Showing posts with label BERITA JUTAWAN. Show all posts
Showing posts with label BERITA JUTAWAN. Show all posts

Friday, August 24, 2012

JUTAWAN DUNIA : KISAH KEINSAFAN: Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’

SUMBER DARI http://mynewshub.my

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.
Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.
Temubual:
Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” – Mynewshub.my

Tuesday, October 25, 2011

BERITA JUTAWAN : SEMINAR PELABURAN EMAS




PENDAFTARAN UNTUK SEMINAR PELABURAN EMAS DIBUKA KEMBALI UTK SESI KEDUA.

IQRAQ management training and consultancy dengan kerja sama rangkaian EMAS4ALL ingin menjemput sesiapa sahaja yg ingin menyertai seminar pelaburan EMAS.

Seperti yg kita sedia maklum,emas kini menjadi bualan ramai pihak memandangkan kenaikkan harga yg mendadak dalam tempuh 10 tahun. Siapa sangka EMAS yg dahulunya hanya dikenali sebagai barang perhiasan wanita kini mampu menjadi platform pelaburan yg menjana keuntungan 30-40% setahun. Atas sebab itu juga banyak pelaburan-pelaburan skim cepat kaya dan scam menggunakan nama EMAS sebagai platform pelaburan mereka. RAMAI YG DAH TERJERAT !!!.

Atas inisiatif ini IQRAQ dan EMAS4all mengadakan seminar terbuka kepada sesiapa sahaja yg ingin mendalami ilmu tentang EMAS. Seminar ini tiada kaitan dengan mana-mana syarikat pengeluar emas dan anda sendiri akan dibekalkan ilmu untuk menjadi pelabur berilmu dan bijak. Walaupun anda masih mentah,keliru dan kurang faham, seminar ini akan membimbing anda. (yg dah expert tak payah la join). Anda tidak akan terikat dengan mana-mana syarikat ataupun skim jika menyertai seminar ini.

Anda akan dibekalkan ilmu :

1) Pengenalan EMAS ( sejarah,Jenis,sifat,sumber,ukuran timbang emas,kaedah menentukan ketulenan emas)

2) Bentuk Pelaburan EMAS (penentuan dan rujukan harga,senarai pembekal-pembekal emas,bentuk pelaburan EMAS yg sah,strategi dan perancangan pelaburan)

3)Skill dan teknik asas Pelaburan dan Perniagaan EMAS (pengurusan risiko pelaburan emas,strategi mengurus stok,skill menambat inflasi menggunakan EMAS,analisa mudah melihat trend harga EMAS, Teknik gadaian Arrahnu bagi tujuan persaraan,pendidikan,hutang rumah@kenderaan, dan skill membina asset lain daripada EMAS)

Sesiapa sahaja yg menyertai Seminar ini akan terus dipelawa menjadi usahawan EMAS yg diberikan harga diskaun 10%-12% bagi produk-produk EMAS seperti rantai leher,gelang,syiling,gold bar dan sebagainya.


Seminar akan diadakan di Kajang, Pusat Tusyen Gemilang (berhadapan MetroPoint,sebaris restoren Ayza) pada 30/10/2011 jam 10 pagi-1230. yuran seminar adalah RM40.00 sahaja. (hanya maksimum 15 tempat sahaja disediakan).

Sila Hubungi :

HAIZAL 0193555388
Hafizul Zamanl 0193851624








Tuesday, October 18, 2011

INFO JUTAWAN : 3 strategi perniagaan Steve Jobs


Artikel ini dari sumber http://www.irfankhairi.com

Baru-baru ini pastinya anda juga telah ketahui pengasas Apple, ikon usahawan Steve Jobs telah meninggal dunia. Sebagai ikon usahawan dan inspirasi kepada ramai generasi usahawan kini, Steve Jobs telah meninggalkan berbagai teknik dan strategi perniagaan. Antara 3 strategi perniagaan Steve Jobs…


Fikir berbeza
Slogan Apple satu masa dulu adalah “Think Different”. Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat.
Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.

Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!

Komunikasi dalam perniagaan
Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya.
Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.

Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara meneyluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!

Keep it simple
Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan ’simplicity’ dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!
Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan - jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep ’simple’, dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek.

Mudah idea -idea ini dapat membantu anda dalam perniagaan anda.

ARTIKEL INI diperolehi daripada http://www.irfankhairi.com laman yg penuh dengan motivasi dan info perniagaan.












Sunday, October 9, 2011

BERITA JUTAWAN : Empayar tauke lembu



Dari arkib Berita Harian Online.
Oleh Nurul Farina Nazlan
nfarina@bharian.com.my
2011/10/01

Pernah ambil upah RM220 sebulan, sekarang jadi idola peneroka

RAUT wajahnya yang tegas dan tampak sombong membuatkan kami berfikir dua kali untuk menemuramah individu digelar 'Jutawan Felda' oleh majoriti masyarakat Felda Umas di Tawau, Sabah, ini. Namun, sebaik beliau mula berbicara, hilang segala prasangka awal yang bermain di fikiran.

Personaliti pilihan sisipan Inspirasi minggu ini, Amarullah Sudin, 53, penuh sifat dedikasi serta merendah diri yang amat disenangi oleh masyarakat Felda Umas. Biarpun mendiami banglo yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta serta dilimpahi nikmat hasil perahan keringat, Amarullah tidak pernah bersikap ‘hidung tinggi’.

Menyimpul kejayaan diraihnya selama ini sebagai petani moden, ternyata isteri tercinta, Muniati Asnawir, 45, menjadi tulang belakang kepada kejayaannya dalam bidang pertanian, penternakan dan pembinaan.

Berkongsi cerita, Amarullah, Muniati bagi dirinya adalah perancang kewangan dan ekonomi terbaik untuk keluarga hingga membolehkan beliau berjaya sejak mula menjadi peneroka pada 1990. Isterinya menguruskan segala hal kewangan serta menggalakkan mereka berjimat-cermat dengan membeli mengikut keperluan bukan keinginan.

Besar pengaruh isterinya hingga Amarullah terkenang insiden kehilangan lima ekor lembu ketika mula berjinak-jinak menjadi penternak pada 2000. Kejadian itu menimbulkan kemarahan Muniati lalu mendorong Amarullah berusaha mengganti semula lembu yang hilang.

“Jika diingatkan memang ia satu peristiwa sedih. Namun, menjadi lucu kerana saya terpaksa berbohong dengan isteri dan memberitahu lembu yang hilang sudah ditemui semula. “Sedangkan, saya terpaksa membeli lima ekor lembu baru untuk menggantikan yang hilang itu. Namun, saya tidak pernah menyalahkan isteri atas kemarahannya itu kerana isteri risau saya tidak ada pengetahuan dalam bidang penternakan.



“Selepas peristiwa itu, saya terus mengikuti kursus penternakan lembu di Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH). Saya mula bertatih dan sekarang, bilangan lembu yang diternak mencapai 500 ekor. Saya juga ada 170 ekor kerbau yang dipasarkan di Sarawak termasuk Indonesia,” katanya ketika ditemui di kediamannya sempena Karnival Iktiraf Media anjuran Felda, baru-baru ini.

Amarullah berkata, keikhlasan ketika melaksanakan tanggungjawab serta disiplin yang tinggi amat penting untuk mencapai kejayaan malah menjadi pegangannya selama ini.

“Rutin harian saya bermula awal pagi untuk memastikan lembu saya berada di kawasan ladang bagi meragut rumput. Ini kerana saya sudah mengikat kontrak dengan pihak Felda untuk menjalankan kerja pembersihan kawasan menggunakan haiwan ternakan saya mengikut blok yang ditetapkan.

“Saya tidak menetapkan tempoh masa bekerja kerana ada kalanya masalah datang secara mengejut seperti lembu hilang pada waktu tengah malam. Ketegasan memang ada, bahkan anak kedua saya, Mohamad Iswan yang membantu saya turut dilayan seperti pekerja lain untuk memberikan pengalaman dan pendedahan kepada beliau,” katanya.

Menjengah kediaman mewah bernilai lebih RM1 juta milik Amarullah, hati kagum memikirkan betapa gigihnya bapa kepada sembilan anak ini mengubah taraf hidup. Kesusahan yang pernah dirasai sebelum ini tidak pernah menjadi halangan untuk dirinya mencipta kejayaan. Usaha dan semangat juang yang kental dalam diri Amarullah dan anggota keluarga yang tidak pernah berputus asa memajukan diri, menjadi kunci kepada kejayaan seisi keluarga.



Tambah menarik, kediaman keluarga Amarullah dibina sendiri melalui rekaan yang diilhamkan anak sulungnya, Abdul Ghafar, 26, yang kini bertugas sebagai jurutera di Lembaga Letrik Sabah.

Jika berkunjung ke Felda Umas, kisah kejayaan hidup Amarullah tidak pernah lekang meniti di bibir penduduk kampung. Kediamannya yang tersergam menjadi lambang kebanggaan dan bukti bahawa peneroka dan petani juga mampu hidup mewah.

“Saya berpegang kepada prinsip mengekalkan apa yang ada serta tidak meninggikan diri. Ini kerana di tanah rancangan ini, semuanya umpama satu keluarga. Saya bermula dengan susah apabila menerima gaji sebanyak RM220 sebulan, namun bersyukur apabila pendapatan kian meningkat.

“Semua ini atas dorongan kuat serta semangat isteri yang tidak pernah berbelah-bahagi menyokong apa yang saya lakukan. Setiap perolehan hasil yang saya dapat akan saya serahkan 100 peratus kepada isteri saya untuk diurus dan diagihkan mengikut kepentingan,” jelasnya.

Muniati pula menegaskan, kelebihan dan kesenangan yang dimiliki mereka berpunca sikap saling mempercayai serta memekakkan telinga atas tohmahan orang lain. Beliau yakin suaminya itu selalu melakukan yang terbaik untuk meningkatkan taraf hidup.

“Saya tidak pernah peduli dengan apa orang kata termasuk digelar ‘queen control’. Ini kerana apa yang lebih penting ialah masa depan kami terutama anak yang makin membesar. Saya juga hanya membeli barangan perlu saja kerana tidak mahu membazir dengan benda yang tidak sepatutnya dimiliki.

“Mungkin bagi sesetengah orang menganggap saya kolot dan kedekut hanya tidak memiliki barangan jenama. Tetapi, saya tahu apa yang saya inginkan dalam kehidupan. Titik peluh suami yang bersusah payah mencari rezeki harus difikirkan bukannya berbelanja secara melulu kerana saya fikir mengenai masalah mendatang jika wang tidak diurus dengan baik,” katanya.

Atas usaha dan kegigihan dirinya, Amarullah dinobat sebagai penerima Anugerah Usahawan Tani Felda 2010 Peringkat Kebangsaan yang melayakkan beliau menggondol wang tunai RM16,000 serta menjadi idola masyarakat.

“Saya yakin generasi kedua Felda juga mampu mencapai kejayaan sekiranya mereka yakin pada diri sendiri dan tidak mudah berputus asa. Semua orang mampu memiliki apa yang mereka impikan jika berusaha mencapainya dengan bersungguh-sungguh serta jujur dalam pekerjaan yang dilakukan.

“Bagi saya, kejayaan ini adalah dorongan keluarga, masyarakat Felda Umas serta pengurusan Felda yang tidak jemu membantu peneroka untuk menaikkan taraf kehidupan kami melalui pelbagai intensif,” katanya.

Sambung legasi ayah

RIAK tenang anak muda berusia 24 tahun ini menggamit hati penulis untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Ini kerana sikap gigih membantu bapa tersayang di ladang ternakan dan tapak projek pembinaan tanpa rasa jemu atau berputus asa.

Mohd Iswan Amarullah pernah menolak tawaran menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) demi menyambung kelangsungan usaha bapa tersayang memajukan lagi Felda Umas selain perusahaan penternakan dan projek pembinaan mereka.

Anak kedua daripada sembilan beradik ini berkata, pada awalnya memang sukar untuk membuat keputusan memilih antara kerjaya di Felda atau meneruskan pengajian. Namun, akhirnya beliau membuat keputusan untuk terus memberi sokongan dan membantu bapanya.

“Ternyata keputusan ini adalah yang paling tepat buat diri saya. Ini kerana sebagai generasi kedua Felda, saya rasa terpanggil untuk meneruskan apa yang diusahakan ayah hingga berjaya membesarkan kami sembilan beradik. Bagi saya, tidak semestinya setiap anak Felda perlu bekerja di bandar untuk beroleh kejayaan kerana di tanah rancangan ini juga menjanjikan banyak peluang kerja.

“Saya juga tidak pernah peduli dengan pandangan orang terhadap apa yang saya lakukan. Ini kerana apa yang lebih penting ialah untuk memajukan lagi usaha yang dilakukan ayah selama ini. Ayah bermula dari bawah hingga kami mampu mengecapi apa yang ada sekarang,” katanya.

Graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu ini juga mengakui kegigihan bapanya menjadi inspirasi untuk beliau terus bertahan dan sentiasa terdorong untuk lebih bersemangat serta meningkatkan keyakinan untuk menjadi generasi kedua Felda yang berjaya.

“Ayah adalah idola dan pendorong utama kejayaan saya untuk terus kekal di Felda. Sikap rendah diri dan tidak mengenal erti putus asa yang ada dalam diri ayah menguatkan lagi azam saya untuk berjaya selain membuktikan bahawa kehidupan di Felda menjanjikan ketenangan dan hasil yang lumayan.

“Saya tidak pernah ralat dengan keputusan yang diambil kerana di sini peluang untuk membina kejayaan terbentang luas dan berharap generasi kedua Felda juga akan kembali ke Felda demi meneruskan usaha yang dilakukan generasi pertama. Apa yang lebih penting ialah bekerja dengan jujur dan mengetepikan pandangan serta tohmahan orang lain terhadap kita ,” katanya.












Wednesday, August 17, 2011

BERITA JUTAWAN : Milik siapa sebenarnya kapal mewah termahal didunia (HISTORY SUPREME)




dari arkib myMETRO.

Oleh FIRDAUS SAHAT dan RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Walaupun ada spekulasi mengatakan individu terkaya di Malaysia, Robert Kuok, 80, adalah pemilik kapal mewah paling mahal di dunia, History Supreme yang berharga 3 bilion paun (RM15 bilion), namun beberapa nama lagi disebut-sebut berpotensi memilikinya.

Berdasarkan laman web sebuah akhbar dalam talian yang berpangkalan Ireland, hanya tiga nama tersenarai dalam senarai Forbes Billionaires yang memiliki kekayaan AS$5 bilion (RM14.88 bilion) ke atas.

Antara nama yang mempunyai kemungkinan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Communication Bhd, Tan Sri Ananda Krishnan yang memiliki kekayaan RM28.3 bilion dan Pengarah IOI Corporation Bhd, Tan Sri Lee Shin Cheng RM14.88 bilion.

Kuok yang mempunyai kekayaan berjumlah RM37.2 bilion buat masa ini adalah lelaki terkaya di negara ini dan digelar sebagai Raja Gula selain pengasas kumpulan rangkaian Hotel Shangri-la yang beroperasi di seluruh Asia.

Ananda Krishnan adalah usahawan kedua terkaya di Malaysia dan ke-138 di dunia yang juga pemilik Maxis Communication Bhd dan pengendali perkhidmatan televisyen berbayar, ASTRO All Asia Networks Plc.

Beliau terbabit dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuk minyak, studio kartun Hollywood, multimedia, perkapalan, tenaga dan harta tanah.Lee adalah pemilik syarikat konglomerat yang menguruskan ladang kelapa sawit dan aktiviti pembangunan hartanah di Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Eropah.

Malah, kilang penapisan miliknya di Rotterdam, Belanda adalah kilang penapisan minyak sawit terbesar di Eropah. Kapal History Supreme direka oleh pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk menyiapkannya.



Keseluruhan badan kapal itu disaluti emas padu dan platinum seberat 100,000 kilogram, termasuk ruang makan, bilik tidur dan sauh.Kebanyakan laman web dan akhbar dalam talian di Internet tidak menyatakan secara terperinci nama pemilik kapal berkenaan, sebaliknya hanya menggunakan gelaran ‘anonymous leading Malaysian businessman’.



Bagaimanapun, ada mengaitkannya dengan tiga nama individu paling kaya di negara ini berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh majalah Forbes Asia.Kapal sepanjang kira-kira 30 meter itu dibuat di Itali, namun disiapkan di Malaysia dua minggu lalu.




Lebih menarik, dinding di bilik tidur utama yang dibuat dari batu meteor dan artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex, malah ada akuarium yang dibuat daripada 68 kg emas 24 karat.











BERITA JUTAWAN : Jumlah jutawan Asia Pasifik atasi Eropah

Dari arkib myMetro

HONG KONG: Jumlah jutawan di Asia Pasifik meningkat mendadak untuk mengatasi Eropah, didorong oleh peningkatan pantas golongan kaya di Hong Kong.

Menurut satu kajian, jutawan di rantau ini, yang memiliki jumlah harta keseluruhan sebanyak AS$11 trilion (RM33 trilion) lebih kaya berbanding rakan mereka di Eropah pada 2009.

Pada masa sama, jumlah mereka kini lebih ramai, 3.3 juta orang berbanding 3.1 juta di Eropah.

Laporan mengenai individu bernilai tinggi (HNWI), yang didefinisikan sebagai seseorang yang memiliki aset yang boleh dilaburkan berjumlah sekurang-kurangnya AS$1 juta (RM3 juta) dikeluarkan oleh syarikat Merrill Lynch Global Wealth Management dan syarikat perunding Capgemini.

“Pencapaian berterusan Asia Pasifik mengukuhkan kepentingan strategik rantau ini kepada setiap syarikat perancang kewangan dengan aspirasi global,” kata Michael Benz, ketua Merrill Lynch Global Wealth Management cawangan Asia Pasifik.

Asia Pasifik berada di tangga kedua selepas Amerika Utara yang mempunyai 3.4 juta jutawan.

Jumlah jutawan di Hong Kong meningkat 33.3 peratus pada 2010 kepada 101,300 berbanding 76,000 pada 2009, tahun kedua berturut-turut yang menyaksikan jumlah penduduk kaya-raya bandar itu meningkat paling banyak.

Peningkatan mendadak itu berpunca daripada pencapaian baik ekonomi serta keuntungan dalam ekuiti dan pasaran hartanah, kata laporan itu.

Ia juga menyatakan, jumlah jutawan India juga meningkat dengan pantas.

Enam daripada 10 negara dengan pertumbuhan tertinggi jumlah jutawan pada 2010 ialah dari Asia Pasifik dengan Vietnam, Sri Lanka, Indonesia dan Singapura melengkapkan senarai itu.

Asia, yang pulih dengan pantas daripada kemelesetan global, menghasilkan beberapa individu paling kaya dunia, termasuk bilionair India, Mukesh Ambani dan Li Ka-shing dari Hong Kong. — AFP












Friday, June 3, 2011

Berita JUTAWAN : Perihal jutawan segera, jutawan alam siber



dari arkib Berita Harian

2011/05/22

JANGAN terkejut jika teman sudah pun bergelar jutawan. Tak mustahil masuk dalam ranking 40 individu terkaya di Malaysia. Tetapi jangan salah sangka, setakat jutawan di alam siberlah. Maknanya, jutawan angan-angan Mat Jeninlah tu... Mana taknya, sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, banyak benar e-mel yang menawarkan pelbagai dana dan harta secara percuma saja. Bukan calang-calang imbuhan, semuanya sama ada dalam mata wang euro, dolar Amerika atau pound sterling dan bukannya rupiah Indonesia atau Ringgit Malaysia. Pendek kata, kalau benarlah makan tak habislah satu keturunan.

Selalunya, e-mel yang diterima berbunyi begini: “Good day, I am Barrister Richard Anderson. I have sent you a letter earlier on without any response from you. On my first email I mentioned about my late client whose relatives I cannot get in touch with. But both of you have the same last name, so it will be very easy to front you as his official next of kin. I am compelled to do this because I would not want the finance house to push my client’s funds into their treasury as unclaimed inheritance. If you are interested, do let me know so that I can give you comprehensive details on what we are to do. Sincerely, Richard Anderson.”
Maksudnya lebih kurang begini, teman ditawarkan menjadi pewaris sebuah keluarga hartawan semata-mata kerana nama bapa lebih kurang serupa. Kononnya, Mr Richard Anderson (tentunya tak wujud orang ini) bimbang segala harta yang melimpah ruah itu akan masuk dalam harta yang tidak dituntut. Memang mulia hasrat Mr Anderson ini mengawal selia wang ringgit dan harta kliennya yang sudah tentu tidak wujud sama sekali.

Satu lagi e-mel pula datangnya daripada pelarian Iraq bernama Fadila Mohammad. Suaminya dikatakan seorang pembantu peribadi Presiden Iraq yang kononnya terbunuh ketika negara itu sedang huru-hara. Namun, janda itu bukan sebarang janda kerana dia mewarisi harta berjumlah AS$11 juta dan kini mendapat suaka politik di Thailand. Ceritanya lagi, dengan duit yang berkepuk itu dia ingin membuat pelaburan membeli hartanah di Malaysia.

Bagaimana teman berada dalam skrip cerita ini? Kononnya, Fadila ingin menjadikan teman rakan kongsi untuk sama-sama menjalankan bisnes. Untuk menyedapkan lagi cerita, individu itu memberitahu dia juga mempunyai seorang anak bernama Mufeed yang masih kecil, yang begitu merindui kasih sayang seorang bapa. E-mel itu berakhir dengan harapannya yang tinggi menggunung untuk membina bisnes ini bersama teman. Barangkali memikirkan teman ini seorang lelaki, tak mustahil Fadila cuba menagih simpati dan mahu menawarkan cintanya dengan cerita sebegini.

Naik hairan bin ajaib juga kerana macam manalah begitu mudah menawarkan status rakan kongsi perniagaan tanpa diselidiki latar belakang. Percayalah sindiket sebegini memang bijak mencerna pelbagai cerita demi mencari mangsa.
Penat menjaja cerita keluarga yang mewarisi harta melimpah ruah, sindiket ini makin seronok berkreatif lagi, tetapi kali ini memberitahu alamat e-mel menang loteri dengan hadiah lumayan AS$5 juta.
Selang beberapa hari, satu lagi e-mel masuk: “I am pleased to officially inform you that you have been picked by the UNHCR organization to receive the sum of US$1,000,000.00 (One Million United States Dollars). The program was carried out by our computerized ballot system in which your email address was picked as the winner of the program.” Kali ini mereka menggunakan sebuah pertubuhan antarabangsa untuk menguatkan cerita. Memang sahlah jutawan... Selalunya, e-mel macam ini datang dalam tiga, empat mel selang beberapa jam sehari. Modus operandinya sama saja, iaitu supaya penerima menghubungi nombor telefon yang tertera dan tidak lupa meminta meletakkan butir peribadi.

Teman bukan berseorangan diasak dengan e-mel sebegini. Sesiapa saja yang memiliki akaun mel elektronik atau laman sosial seperti Facebook pasti dikunjungi sindiket ini. Cara mungkin berbeza tetapi niatnya sama saja. Seperti kebanyakan orang lain, teman sekadar tersenyum dan langkah seterusnya untuk klik terus ke ‘tong sampah’. Tetapi percayalah, ada juga yang mudah terpedaya apatah lagi jika tawaran bentuk perniagaan itu disulami dengan bunga-bunga cinta.

Macam Helen Chin Sep Yun, 48, seorang akauntan yang kerugian wang RM1 juta gara-gara terlalu percayakan rakan yang dikenali melalui alam maya. Barangkali bagi kekasihnya seorang warga Britain itu, menjalankan penipuan melalui internet sudah menjadi darah dagingnya. Alex Bob meminta Chin membantunya menyelesaikan beberapa perkara berkaitan akaun, duti setem, insurans serta pelbagai bayaran lain dengan alasan dia tidak memiliki akaun di negara ini. Sekali lagi, cinta membuatkan seseorang itu buta. Tanpa berfikir panjang dia memasukkan wang tunai RM1,110,350 ke dalam akaun lelaki itu.

Bukan sikit duit dan boleh gila dibuatnya. Tak cukup duit sendiri, Chin terpaksa ‘bergolok gadai’, pinjam sana-sini demi kasihnya kepada lelaki itu. Apabila hajat hati tertunai, kekasih maya itu lesap. Dail telefon tak jawab, buka Facebook akaun sudah lesap. Biasalah, macam kes dapat madu sepah dibuang jugalah.

Namun nasib yang menimpa Chin juga bukan terpinggir. Tak mustahil ramai lagi mangsa yang hanya berdiam diri, barangkali jumlah wang tak sebanyak dia. Kes penipuan menerusi laman sosial terus berleluasa dan kata polis tahun lalu saja, 1,201 kes jenayah dilaporkan terjadi dan kos kerugian mencecah RM20.8 juta. Jadi berhati-hatilah wahai pembaca. Apabila jadi begini, siapa yang rugi jika tidak kita dan keluarga sendiri. Jumpa lagi!

PS: Berhati hatilah,jgn terlalu ghairah bila diberikan sesuatu peluang...ingat..tiada jalan mudah untuk berjaya!!












Tuesday, March 15, 2011

Berita JUTAWAN : JUTAWAN barang tiruan..



LONCON: Seorang lelaki yang meraih lebih sejuta paun dengan menjual pakaian tiruan menerusi eBay menangis selepas dia dihukum penjara 21 bulan, semalam.
Amit Sharma memiliki pelbagai kereta mewah, termasuk sebuah Lamborghini berharga 120,000 (RM600,000) dan beberapa rumah hasil daripada kegiatannya.
Dengan menggunakan 30 nama akaun berlainan dalam eBay untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa, dia akan membeli sejumlah besar barang tiruan dengan jenama mahal, termasuk Diesel, Abercrombie dan Fitch dan menjualnya kepada pelanggan.

Barangan tiruan yang berharga 235 jika tulen, dijual dengan harga 40 menerusi eBay.
Penyiasat, menerusi eBay dan Paypal, mendapati Amit memperoleh pendapatan lebih 1.1 juta ((RM5.5 juta) dalam masa empat tahun.
Kegiatan bapa dua anak itu mula terbongkar tiga tahun lalu apabila sebuah syarikat kurier melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai bungkusan dari China yang dihantar ke rumah Amit di Sale, Manchester.

Pegawai yang sebelum ini menerima beberapa aduan daripada orang awam, menyerbu kediaman itu pada 14 Februari 2007 dan merampas bungkusan berkenaan.
Ia sepatutnya mengandungi tiang logam tetapi di dalamnya ialah jean Diesel tiruan.
Pegawai turut merampas komputer dari rumah itu dan memulakan siasatan.
Amit mendakwa pakaian itu datang dari sebuah syarikat di Amerika tetapi gagal membuktikannya.

Ketika ditangkap, sebuah Cadilllac Escalade, Mercedes S55 dan sebuah Volvo berada di perkarangan rumahnya.
Penyiasat juga mendapati dia memiliki sebuah Lamborghini Murcielago, Mercedes S320, BMW X5, BMW 540i, sebuah Land Rover dan juga sebuah van Ford Transit.
Ketika disoal siasat selama hampir dua jam, Amir enggan menjawab soalan sebaliknya membaca kenyataan yang disediakan lebih awal, mendakwa dia ahli perniagaan yang sah.

– Agensi Sumber : Harian Metro

PS:/ ini baru betul Jutawan senyap.. :)












Wednesday, February 16, 2011

BERITA JUTAWAN : Datuk Stapa dan Datuk Azlina...pengasas DCL dan D'Navechee


Sumber dari KOSMO

Empayar cinta Azlina, Stapa
Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
suzana.rajahamat@kosmo.com.my

MASUK ke pekarangan kediaman milik pasangan ternama Datuk Stapa Omar dan Datuk Azlina Che Abdullah, kaki seperti berpijak di 'sebuah kerajaan kecil' yang paksinya dibina atas nama cinta.

Kenapa cinta? Sengaja istilah yang dikatakan 'keramat' itu saya gunakan kerana saya percaya cintalah antara kekuatan kepada pasangan ini untuk merentas dan menuruni setiap lembah yang menghalang laluan mereka, selama mahu sampai ke tahap ini.

Tanpa menyangkal segala falsafah yang menjadi makanan harian sehingga bergelar jutawan hasil bisnes yang diceburi, dua insan yang saling melengkapi ini diajak bersantai tanpa fail unjuran pendapatan ataupun sasaran keuntungan.

Selain bisnes, mereka juga seperti pasangan suami isteri lain yang bertemu, saling menyintai, menyimpul kasih dan berkahwin. Kemudian beranak-pinak, berdepan asam garam rumah tangga dan mengurus hubungan dengan bijak agar keluarga serta periuk nasi berjalan seiring.

Kali ini bukan metodologi syarikat jualan langsung bumiputera terkenal D'Clasicc Life (DCL), D'Navechee, DAS Travel, Nasi Dagang Ulik Mayang atau DCL Manufacturing yang dihitung mengisi bicara. Sebaliknya, Azlina dan Stapa diajak berkongsi ruang hati, tentang cinta dan kasih yang mengikat dua hati menjadi satu.

Mereka lahir daripada budaya dan latar belakang yang hampir sama. Seorang dari Kemaman, Terengganu dan seorang lagi dari Pasir, Mas, Kelantan. Lebih nostalgik, Azlina dan Stapa, masing-masing asalnya anak orang miskin yang perlu bersengkang mata untuk sesuap nasi.



Si isteri, gadis kematian bapa. Ibunya hanyalah seorang penjual kuih tradisional manakala si suami pula anak yatim piatu yang tiada harta warisan keluarga. Ketika muda, mereka habiskan waktu dengan bekerja, tiada masa untuk bercinta.

Pastinya detik temu lebih dua dekad lalu juga berlangsung ekoran kerja bisnes, cuma di mana dan bagaimana, momen itu hanya dirasai Azlina, 42, dan Stapa, 49.

"Saya jenis yang tak bergaul sangat dengan budak lelaki sejak dari sekolah lagi, itu yang diajarkan oleh arwah bapa saya sampailah saya jumpa Datuk.

"Kami terjumpa buat pertama kali masa ceramah motivasi jualan langsung. Dulu masa mula-mula jumpa, saya tak tertarik pun dengan Datuk S. Tapi lama-kelamaan, sebab dah selalu jumpa, bercakap dan dengar ceramah motivasi perniagaan oleh dia, mulalah timbul rasa kagum," luah Azlina sambil senyum merekah di bibirnya.

Soalan yang sama diajukan kepada sang suami dan lelaki berusia 49 tahun ini mula bermadah kata.

"Kiranya saya ini jatuh cinta pandang pertama tapi perkara itu tak mungkin terjadi kalau Datuk A (panggilan si suami terhadap Azlina yang bergelar 'Datuk') tak cantik. Dah tentu kerana saya tertarik dengan kecantikannya," beritahu Stapa berseloroh.

Tambah Stapa dengan segugus pujian: "Saya pula bukanlah tampan, tapi manisnya ada. Dia pula ada kecantikan yang saya cari, cantik yang menzahirkan kebijaksanaan. Tapi memandangkan saya ini anak yatim piatu dan tidak ada apa-apa, saya kena buktikan sesuatu untuk menawan hatinya.

Percaturan Stapa memilih isteri yang cantik dan bijaksana membuahkan hasil. Kini Azlina bukan setakat rakan kongsi, bahkan wanita ternama yang memiliki perusahaan sendiri dan dicemburui ramai wanita lain.


AZLINA bersama tiga daripada lima permata hati yang menceriakan hidupnya dan Stapa.

Bagi Azlina, walaupun beliau bergelar 'Datuk' dan boleh berbangga dengan pencapaian peribadi, itu bukan alasan untuk bermegah atau meminggirkan suara suami dalam semua segi, khususnya berhubung kekeluargaan.

Tiada juga istilah makan hati atau merajuk kerana sepanjang berkahwin, suamilah orang yang paling sensitif berbanding dirinya.

"Sikap suka meminta maaf dan memaafkan orang lain menjadi amalan kami suami isteri yang turut diajar kepada anak-anak, malah juga diterapkan di kalangan kakitangan kami dan pengedar.

"Saya juga amalkan pendekatan mengalah dan tidak sesekali mengecilkan hati suami di rumah ataupun di pejabat. Saya juga bukan jenis yang cepat makan hati kerana saya faham sangat lelaki ada ego tersendiri dan kalau saya sendiri tidak mampu nak mengubah apa-apa, saya kena gunakan saluran lain untuk luahkan idea saya. Itu kalau urusan DCL tapi untuk perniagaan saya, D'Navechee, 100 peratus keputusan di tangan saya," jelas Azlina berterus terang.

Mengorek rahsia keharmonian hubungan mereka yang sering tercabar dek kesibukan urusan perniagaan, Azlina memberi petua. Kelembutan wanita itu pencair kepada kekerasan lelaki.

"Saya tak boleh tidur kalau suami tak bercakap atau bermasam muka. Kalau siang hari saya tak berjaya memujuknya, saya akan gunakan waktu malam sebaik-baiknya. Setiap malam kami tidur berpegangan tangan. Dari situ pautan kasih sayang akan bertambah erat.

"Paling penting kita kena kembali kepada didikan agama. Isteri yang tidak bercakap dengan suami lebih daripada tiga hari akan dilaknat oleh malaikat. Saya pilih buat yang terbaik kepada suami kerana syurga terletak di bawah telapak kaki suami," kata Azlina.

Ibarat ular menyusur akar; kata Azlina, kehebatan seseorang wanita itu tidak akan luak jika beralah kepada suami.


SESIBUK mana sekalipun, Stapa dan Azlina rajin mencuri waktu bersantai. Kalau tidak bersama anak-anak, mereka akan berdua-duaan menikmati panorama indah dan menyedut udara segar di halaman rumah.

Hubungan mana yang tidak bergoncang dengan masalah, suami isteri mana yang tidak pernah bergaduh dan perkahwinan mana yang tidak ditimpa gelora, begitu juga dengan pasangan jutawan ini.

Untuk bercakap tentang kesukaran dan cabaran yang telah ditempuhi bersama pula, hanya 'mati' belum mereka rasai.

"Kalau nak cerita dah jadi Hikayat 1001 Malam jadinya. Di sebalik kesukaran itu ada kesenangan, cuma kesenangan tersebut terselindung.

"Orang selalu tanya saya berapa banyak aset milik saya ketika ini. Saya kata aset ini semua hanyalah lima peratus daripada keseluruhan aset yang saya ada. Semua terkejut! Tapi saya cakap, 95 peratus lagi aset saya ialah air mata darah yang telah tumpah.

"Kami pernah dihalau keluar rumah kerana 10 bulan tak bayar sewa, kereta kena tarik, diisytiharkan bankrap dan pernah dihalau dari bangunan diduduki sekarang kerana bangunan itu dibeli oleh orang lain. Ketika itu kami ibarat berada di tengah lautan dan di sekeliling kami ada tsunami. Waktu itu, saya hanya ada dia dan dia ada saya, itu sahaja," getus Stapa, larut seketika dalam memori getirnya.

Isteri adalah kekuatan suami dan suami pula kekuatan si isteri, ini antara pelajaran yang boleh dikutip daripada kisah lampau pasangan berhati waja ini.

Kata pasangan ini, gantungkanlah impian setinggi bintang, kalau jatuh sekalipun ia tersangkut di atas awan. Rendahkan hati kita serendah mutiara di dasar lautan, seandai timbul sekalipun, ia akan tersangkut di antara batu karang.













Wednesday, February 2, 2011

Berita JUTAWAN : 'Raja Kasino' kecewa dengan keluarga


Sumber dari arkib Kosmo

HONG KONG - 'Raja kasino' berusia 89 tahun yang menukarkan Pulau Macau yang mundur menjadi ibu kota perjudian Asia, Stanley Ho semalam mendakwa keluarganya sebagai 'penyamun' berhubung pertikaian kekayaannya yang berjumlah AS$3 bilion (RM9.1 bilion).

Seorang peguam Ho berkata, anggota-anggota keluarga 'raja kasino' itu terdiri daripada 17 orang anak yang dilahirkan oleh empat isterinya telah menyalahgunakan syarikat miliknya untuk kepentingan peribadi dan dia kini kecewa dengan perbuatan mereka.

"Mereka (anggota keluarganya) diberikan 48 jam untuk menyelesaikan isu pembahagian harta itu atau kami akan memulakan tindakan di Mahkamah Tinggi Macau bagi memastikan empayar yang dibina selama lebih empat dekad oleh Ho tidak akan dibahagi-bahagikan," kata peguam raja kasino berkenaan, Gordon Oldham.

Bagaimanapun, anggota-anggota keluarga 'raja kasino' itu membalas dakwaan tersebut dengan menegaskan bahawa Ho sendiri yang bersetuju untuk membahagikan empayar perjudian miliknya, SJM Holding secara sama rata kepada mereka.

Anggota-anggota keluarga itu mengugut untuk menyaman peguam Ho jika perkara itu dibawa ke mahkamah.

Sepanjang hidupnya, raja kasino itu kerap dicemari kontroversi.

Ho yang sebelum ini terkenal kerana menjalani kehidupan sebagai kaki perempuan, terlantar di hospital sejak pertengahan tahun 2009 kerana masalah kesihatan yang tidak dapat dipastikan.

Namun, beberapa laporan menyatakan, dia mengalami kecederaan otak selepas terjatuh di rumahnya.

Ho mula memperolehi kekayaan dengan menyeludup barang mewah ke Macau dari tanah besar China ketika Perang Dunia Kedua.

Dia kemudian berulang kali menafikan terbabit dalam kumpulan-kumpulan penjenayah di Macau.

Macau yang sebelum ini tanah jajahan Portugal dikembalikan kepada China pada 1999 dengan pulau itu merupakan satu-satunya lokasi perjudian kasino di China.

Pada tahun lalu sahaja, Macau mengaut pendapatan AS$23.5 bilion (RM71.7 bilion) hasil aktiviti perjudian, empat kali ganda lebih tinggi berbanding kota judi Amerika Syarikat (AS), Las Vegas.

Ho menikmati monopoli industri kasino di Macau dari tahun 1960-an hingga 2002 namun selepas itu, pentadbiran tempatan memberikan lesen kasino kepada beberapa syarikat lain termasuk dari Las Vegas. - Agensi

ps: DUit banyak pun hidup tak tenang yee..

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan













Sunday, September 12, 2010

ARKIB BERITA JUTAWAN : Hidup Sosilawati penuh warna


Dari sumber UTUSAN MALAYSIA

Hidup Sosilawati penuh warna

Oleh Hafizahril Hamid

KISAH hidup wanita yang boleh dianggap antara paling berjaya dalam bidang industri kecantikan di negara ini Datuk Sosilawati Lawiya sememangnya penuh ranjau dan duri.

Sosilawati yang pernah mengalami pelbagai peristiwa jatuh bangun dalam hidup kini dikejutkan pula dengan kisah kehilangan beliau sejak ahli keluarganya melaporkan kehilangannya sejak 30 Ogos lalu.

Kini setelah Hari Raya Aidilfitri masuk hari ketiga keluarganya masih belum menerima berita mengenai pemilik syarikat kosmetik terkenal, Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty) itu.

Sosilawati, 47, tidak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting, Selangor bersama tiga lagi yang lain untuk menemui seorang peguam bagi menyelesaikan urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.

Penulis yang pernah mewawancara beliau pada tahun lepas turut berasa kagum dengan kegigihan beliau mencorakkan kehidupan sebelum berjaya memartabatkan diri dalam kehidupannya sekarang.

Dalam melihat kejayaan wanita yang terlibat dalam perniagaan kecantikan, selalunya kita hanya melihat kisah kejayaan mereka. Tetapi pastinya di sebalik cerita kejayaan pastinya akan terselit liku-liku kepayahan dalam mengharungi hidup dan perniagaan.

Begitulah pengalaman hidup yang diharungi oleh Sosilawati dalam mengharungi liku-liku kehidupann yang sememangnya sangat mengharukan.

Akibat kegagalan perkahwinan pertamanya telah benar-benar mengajar beliau erti sebuah kehidupan.

Satu ketika dahulu wanita ini pernah menjaja produk kecantikan dari rumah ke rumah sambil mengendong bayinya semata-mata untuk mendapatkan wang bagi menyara enam anaknya yang masih kecil selepas suami yang dahulu menjadi tempat bergantung menceraikannya.

Biarpun tidak pernah keluar bekerja sepanjang bergelar isteri pada perkahwinan pertama, Sosilawati tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk mengharap belas ehsan daripada orang lain bagi meneruskan kehidupan.

Menurut wanita kelahiran Sri Medan, Batu Pahat, Johor ini, penceraian pada usia awal 30-an telah menjadikannya lebih berani untuk menongkah liku-liku kehidupan.

Yakin bahawa tiada yang mustahil dan kesanggupan untuk belajar serta bekerja keras, beliau sanggup berkorban demi membesarkan anak-anak.

"Saya akui, perceraian pertama memang perit apatah lagi di bahu saya tergalas tanggungjawab untuk memastikan anak-anak membesar dengan sempurna.

Sosilawati percaya bahawa jodoh dan pertemuan itu urusan Tuhan malah tidak keterlaluan jika dikatakan perceraian tersebut menjadi pencetus kepada kejayaannya sekarang.

Bagi beliau peristiwa itu mengajarnya untuk berdikari dan mula bercampur dengan rakan-rakan yang terlibat dalam perniagaan kosmetik dan kecantikan dan mendapati ia merupakan sebuah perniagaan yang bagus.

Berkat kesabaran dan menganggap kegagalan sebagai pengajaran Sosilawati gigih mengusahakan rangkaian produk kecantikan Nouvella Visage (NV) malah sudah bergelar jutawan kosmetik pada usia 40-an.

Mengakui tidak mempunyai pendidikan yang tinggi hanya sekadar SPM sahaja namun beliau sanggup bermula dari bawah.

"Pada asalnya saya hanya menjual produk kosmetik orang lain kemudian saya menubuhkan butik kecantikan.

"Saya buat sendiri semua urusan dari memberi facial hinggalah menarik pelanggan. Namun berkat dari usaha bersungguh-sungguh dan tidak mengenal erti putus asa, hasilnya saya nikmati sekarang," katanya.

Kejayaan

Beliau kemudiannya berjaya mengusahakan produk sendiri, NV sebelum mengembangkan perniagaan ke seluruh Malaysia. Kejayaan beliau menghasilkan sebuah produk yang murah tetapi berkualiti merupakan penanda aras kepada kejayaannya sekarang.

Pada peringkat awal sememangnya ia memerlukan usaha yang gigih apatah lagi stigma masyarakat lebih mempercayai produk kecantikan dari Barat.

Namun Sosilawati berjaya membuktikan bahawa produk ini berkesan, dan sesuai digunakan masyarakat negara ini. Prinsip dan falsafah yang dipegangnya sehingga sekarang iaitu kerja keras dan percaya pada kemampuan diri sendiri merupakan tonggak kepada kejayaannya sekarang.

Namun katanya paling penting ialah jangan sekali-kali menipu orang lain kerana perkara paling penting ialah keberkatan.

Atas kesungguhannya juga, dia terpilih untuk menerima Anugerah Khas Tokoh Wanita dan Anugerah Wanita Nadi Negara daripada Kerajaan Negeri Johor pada tahun 2007.

Berkenaan soal impian, wanita ini sememangnya mempunyai perancangan dan visi yang jauh kehadapan.

"Saya telah menyimpan cita-cita untuk menubuhkan sebuah kolej kecantikan yang lengkap dengan semua kemudahan untuk kecantikan. Insya allah dalam tempoh terdekat ini ia akan menjadi kenyataan," kata Sosilawati kepada penulis.

Namun lumrah hidup juga membuktikan adakalanya tidak semua yang diidamkan senantiasa menyebelahi kita.

Kisah perkahwinan keduanya dengan rocker terkenal tanah air, Nashrudin Elyas atau lebih dikenali sebagai Nash yang meniti setiap akhbar dan majalah tidak mampu bertahan lama.

Hanya selepas 10 bulan mereka memadu kasih, perceraian terpaksa dipilih sebagai penyelesaian malah ia berlarutan di mahkamah selepas Sosilawati membuat laporan polis mendakwa Nash, mengeluarkan wang tunai miliknya tanpa persetujuan.

Sekali lagi Sosilawati mengejutkan rakyat Malaysia apabila didakwa ditangkap khalwat pada malam tahun baru lalu.

Beliau kemudiannya membuat dakwaan sudah melangsungkan perkahwinan di luar negara dengan pasangannya seorang duda anak tiga yang dipercayai berasal dari Indonesia.

Sejak peristiwa itu berita mengenai Sosilawati sudah mula kurang kedengaran baik di dada akhbar mahupun di dunia maya.

Namun ini tidak bermakna beliau mendiamkan diri tetapi sebaliknya lebih aktif mengibarkan empayar perniagaannya terutama dalam bidang hartanah.

Malah dikatakan beliau memiliki harta dan wang tunai mencecah RM100 juta.

Atas alasan itu beliau bersama pemandu, peguam peribadi serta seorang pegawai sebuah bank telah pergi ke Banting pada 30 Ogos lalu.









Saturday, September 11, 2010

BERITA JUTAWAN: Semangat waja Azean



Semangat waja Azean
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
2010/03/14

BARU berusia 32 tahun, tetapi pencapaian dan kemampuannya boleh diumpamakan satu dalam 1,000. Betapa tidak, pada usia semuda itu beliau memiliki lebih daripada satu syarikat, bangunan sendiri yang nilainya melebihi RM1 juta dan bergelar bos kepada lebih 100 kakitangan.

Lebih menarik, satu daripada cabang perniagaan diceburinya adalah memelihara lembu - sesuatu yang jarang diterokai wanita semuda usianya.

Tanyalah hal berkaitan lembu, terutama lembu susu, insya-Allah beliau boleh menjawabnya.

Malah ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini, beliau memberi gambaran betapa 'ilmunya' berkaitan haiwan berkenaan kadangkala tidak terjangkau dek fikiran.

"Kalau awak nak tahu, lembu susu adalah haiwan yang sensitif dan tidak boleh tertekan. Kita perlu tunjukkan kasih sayang kepada haiwan itu kerana ia kaedah berkesan untuk lembu terbabit menghasilkan susu yang lebih banyak.

"Lebih elok jika wanita menjaga haiwan itu. Di ladang saya, setakat ini dua wanita ditugaskan menjaga lembu dan ia ternyata berkesan dalam menghasilkan susu lebih banyak," katanya selamba.

Siapa sangka, di sebalik usia dan penampilan yang tampak lemah lembut, wanita bernama Norazean Abdul Aziz itu agresif dalam dunia perniagaan.

Sebelum 'menguruskan' lembu, beliau terlebih dulu meraih kecemerlangan dalam bidang pelancongan.

Hanya dalam tempoh tiga tahun (2002 hingga 2005) menjalankan perniagaan pelancongan menerusi syarikat Prestige Platinum Vacation (PPV) (M) Sdn Bhd, beliau berupaya membeli bangunan sendiri yang dinamakan Wisma PPV di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pada usia 27 tahun.

Daripada hanya menguruskan pakej pelancongan dalam negara, kini nama PPV bukan lagi asing sebagai sebuah syarikat pelancongan yang lengkap serba serbinya.

Ada bas persiaran sendiri dan sebut apa saja khidmat berkaitan pelancongan tidak kira dalam atau luar negara, semuanya ada di PPV.

Selepas enam tahun meletakkan PPV pada kedudukan terbaik dan mempunyai prestij tersendiri, Norazean menubuhkan pula syarikat Prestige Dairy Farm (PDF) (M) Sdn Bhd yang mengkhusus kepada perniagaan memelihara lembu untuk menghasilkan produk tenusu dan daging.

Bagi Norazean atau lebih mesra dengan panggilan Azean, usahanya meneroka bidang berkenaan yang semestinya dianggap janggal bagi wanita, dijadikannya cabaran.

Beliau sanggup mengetepikan rasa kurang selesa terhadap haiwan berkenaan kerana yakin dengan masa depan perniagaan dalam bidang itu.

"Dulu nak dekat dengan lembu susah juga sebab saya tak tahan baunya. Sekarang tiada masalah untuk saya berbuat demikian, malah saya sifatkan lembu juga seperti haiwan peliharaan lain yang perlu diberi kasih sayang dan dijaga dengan sempurna.

"Dalam perniagaan ini suami banyak membantu, malah dialah pencetus kepada penubuhan syarikat ini. Kami bersama-sama merealisasikannya," katanya.

Kesungguhan Azean terhadap perniagaan itu terbukti dengan visi dan misinya. Beliau menyifatkan susu lembu umpama gula yang diperlukan dalam kehidupan setiap hari.

"Susu sama saja macam gula. Daripada bayi hinggalah orang tua, semua minum susu dan terbukti susu mendapat permintaan yang sangat tinggi.

"Bukan setakat susu, macam-macam boleh dibuat dengan susu lembu, antaranya minyak sapi. Justeru, saya ambil peluang ini untuk memberi tumpuan dalam perniagaan berkenaan," katanya.

Bermula dari 2008, PDF kini mempunyai lebih 500 ekor lembu susu jenis Friesian-Jersey diimport dari Australia, selain lembu daging yang ditempatkan di ladang Alifah, Kluang, Johor.

Dengan lebih 30 kakitangan dan peralatan pemprosesan susu canggih, PDF kini tersenarai sebagai pengeluar susu lembu kedua terbesar di negara ini.

PDF turut membuka peluang kepada orang ramai bersama-sama menikmati faedah daripada permintaan tinggi susu lembu menerusi pakej diperkenalkan PDF.

Beli lembu daripada PDF dan terima hasil sehingga RM1,000 sebulan, bergantung kepada jumlah pengeluaran susu lembu yang dibeli.

Tidak perlu bersusah payah menguruskan lembu dimiliki kerana PDF akan menguruskan semua hal berkaitan, daripada menjaga, memberi makan, memerah susu hinggalah hal pemasarannya.

Setiap lembu dibeli akan diberi sijil dan Azean mengalu-alukan pemilik lembu hadir ke ladang PDF di Kulai Johor untuk melihat lembu mereka.

Bagaikan terlalu mudah, dalam tempoh tidak sampai 10 tahun, Azean mampu mengecap kejayaan dan memang lumrah, kejayaan diperoleh mengundang pelbagai persepsi.

Bagi Azean, beliau sedia maklum, barangkali ada yang beranggapan beliau 'orang senang' menyebabkan mudah untuknya meraih kejayaan sesingkat itu.

Namun hakikatnya Azean bukan dilahirkan di dalam 'mangkuk emas' yang memungkinkan beliau lebat dengan wang ringgit sehingga mampu melakukan apa saja. Ibu bapanya juga bukan orang berpengaruh sehingga mampu membantu memudahkan perjalanan perniagaannya.

"Bapa saya bekerja sebagai pemandu limosin dan ibu suri rumah. Mereka tidak mampu memberi kekayaan, tetapi yang masih terngiang-ngiang, ayah selalu kata dia hanya mampu memberi kasih sayang dan pendidikan terbaik untuk anaknya.

"Didikan, kasih sayang dan kesungguhan ibu dan ayah memberi saya pendidikan terbaik dijadikan dorongan serta semangat untuk saya merubah nasib keluarga pada masa depan," katanya.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu berkata, perjalanan untuk beliau mengecapi kejayaan seperti hari ini bukan mudah.

"Ketika melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, saya melakukan kerja sampingan untuk mencari wang perbelanjaan dan pada masa sama menimba pengalaman.

"Nak minta wang daripada orang tua, saya tak sanggup kerana tidak mahu menyusahkan mereka.

"Saya bekerja dalam bidang jualan dan pemasaran di sebuah syarikat pada sebelah petang dari jam 5 petang hingga 9 malam, manakala pada Sabtu dan Ahad saya bekerja dari jam 9 pagi hingga 7 malam.

"Bohonglah saya katakan tidak penat dan tertekan... bila nak mengulangkaji, menyiapkan tugasan diberi pensyarah dan memberi tumpuan kepada pekerjaan. Apapun, saya kuatkan semangat dan teruskan sehingga tamat pengajian," katanya.

Kesungguhan Azean berbaloi apabila terus diberi kepercayaan bekerja sepenuh masa selepas tamat pengajian hinggalah dilantik ke jawatan ketua bahagian pemasaran.

Bagaimanapun, kejayaan diperoleh menimbulkan iri hati pihak tertentu, menyebabkan beliau ditukarkan ke bahagian sumber manusia.

"Kepakaran saya adalah bidang pemasaran. Apabila ditukarkan ke bahagian sumber manusia, untuk apa lagi saya bekerja di situ. Saya ambil keputusan berhenti kerja dan ketidakadilan itu membuatkan saya nekad untuk bekerja sendiri," katanya.

Azean memanfaatkan kepakarannya dalam bidang jualan dan pemasaran untuk menceburi bidang saham amanah. Tidak dilayan, terpaksa tebalkan muka dan dimarahi antara pengalaman yang lama kelamaan menjadi kebiasaan buatnya.

Berbekalkan pengalaman berkenaan, Azean mencuba pula bidang pelancongan dengan membuka syarikat pelancongan kecil-kecilan dinamakan PPV. Buat permulaan, tumpuan diberi kepada pakej pelancongan dalam negara terlebih dulu.

"Ketika berhenti kerja dan buat saham amanah, adalah sedikit modal. Saya sewa kedai kecil dan mencari pelanggan sendiri. Memandangkan sudah biasa 'tebal muka', saya telefon hotel sendiri, jumpa pengurus hotel sendiri dan cari pelanggan sendiri.

"Alhamdulillah, berkat pengalaman, dapatlah pelanggan dan tambah dua hingga tiga kakitangan untuk melicinkan urusan perniagaan," katanya.

Setahun kemudian, PPV mendapat lesen untuk menyediakan pakej pelancongan luar negara dan pencapaian PPV terus cemerlang dengan beroperasi di bangunan sendiri dan pertambahan pelanggan dari semasa ke semasa, dari individu hinggalah sektor korporat dan kerajaan.

Bertemu jodoh dengan Mohd Helmi Ali pada usia 27 tahun, PPV terus megah dan perjalanan Azean terus ke puncak dengan penubuhan PDF.

Liku perjalanan Azean dalam menguruskan dua syarikat berkenaan turut dicemari episod duka ditipu kenalan sendiri.

"Saya pernah beberapa kali ditipu sehingga rugi lebih RM200,000. Kenalan sendiri sanggup berbuat demikian selepas melihat kesungguhan saya untuk mencuba cabang perniagaan saya, "Tidak perlu saya mengulas lanjut kerana insiden itu mengecewakan saya. Ia pengalaman berharga untuk saya lebih berhati-hati," katanya.

Reda dengan apa yang berlaku, Azean tidak mahu pengalaman pahit itu melemahkan semangatnya.

"Saya dan kakitangan umpama keluarga. Jika saya putus asa dan perniagaan tergugat gara-gara masalah tertentu, bagaimana nasib lebih 100 kakitangan saya.

"Sampai ke tahap ini saya tidak boleh hanya memikirkan diri sendiri. Nasib kakitangan juga perlu diambil berat," katanya yang kini bahagia dengan tiga cahaya mata.

Di akhir pertemuan, Azean memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi di atas kejayaan yang diperolehnya dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya selama ini.

"Selain keluarga, suami banyak menyumbang kepada kejayaan saya. Dia selalu memberi semangat dan berpesan supaya jangan terlalu berasa selesa dan leka," katanya.












Sunday, August 29, 2010

BERITA JUTAWAN : Cerita 10 wanita terkaya dunia


Sumber Hmetro.

Cerita 10 wanita terkaya dunia
Susunan Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my
2010/04/02


BERDASARKAN senarai terbaru yang dikeluarkan majalah Forbes baru-baru ini, jumlah jutawan wanita di seluruh dunia kini bertambah 17 orang berbanding 72 pada tahun sebelumnya.
Begitu pun, angka berkenaan sebenarnya jauh lebih kecil kerana dominasi bilionair dunia adalah lelaki iaitu seramai 922 orang dan wanita masih belum mampu memecah monopoli 10 tempat teratas senarai berkenaan.


Tempat pertama wanita terkaya dimiliki isteri pengasas pasar raya terbesar dunia, Walmart, mendiang John T Walton iaitu Christy Ruth yang secara keseluruhan menduduki tempat ke-12 orang terkaya dunia. Suaminya meninggal dunia selepas kapal terbang yang dipandunya sendiri terhempas pada 2005 dan secara automatik mewarisi kekayaan yang dianggarkan bernilai AS$15.7 bilion (RM53.38 bilion).


Bagaimanapun, Christy, 54, tidak terbabit dalam operasi syarikat atau lembaga pengarah Walmart, tetapi beliau masih kekal sebagai pemegang saham terbesar.


Beliau kini memiliki harta yang bernilai RM76.5 bilion hasil pemilikan saham Walmart dan syarikat pembuat panel solar terkemuka First Solar yang dibeli oleh suaminya sebelum kematiannya. Alice Walton pula menduduki tempat kedua untuk membuktikan penguasaan keluarga Walton dalam bidang perniagaan dunia. Wanita berusia 59 tahun itu kini dikatakan mempunyai jumlah kekayaan sebanyak AS$20.6 bilion (RM70 bilion). Pewaris syarikat kosmetik terkemuka dunia, L'Oreal, Liliane Bettencourt pula menduduki tempat ketiga dengan kekayaan berjumlah AS$20 billion (RM60 bilion).


Namun, wanita berusia 82 tahun dari Perancis itu kini dikatakan tidak bertegur sapa dengan anak tunggalnya, Francoise Bettencourt Meyers kerana perbalahan mengenai pemberian wang kepada kekasihnya. Liliane dianggap antara wanita paling berpengaruh dan terkaya di benua Eropah hari ini.


Sementara itu, pakar sejarah yang juga dermawan, Dr Birgit Rausing dan keluarganya pula menduduki tangga keempat senarai selepas mewarisi kekayaan daripada suami serta keluarga mentua.


Bapa mentuanya adalah pengasas syarikat minuman, Tetra Pak dan menurut majalah Forbes, Dr Birgit adalah wanita terkaya di Sweden dengan kekayaan terkumpul yang berjumlah AS$13 bilion (RM44.07 bilion).


Kekayaan dimiliki tidak begitu bermakna kerana beliau dan tiga anaknya terpaksa meminggirkan diri daripada masyarakat disebabkan trauma dengan konspirasi penculikan pada 1989 lalu.


Wakil tunggal dari India, Savitri Jindal, membanggakan negaranya apabila menduduki tempat kelima selepas mengumpul kekayaan bernilai lebih AS$12.2 bilion (RM41.4 bilion) tahun lalu.


Balu yang mempunyai sembilan anak berkenaan memperoleh kekayaan daripada syarikat pengeluaran besi, OP Jindal Group yang diambil alih selepas kematian suaminya. Pewaris syarikat pelaburan dana terbesar Amerika, Fidelity Investment, Abigail Johnson pula mengikuti rapat Savitri dengan mengumpul kekayaan berjumlah AS$11.5 bilion (RM38.9 bilion).

Keluarganya memiliki 49 peratus saham dalam syarikat berkenaan dan Abigail dianggap penganalisis ekonomi sebagai calon tepat untuk menggantikan ayahnya kelak.


Pemilik tangga ketujuh, Susanne Klatten atau nama sebenarnya Susanne Hanna Ursula Quandt, kukuh bertahan biarpun terpaksa mengeluarkan lebih 7.5 juta euro untuk menutup skandalnya dengan seorang lelaki, Helg Sgarbi.


Beliau menyertai senarai wanita terkaya selepas mewarisi 50.1 peratus saham dalam syarikat pengeluar farmaseutikal dan kimia, Altana, selain 12.50 peratus saham dalam syarikat permotoran terkemuka, BMW dan SLG Group, peninggalan ayahnya. Susanne yang berkahwin dengan Jan Klatten dan mempunyai tiga anak kini dianggarkan mengumpul kekayaan yang berjumlah AS$11.1 bilion (RM37.6 bilion).


Selain itu, cucu pengasas syarikat gula-gula gergasi Amerika, Mars, Jacqueline Badge, turut cemerlang dengan mengumpul aset keseluruhan yang berjumlah lebih AS$9 bilion (RM30.5 bilion).

PS:/ wanita juga boleh jadi JUTAWAN tau!! jadi kaum lelaki...tak malu ke??..

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan