan Haji Habib Mohamed berjaya memikat hati para pelanggannya dengan sifatnya yang mendahulukan kehendak pelanggan. Beliau tidak mempunyai "role model" untuk dicontohi dalam perniagaan berlian pada ketika itu tetapi tekad beliau ialah menjaga kehendak dan hati pelanggannya yg dianggap sebagai asset penting dalam perniagaannya.

Dedikasi dan motivasi tinggi dalam dirinya untuk menghasilkan corak dan produk yg berkualiti tinggi akhirnya berjaya menambat hati ramai peminat berlian. Bermula di Pulau Pinang, pelanggannya sudah menjangkaui luar Pulau Pinang dan negeri-negeri di pantai timur semenanjung Malaysia. Langit tidak selalu cerah, pada era kejatuhan ekonomi pada 1980an, Tuan Haji Habib berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam perniagaan.

Beliau tetap percaya bahawa kualiti produk yg baik adalah asas untuk terus bertahan dalam perniagaan. Perniagaan Habib Jewel mendapat nafas baru apabila anak Tuan Haji habib Mohamed iaitu Meer Sadik mengambil alih perniagaan ini sebagai "Pengarah urusan". Dengan latar belakang sebagai gemologist daripada Gemological Institute of America dan ijazah dalam bidang perniagaan, Meer Sadik telah membawa Habib Jewel ke arena skala perniagaan yg lebih besar.



Sebagai contoh, beliau telah membuat kejutan dalam perniagaan berlian secara agresif apabila mengeluarkan iklan penuh warna satu muka dalam akhbar The Straits Times, Singapura sehari sebelum Festival Berlian (Jewel Fest) dibuka. Beliau juga memperkukuhkan nama Habib Jewel dengan menjalankan usahasama dengan Pengeluar berlian hiasan antarabangsa seperti koleksi Queen's Heart dan Heart on Fire dari Amerika Syarikat. Queens Heart dan Heart on Fire merupakan dua entiti perniagaan berlian antarabangsa yang menjalinkan kerjasama perniagaan dengan Habib Jewel. Ini memperkukuhkan lagi nama Habib Jewel dalam industri.

Kini, nama HABIB JEWEL tidak asing lagi bagi pencinta barang kemas, bermula dari kedai kecil di Penang, namanya kini gah seantara dunia. Semuanya bermula hanya dengan satu perkataan "DEDIKASI"

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan












Friday, February 11, 2011

JUTAWAN MALAYSIA : Datuk Haji Lambak Mohamad..Pengasas Kicap Kipas Udang..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini hari Jumaat, seperti biasa, masa rehat dan makan tengahhari yg lebih panjang dari biasa ini saya manafaatkan untuk makan tengahhari dikawasan berdekatan dengan mesjid dan menjadi rutin saya akan makan tengahhari di restoren kegemaran saya. Nasik campur di restoren tersebut memang "perghhh"...pendek kata, macam makan nasik kat rumah lauk dia...

Saya adalah pengemar kicap...nasik berlauk saya mesti saya sertakan dengan kicap kegemaran saya, Kicap apa lagi kalau bukan..cap cap cap...cap kipas udang..hehe..Teringat saya iklan kicap tersebut yg melekat disanubari rakyat Malaysia. Siapa yg tidak tahu jenama unggul kicap dari Malaysia ini.

Pengasas disebalik jenama kicap ini adalah Datuk Hj Lambak Mohamad. Beliau memulakan perniagaan beliau kira-kira 25 tahun yg dahulu apabila menubuhkan Zara Foof Industries secara kecil-kecilan dengan menyewa sebuah kilang dan memasarkan jenamanya kicapnya disekitar banda Johor Baharu..

Memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM40,000, beliau tidak menoleh kebelakang bagi memastikan jenama Kicap kipas udang meniti dibibir rakyat Malaysia. Kawalan kualiti product yg baik serta komitmen pekerja-pekerja syarikat beliau yg sama-sama berkongsi visi yg sama, beliau mencatat jualan bulanan sebanyak RM120,000 sebulan.

Beliau tidak kedekut untuk melabur kembali keuntungan syarikat kepada mempromosikan jenama beliau dan menambahbaikkan kualiti produk beliau. Beliau berani mengambil langkah drastik dan besar dalam mempromosikan jenama beliau di Television. Penambahbaikan juga dapat dilihat dari proses pembungkusan jenama kicap tersebut yg terdapat pada penutup botol kicap tersebut yg semakin moden dan selamat.

Kini, jualan bulanan Kicap kipas udang berjumlah RM6Juta sebulan dan merangkumi kepada kepelbagaian produk seperti sos,kaya dan lain-lain lagi. Jenama kipas udang ini juga telah melangkau jauh ke Asia Barat dan Negara-negara Asean. Dengan jualan syarikat mencecah RM82juta setahun, syarikat ini melangkah setapak lagi dengan penubuhan bangunan syarikat yg bernilai RM35juta di bandar perindustrian Larkin.

Kesungguhan untuk berkembang juga dapat dilihat dengan pelaburan RM10 juta dalam meningkatkan teknologi dalam penghasilan barangan pengguna selain makanan.Ini akan meliputi barangan pengguna seperti minuman isotonik,bahan pencuci pakaian dan ubat gigi.

Siapa sangka, hanya menjual kicap..syarikat ini sekarang bernilai puluhan JUtaaan ringgit...Yang penting, selagi ada keperluan dan kehendak, disitu ada peluang...


Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan












Saturday, December 11, 2010

JUTAWAN MALAYSIA : BUMIPUTERA TERKAYA DI MALAYSIA..TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY..


TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED

-Umur - 53 tahun
-Pendidikan - SPM
-Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
-Kekayaan -RM1,425 juta
-Ke 7 terkaya di Malaysia
-Ke 32 terkaya di Asia

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal।

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951। Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga। Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya। Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru। Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi। Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga। Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira। Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut। Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual। Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan। Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya। Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras। Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar।

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas। Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan। Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus। Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula। Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn। Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan। Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn। Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn। Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China। Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan। Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian। Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile। Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan। Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak। Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah। Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn। Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas।

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn। Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)। Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan। Manakala 18।7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.



Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban। Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan। Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004। Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta। Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7।75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan।

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah। Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1।67 bilion.

