Tuesday, September 1, 2009

Motivasi Jutawan : Mentor Jutawan



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Teringat saya diwaktu pertama kali berpuasa, saya terasa sangat letih,penat dan lapar. Bermula daripada berpuasa setengah hari, saya bermula untuk berpuasa penuh sehari ketika darjah satu. Cita-cita saya untuk berpuasa penuh seperti orang dewasa. Mentor saya pada ketika itu sudah tentulah ayah saya. Katanya, jika ingin berpuasa penuh, saya perlu bersahur..perlu makan nasik, perlu minum air secukupnya...pesan beliau juga..jangan terlalu kerap bermain kerana takut keletihan. Semua nasihat yg diberikan diamalkan utk saya dapat berpuasa penuh.

Begitu juga dalam misi untuk bergelar JUTAWAN. Anda perlukan mentor untuk berjaya. Kita perlu belajar daripada orang-orang yg telah berjaya. Buang sikap ego dan malas menuntut ilmu dalam diri. Dalam hal ini, anda perlu bijak memilih mentor mengikut bidang perniagaan yg anda usahakan. Bukan tidak boleh memilih seseorang diluar daripada bidang anda untuk dijadikan idola tetapi Mentor sebenarnya adalah orang yg perlu anda ikuti dan pelajari setiap tingkah laku dan usaha mereka dalam perniagaan.

Untuk berjaya, Anda perlu mencontohi orang yg berjaya. Jika anda ingin berjaya dalam bidang MLM, carilah mentor dari kalangan orang yg berjaya menjadi JUTAWAN MLM. Jika anda ingin berjaya dalam bidang pertanian, carilah Mentor dari kalangan orang yg berjaya dalam bidang tersebut. Anda boleh mendapat ilmu daripada Mentor tersebut walaupun bukan secara terus daripada idola anda. Melalui pembacaan,khursus dan sebagainya dapat membantu anda mengikut jejak Mentor anda.

Pemilihan Mentor yg betul juga dapat memberi anda garis panduan yg betul dalam melakukan sesuatu perniagaan. Anda juga dapat memotivasikan diri anda dengan menjadikan Mentor anda kayu pengukur usaha dan kejayaan anda.

Mungkin ebook dibawah dapat membantu anda, himpunan kisah kejayaan daripada Jutawan-jutawan dari seluruh Malaysia daripada Irfan Khairi..

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan



Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

1 comment:

KamiKreatif said...

Wah dah update rupenye.. bagus2
add aku ek ~kamikreatif.blogspot.com