Info dari : www.iluvislam.com













Saturday, October 16, 2010

Berita Jutawan: Jakel...Gergasi industri tekstil


Empayar bermula dengan RM30
Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my
.
Mempunyai seramai 20 pereka, tidak mustahil sekiranya Jakel dilabelkan sebagi gedung tekstil terkemuka tanah air. Bangga dengan rekaan corak tersendiri, Jakel sering mendapat perhatian ramai khususnya menjelang musim perayaan.
.
"APA jua jenis perniagaan tentunya mempunyai masalah. Kalau tidak mahu ada masalah jangan sesekali melibatkan diri dalam perniagaan."
.
Itulah antara kata-kata semangat daripada arwah bapa yang dipegang oleh Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel dalam mengembangkan empayar perniagaan tekstil mereka.
.
Mengangkat intipati pesanan itu sebagai azimat niaga, ia nyata telah menjadi suntikan motivasi hingga terbinanya sebuah jenama gedung tekstil tersohor di Malaysia.
.
Merupakan anak kedua daripada 12 adik-beradik, Mohamed Faroz merupakan peneraju utama yang menaikkan nama Jakel sehingga ia dikenali umum.
.
Mengimbas kembali penubuhan Jakel sejak tahun 1985, perniagaan itu hanya beroperasi di sebuah premis yang kecil di Muar, Johor.
.
Hanya berbekalkan modal RM30 dan dua tenaga kerja, Jakel menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dan runcit tanpa membayangkan keuntungan besar.
.
Tahun demi tahun mereka berniaga untuk survival masa hadapan. Perkembangan skala operasi dan jaringan bisnes tidak sekali-kali mengubah prinsip asas mereka iaitu untuk menjual jenis fabrik yang mampu dimiliki oleh semua golongan.
.
Cabaran membina nama
.
Bagaimanapun, apabila melihat kejayaan Jakel yang berdiri teguh pada hari ini selepas tempoh lebih 25 tahun, bukan sedikit liku dan cerita jatuh bangun yang didepani syarikat itu.
.
"Perasaan hasad dengki dalam persaingan dunia niaga memang menuntut kesabaran yang tinggi. Sebenarnya ia merupakan perkara biasa dalam bisnes. Apabila perniagaan kita nampak maju sedikit, mulalah orang hendak menjatuhkan kita," katanya.
.
Menurut Mohamed Faroz, pernah ada pihak yang menyebarkan fitnah kononnya kain yang mereka jual tidak bermutu tinggi dan berharga mahal.
.
"Malah, tanggapan itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Apatah lagi, perniagaan fabrik kini mempunyai saingan amat sengit," ulasnya ketika ditemui Stailo di Wisma Jakel, Jalan Masjid India baru-baru ini.
.
Tidak cukup dengan itu, ketika negara mengalami krisis ekonomi pada tahun 1996, Jakel turut menerima tempiasnya. Tetapi disebabkan Jakel mempunyai strategi perniagaan yang baik, keadaan itu tidak terlalu menjejaskan kedudukan operasi Jakel.
.
Siapa sangka ketika banyak syarikat bergelut dengan iklim ekonomi sekitar tahun 1997, Jakel dilimpahi rezeki apabila mampu membesarkan ruang niaga dengan membeli panggung wayang Rex untuk dijadikan stor dan jualan runcit di Segamat, Johor.
.
Menyentuh mengenai cawangan syarikat yang kini sudah mencecah sebanyak 18 buah, Mohamed Faroz memberitahu, ilham tersebut bermula pada tahun 2000.
.
Ketika berada di Segamat, boleh dikatakan setiap hari Jakel menerima kunjungan lawatan daripada pembeli yang mana kebanyakannya dari luar Johor. Dari situ terdetik untuk memperbanyakkan lagi cawangan di kota-kota lain di seluruh negara.
.
Premis yang terletak di Kuala Lumpur sebenarnya mula ditubuhkan pada tahun 2008. Ternyata usaha melebarkan sayap ke ibu negara membuahkan hasil yang lebih lumayan buat Jakel.
.
Ini kerana nama Jakel bukan hanya menjadi sebutan para pelanggan golongan biasa. Bahkan, ia turut dipilih sebagai gedung tekstil kegemaran golongan ternama dan pereka fesyen tanah air.
.
Apa yang membuatkan Jakel mudah diterima ramai kerana konsep mesra pelanggan yang diterapkan syarikat itu amat berkesan.
"Kita tidak memilih pangkat pembeli. Kalau mereka datang beli di sini, layanan yang diberikan sama sahaja iaitu seorang pembeli akan dikendalikan oleh seorang jurujual.
.
"Bermula dari pemilihan dan potongan fabrik semuanya akan dibantu oleh jurujual yang sama," terangnya yang kini sudah tujuh tahun menerajui perniagaan tekstil Jakel.
.
Hari ini, Jakel muncul sebagai syarikat pengimport dan penjual utama produk tekstil untuk pasaran tempatan dan luar negara.
.
Kejayaan besar Jakel apabila syarikat itu mendapat hak eksklusif menjual jenama-jenama kain terkenal, termasuk Valentino, Pierre Cardin, Roberto Cavalli dan Emanuel Ungaro.
.
Bagi himpunan yang tidak terlalu mahal, pelanggan boleh memilih seleksi fabrik seperti sutera Korea, sutera sulaman Thai, sifon bermanik dan bermacam-macam lagi.
.
Melewati usia 25 tahun, kejayaan Jakel dilihat semakin menyinar di persada tekstil negara apabila membuka cawangan baru di Seksyen 7, Shah Alam pada 25 April ini.
.
Gedung seluas 7,432 meter persegi itu memenuhi permintaan pelanggan yang tidak memerlukan orang ramai berkunjung ke tempat lain untuk mendapatkan fabrik.
.
Jelasnya, bangunan setinggi enam tingkat itu akan dimuatkan dengan pelbagai jenis fabrik yang sesuai dijadikan baju tradisional atau pengantin. Malah, butik terkenal Arianni turut diletakkan di dalam gedung yang sama bagi penggemar dan pemakai tudung.
.
"Shah Alam dipilih sebagai lokasi gudang terbesar kerana ia memberi kemudahan kepada pelanggan yang tinggal berdekatan kawasan sekitarnya termasuk dari Subang Jaya, Damansara, Klang atau Puchong.
.
"Jadi, mereka tidak perlu bersusah payah untuk datang ke cawangan Kuala Lumpur. Kami juga menyediakan ruang parkir yang luas demi memberi keselesaan kepada pengunjung," katanya yang kini perlu mengendalikan seramai 4,000 kakitangan.
.
Selain itu, Jakel turut tidak melepaskan peluang membantu peniaga Bumiputera dengan menyediakan kemudahan francais. Menariknya, francais yang diberikan itu bukannya meletakkan label nama Jakel, sebaliknya pemilik kedai tersebut boleh menggunakan pilihan nama sendiri.
.
"Nama Jakel hanya tertera kecil di bawah nama kedai tersebut. Walaupun kedai itu bukannya nama Jakel tetapi barangan yang dijual merupakan 100 peratus dari gedung kami.
.
"Sehingga kini kita mempunyai 14 francais yang mana antaranya terdapat di Pahang, Kelantan dan Kedah," terangnya.
.
Rai pelanggan
.
Dalam pada itu, sempena ulang tahun Jakel ke-25 yang hanya diraikan sekali setahun, gedung ternama tersebut mengadakan promosi hebat untuk menghargai pelanggan mereka yang setia memberi sokongan.
.
Bermula 26 Mac hingga 18 April ini, orang ramai boleh mendapatkan habuan menarik apabila membeli-belah di Jakel kerana setiap pembelian akan menerima ganjaran istimewa.
.
Hadiah tersebut bukan hanya untuk pembeli bertuah, tetapi semua pelanggan boleh menikmati promosi tersebut apabila setiap pembelian RM250 ke atas akan mendapat hadiah fabrik bernilai RM50.
.
PARA peserta pertandingan Miss World Tourism 2009 turut mengunjungi Jakel.
Sementara itu, bagi yang meniti detik menjadi raja sehari, pembelian set pakaian pengantin renda Perancis yang berharga RM259 bakal menerima hadiah kain songket bernilai RM100.
.
"Bukan setakat fabrik untuk pakaian, mereka yang membeli langsir berukuran 10 meter bakal dihadiahkan dengan tambahan langsir berukuran lima meter.
.
"Tawaran yang disediakan ini memang menguntungkan apatah lagi ia bukannya terhad kepada bilangan pelanggan tertentu yang ke gedung kami," katanya.
.
sumber: kosmo!

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan bin Saaid Ramdzan











Tuesday, August 24, 2010

JUTAWAN MALAYSIA : JUTAWAN ADIK BERADIK...KRU..Norman,Yusry dan Edry..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan salam ramadhan pada semua, moga pada bulan yg mulia ini, kita diberkati dengan limpahan pahala yg mencurah-curah. Kelmarin saya ke area hulu klang kerana ada sedikit urusan..ada kelas takaful sebenarnya. Dalam perjalanan ke selayang selepas kelas tersebut, saya dikejutkan dengan deruman enjin sebuah kereta mewah dibelakang saya..tengok punya tengok..perghhh...lambogini rupa-rupanya...Bercerita tentang lambogini, saya teringat ada rakan mengatakan Yusry KRU dah pakai kereta lambogini...Memang layaklah beliau memandu kereta tersebut memandangkan kejayaan KRU yg tidak dapat kita nafikan lagi.

Bercerita tentang kejayaan KRU. Ia hanya bermula daripada sebuah kumpulan rap suatu masa dulu, Kisah kejayaan mereka memang sangat mengujakan. KRU ditubuhkan oleh Norman,Yusry dan Edry diusia mereka sangat muda. Dengan minat dan kelebihan dalam bidang musik maka tertubuhlah KRU. Memandangkan masa remaja mereka yg banyak dihabiskan di London, mereka lebih terdedah kepada industri musik disana yang lebih berkembang berbanding Malaysia yg pada waktu itu dimana Malaysia hanya tertumpu pada lagu rock dan jiwang karat.

Ramai yg tidak tahu bahawa lagu "MERAH KUNING" yg merupakan lagu wajib dimainkan di stadium shah alam setiap kali pasukan bola sepak selangor beraksi merupakan lagu ciptaan mereka. Lagu ini dicipta pada tahun 1991 kerana mereka bertiga amat meminati pasukan Selangor.

Bakat dalam penciptaan lagu dalam diri mereka semakin dikesan oleh pihak EMI kerana banyak lagu-lagu ciptaan mereka yg menjadi hit seperti Hanya Kau’, ‘Perception of Love’ hingga ‘Generasiku’. KRU semakin mengorak langkah dalam bidang perniagaan apabila mengembangkan perniagaan mereka dalam bidang pengiklanan,komunikasi,pengurusan acara, dan rancangan television.

Kejayaan sekitar tahun 1997-2004 disusuli oleh KRU dalam bidang yg berkaitan dengan digital media dan hiburan. Mereka semakin dikenali sebagai syarikat MSC dan disenaraikan sebagai "public listed company".Mereka kini bukan sahaja tertumpu dalam bidang musik,tetapi perfileman,dan segala yg berkaitan hiburan. KRU studios adalah bukti kesunggukan dan kejayaan mereka. Perniagaan mereka juga berkembang keseluruh dunia dengan penubuhan syarikat mereka diluar negara seperti

- KRU Singapore Pte. Ltd. (March 21, 2006)
• KRU Hong Kong Limited (July 17, 2007)
• PT KRU Indonesia (September 28, 2007)
• KRU Europe Limited (April 7, 2008)
• KRU Studios LLC (September 22, 2008)

Kejayaan 3 anak muda ini membuktikan bahawa kita mampu berjaya walaupun berniaga dikalangan adik beradik. Mereka jelas tentang matlamat,kemampuan dan kelebihan yg ada dalam diri masing-masing.

Semoga kisah ini akan menjadi dorongan untuk kita berjaya pada masa akan datang.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan










Thursday, May 27, 2010

JUTAWAN MALAYSIA : Jutawan penternak RUSA.. Mohamad Akbar



Rusa lubuk emas Mohamad
Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my
2010/02/28

DENGAN mengenakan jeans dan kemeja lusuh di samping topi ala koboi yang tidak pernah lekang di kepalanya, Mohamed Akbar, 50, pastinya kelihatan seperti lelaki biasa di kalangan individu yang baru pertama kali terserempak atau bersua dengannya.
Namun, siapa sangka di sebalik penampilan biasa lelaki ini yang mudah mesra dengan sesiapa saja, dia yang lebih dikenali dengan panggilan Haji Mat antara penternak rusa bertaraf jutawan.

Boleh dikatakan, projek ternakan diusahakannya antara projek Bumiputera paling besar dan berjaya di negara ini.

Mohamad yang juga pemilik D'Paradise Deer Valley and Exotic Farm (D'Paradise) di Bukit Beruntung, Selangor berkata, penampilannya memang sebati dengan dirinya yang dibesarkan dalam kehidupan susah.

Ini terutama apabila mengenangkan kembali saat kecil bersama ibu bapa yang melakukan kerja pertanian dan memelihara lembu sebagai punca pendapatan.

Selepas menamatkan pelajaran di tingkatan lima, Mohamed mula belajar berdikari dengan bekerja sebagai tukang kasut.

"Jika iimbas semula kisah hidup ini, saya memang bukan berasal daripada keluarga senang, malah pendidikan yang saya terima juga tidak sampai ke menara gading.

"Sejak tamat persekolahan, pekerjaan pertama yang saya lakukan sendiri ialah menjadi tukang kasut dan faham-faham sajalah, hasil daripada kerja itu tidaklah lumayan," katanya.

Menceritakan bagaimana dia boleh berkecimpung dalam bidang penternakan rusa yang pastinya asing bagi rakyat di negara ini, Mohamad berkata, segala-galanya bermula 10 tahun lalu apabila dia mula membeli sebanyak 20 rusa baka Timorensis yang diimport dari Australia.

Pada waktu itu dia sudah empat tahun menjalankan penternakan lembu dan kambing sebaik berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1996.

Namun, Mohamed mendapati ternakan rusa yang baru cuba disertainya pada waktu itu menunjukkan peningkatan lebih memberangsangkan berbanding ternakan lembu dan kambing yang lebih rumit untuk diuruskan.

"Ketika saya berjinak-jinak dalam ternakan lembu dan kambing, memang boleh dikatakan ternakan yang saya usahakan itu berjaya, tetapi yang membuatkan saya berubah fikiran dan beralih kepada ternakan rusa adalah selepas mendapati rusa yang saya baru beli itu tidak memerlukan perbelanjaan besar.

"Penternakan rusa mampu menghasilkan kadar pulangan lebih cepat tanpa perlu menjual dagingnya seperti lembu atau kambing," kata Mohamed.

Membuatkan dia lebih tertarik mengenai rusa adalah kerana tempoh matang haiwan berkenaan lebih cepat berbanding ternakan lain iaitu hanya dalam masa 18 bulan.

Katanya, dalam tempoh itu rusa betina mampu bunting manakala rusa jantan pula mula mengeluarkan tanduk atau lebih dikenali sebagai velvet, sekali gus membantu pengeluaran hasilnya.

"Ini yang ramai orang tidak tahu mengenai rusa. Kebanyakan orang menganggap rusa sebagai liar dan sukar diternak, tetapi haiwan ini sebenarnya lebih jinak dan sangat sukar mengamuk berbanding lembu atau kambing.

"Lebih istimewa lagi, tanduk yang tumbuh pada rusa jantan boleh dibuat ubat dan jika dijual, harganya saja boleh mencecah hingga RM1,000 sekilogram tanpa perlu mengorbankan rusa berkenaan," katanya.

Selepas tujuh tahun melihat potensi ternakan itu, Mohamed nekad menjual semua ternakan lembu serta kambing yang diusahakannya dan beralih terus kepada penternakan rusa tanpa mahu menoleh ke belakang.

Sehingga kini dia mampu tersenyum bangga apabila baka rusa Timorensis yang dulunya berjumlah 20 ekor kini bertambah sehingga 1,500 ekor membabitkan 600 ekor induk betina dan 300 induk jantan.

Sementara itu, bakinya membabitkan 300 anak rusa Timorensis jantan dan 300 betina.

Selain baka itu, Mohamed mempunyai empat baka rusa berlainan membabitkan baka rusa tempatan dikenali sebagai Sambar sebanyak 70 ekor, Axis-axis iaitu baka rusa dari India, serta dua baka rusa dari Amerika Syarikat iaitu Fellow dan Nilgai

Dengan jumlah rusa melebihi 1,500 ekor, dia berkata, kadar pulangan daripada tanduk rusa yang dijual, termasuk daging, mampu mencecah hingga RM500,000 setahun.

Mohamed berkata, semua bahagian rusa sememangnya boleh menjadi sumber pendapatan utama bagi penternak haiwan berkenaan. Selain tanduknya yang berharga, kulit serta tengkoraknya mempunyai nilai di pasaran.

"Dagingnya kalau dijual kebiasaannya mencecah hingga RM80 sekilogram, manakala kulitnya pula mencecah hingga RM500 sekilogram. Tengkorak kepalanya berharga kerana ia selalu dijual dengan kadar harga RM800 setiap satu sebagai perhiasan," katanya.

Menurutnya, faktor kawasan menjadikan rusa mudah diternak serta dibiakkan berikutan tidak memerlukan kawasan besar.

Katanya, haiwan berkenaan boleh dibiakkan cukup sekadar dengan meletakkannya di kawasan untuk memudahkan bergerak, sekali gus menyenangkan kerja memberi makanan.










Sunday, February 28, 2010

JUTAWAN MALAYSIA : Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin...Pengasas NAZA Groups.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ini hari ahad..ramai diantara kita mengambil kesempatan ini untuk berehat sebelum memulakan hari pada minggu baru untuk kembali bekerja. Begitu juga dengan saya. Dikesempatan ini juga saya mengambil peluang untuk keluar membayar bil telefon celcom saya yg tertunggak...Lokasi yg paling hampir adalah Celcom centre di TTDI..

Selalu juga saya kemari untuk membayar bil..tetapi dikesempatan ini juga saya mengambil peluang untuk melihat show room kereta-kereta mewah di NAZA yg hanya behampiran saja dari celcom centre tersebut..Bukan nak beli kereta, saya nak melihat-lihat untuk motivasi diri sendiri..hehe

NAZA memang satu nama besar dalam industri permotoran negara. Kumpulan Naza kini ada 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air. Kumpulan Naza juga kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk kenderaan Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz yang terbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus. Hebat bukan....

Siapa pengasas Kumpulan NAZA? Pastinya anda mengenali Allayarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin. Seorang usahawan bumiputera yg unggul dalam kelasnya yg tersendiri. Beliau yg memulakan perniagaan pada usia seawal 21tahun pada tahun 1974 ini merupakan seorang bekas pelajar di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah Negeri Sembilan.

Mengikut info yg saya perolehi, bapanya seorang kontraktor dan beliau telah bekerja dan membantu bapanya dalam perniagaan seawal usia 16 tahun lagi. Hasil daripada sikap berjimat dan menabung, beliau berjaya menyimpan wang sebanyak RM80,000 dan lantas memulakan perniagaan beliau sendiri.

Memandangkan kecenderungan dan minat beliau kepada kereta dan industri automobil. Beliau bercadang untuk membawa kereta terpakai daripada Jepun. Tanpa bertangguh, dengan bermodalkan RM80,000, beliau memohon 20 AP dan berangkat ke negara matahari terbit dan menetap selama 3 bulan disana. Sekembalinya beliau daripada Jepun, beliau juga membawa pulang 20 kereta terpakai Jepun dan terus melakukan aktiviti pemasaran bagi memastikan kereta beliau terjual. Dalam masa 3 bulan, beliau berjaya menjual kesemua kereta tersebut.

Memulakan operasi di kedai beliau di Taman Maluri, beliau melangkah lebih jauh dengan membuka cawangan di Kg baru pada tahun 1979 dan mensasarkan jualan sehingga 40-60 biji kereta sebulan. Beliau berjaya melakukannya dan perniagaan beliau semakin berkembang sehingga kini.

Reputasi beliau sebagai seorang usahawan unggul tidak dapat dinafikan. Beliau sentiasa memanafaatkan peluang dan mengembangkan perniagaan beliau dari masa ke semasa. Antara tips kejayaan yg sempat beliau kongsi adalah sikap berjimat cermat dan sentiasa menyimpan keuntungan beliau untuk dilaburkan kembali supaya proses mengembangkan perniagaan beliau dapat dilaksanakan dengan jaya.

Sebagai usahawan, kita perlu ada jati diri untuk sentiasa memikirkan masa hadapan. Setiap keuntungan perlu kita kawal dan hargai. Setiap perniagaan ada turun naik dan kebijaksanaan kita mengawalnya adalah tunjang kejayaan perniagaan kita.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan










Monday, September 14, 2009

JUTAWAN MALAYSIA : Dato Wan Mohd Sani...pencetus SANI EXPRESS


Rakan karib inspirasi Sani
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my

PADA usia 33 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.

Memang selayaknya anak muda itu digelar jutawan, tetapi dalam pertemuan baru-baru ini, beliau lebih gemar merendah diri dan mengatakan apa dimilikinya hari ini adalah rezeki diberi Allah SWT.

“Saya berusaha keras untuk capai kejayaan seperti hari ini. Namun, ketentuannya adalah daripada Allah SWT,” kata anak muda itu.

Anak muda yang dimaksudkan adalah Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (SUSB), Datuk Wan Mohammad Sani Salleh, 33. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi sebutan.

Namanya harum kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa tidak pernah mendengar nama Sani Express.

Destinasi ke ‘Pantai Timur’ sudah ditawan dan kini semakin ligat meneroka destinasi ke Alor Setar di utara.

Lebih mengagumkan, bermula bulan ini 25 bas dimiliki, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.

Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.

“Biasalah... dulu saya seperti ‘main-main’. Masuk industri hiburan, jadi model, penyanyi dan pelakon sehingga lama kelamaan saya sedar sampai bila saya harus begitu.

“Ketika itu hidup sekadar untuk cari makan dan hiburkan diri sendiri. Bukan saya kata bidang hiburan tak menjanjikan kejayaan, tetapi biasanya sukar untuk cemerlang dalam bidang itu,” katanya ketika ditemui di Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral, Klang bersama rakan karibnya, Pengarah Urusan Federal Malay Holding Sdn Bhd, Datuk Sharifuddin Musa.

Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, Sani mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu.

Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan.

“Melihat rakan yang berjaya, terutama Datuk Din (Datuk Sharifuddin), saya berasa ketinggalan. Dulu dia pernah bersama-sama saya menjadi model, tetapi dia meninggalkan bidang itu terlebih dulu untuk berniaga sehingga berjaya.

“Pada masa sama saya sedar, umur semakin meningkat dan yang boleh merubah keadaan saya ketika itu hanya diri saya sendiri,” katanya yang pernah menganggotai kumpulan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusof.

Beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.

Katanya, beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya.

“Ketika zaman sekolah, saya bersekolah di Kuala Terengganu dan keluarga pula di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Apabila berpeluang pulang ke Kuala Lumpur saya memilih bas sebagai pengangkutan.

“Boleh dikatakan rutin saya ketika bercuti hanya menaiki bas dan tidur di atas bas. Jika ada cuti sehari sekalipun, malam saya naik bas ke Kuala Lumpur dan pada malam keesokan harinya saya pulang ke Kuala Terengganu,” katanya.

Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat.

Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu.

“Ketika itu saya bersama dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri, menyebabkan saya terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir,” katanya.

Beliau terpaksa berhati-hati kerana sebarang keputusan dibuat adalah tanpa dirujuk kepada sesiapa.

“Ketika ada dua rakan kongsi itu, saya boleh merujuk kepada mereka, tetapi apabila seorang diri, saya perlu membuat keputusan sendiri.

“Jika tersilap membuat keputusan, memang saya akan jatuh. Justeru sebelum membuat keputusan, saya fikir 10 kali,” katanya.

Sani berkata, ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.

Katanya, beliau menanggung risiko besar kerana pinjaman yang dibuat, tetapi beliau berani dan yakin dengan apa yang dibuat.

“Bayangkan jika apa yang saya buat tidak menjadi. Bagaimana saya dapat melunaskan pinjaman dalam jumlah besar itu?

“Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,” katanya.

Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.

Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.

Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.

Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.

Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.

“Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.

“Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,” katanya.

Statusnya sebagai orang bujang juga banyak memberi kelebihan kepadanya.

Beliau belum berkeluarga dan mampu memberi tumpuan 100 peratus kepada perniagaan.

“Setakat bekerja keras dari siang hingga tengah malam, ia ibarat alah bisa tegal biasa,” katanya yang menganggap pengalaman menjadikan bas ekspres sebagai pengangkutan utamanya dulu turut menjadi faktor kejayaannya.

“Dari dulu saya guna pengangkutan awam (bas ekspres), jadi saya tahu apa yang pelanggan nak dan saya gunakan pengalaman itu ketika menguruskan Sani Express.

“Selain itu saya mengambil berat setiap jawatan yang ada di syarikat ini, daripada kerani kaunter hinggalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Ini kerana jika satu saja jawatan tidak berfungsi dengan baik, operasi syarikat akan terganggu,” katanya yang mesra dengan kakitangannya.

Sani berkata, tanpa keberkatan dan doa juga, tidak mungkin beliau berjaya.

“Apa jua perkara yang kita lakukan, kita kena berpegang kepada agama. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

“Doa juga penting dan dalam hal ini ibu saya Sharifah Aini Syed Ibrahim Jamalulai sering mendoakan saya, begitu juga ayah saya. Kita juga perlu ingat kepada orang yang pernah membantu kita,” katanya.

>Profil

NAMA: Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

USIA: 33 tahun

LAHIR: 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu

ADIK BERADIK: Keempat daripada enam beradik

PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)

JAWATAN: Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).

PENCAPAIAN: Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)

P/S : Sifat cemburu kepada kejayaan rakannya telah menjadikan Dato Wan Mohd Sani berusaha gigih dan bersungguh-sungguh utk berjaya, rakan baik beliau juga yg sentiasa terbuka utk membantu dan membimbing beliau juga wajar kita contohi. Sesungguhnya sifat kikir utk berkongsi ilmu dan busuk hati tidak wajar ada pada setiap individu yg hendak berjaya. Diharap perkongsian cerita pada kali ini dapat memberi manafaat pada kita semua

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan










Saturday, September 5, 2009

JUTAWAN MALAYSIA : RAJA KURMA Yusuf Taiyoob!


myMetro » Ekspresi
Karisma: Yusuf Raja Kurma

Oleh BADRILA JAMLUS
am@hmetro.com.my

“INI adalah pencapaian saya selepas 30 tahun bergelumang dalam perniagaan, apatah lagi saya bermula dari zero (kosong),” kata Datuk Yusuf Taiyoob secara ringkas sebaik saja beliau mempelawa wartawan dan jurugambar Metro Ahad memasuki ruang pejabat barunya di kawasan perindustrian Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang.

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.

Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.

Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.


Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.

“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga.

“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Yusuf yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 50 tahun berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.

Beliau kemudian mencari bentuk perniagaan baru, walaupun menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara ini.

Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.

Yang penting, menurut Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.

“Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri,” katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan.

Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya.

Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.

Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan barangan.

Syarikat itu ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kira-kira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.

Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.

Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik.

Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.

“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.

Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.

Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.

“Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.

Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.

Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.

“Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.


PROFIL
NAMA: Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN:Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
UMUR: 50 tahun
ISTERI: Datin Yusnita Ramli
ANAK: Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan