Friday, May 8, 2009

JUTAWAN DUNIA : Suze Orman, Jutawan yg pernah Muflis..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kegawatan ekonomi global amat menekan masyarakat dunia dan bahangnya kian terasa khususnya di Malaysia. Semakin ramai rakyat Malaysia yg tidak mampu untuk membayar pinjaman rumah,kereta dan sebagainya berikutan inflasi dan pemberhentian kerja oleh majikan masing-masing.

Disebabkan keadaan ini, maka ramailah rakyat Malaysia dan diantara dari kita yg diistiharkan blacklisted,muflis dan pelbagai lagi. Keadaan ini amat memberikan kesan kepada kehidupan kita akan datang. KIta akan menjadi lemah semangat dan tertekan sehingga membuatkan kita menjadi tidak kretif untuk meloloskan diri daripada permasalahan dan bangkit mengejar matlamat hidup yg lebih besar.

Semalam saya terbaca didalam akbar metro mengenai Suze Orman, seorang wanita berhati besi yg berjaya bangkit daripada kehidupan yg penuh dengan onak dan duri kepada kehidupan yg menjadi impian semua orang. Daripada seorang yg pernah diistiharkan MUFLIS..beliau bergelar seorang Usahawan,JUTAWAN dan pakar kewangan yg HEBAT!...hayatilah petikan akbar ini.

Pakar kewangan pernah muflis

Susunan Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my


“KETIKA kecil, saya malu kerana mempunyai masalah dalam pertuturan dan sukar untuk menyebut perkataan yang mempunyai huruf r's, s's dan t's dengan betul.

“Ia menyebabkan saya tidak dapat bercakap dan membaca dengan betul ketika di sekolah. Keadaan berkenaan memaksa saya menduduki ujian bacaan dan biasanya mencatatkan markah antara yang paling rendah di dalam kelas.

“Masalah berkenaan menghantui sepanjang sesi persekolahan termasuk ketika melanjutkan pelajaran di universiti. Sampai sekarang saya sukar menyebut beberapa perkataan dengan betul seperti fear dan fair, bear dan beer yang disebut seakan sama,” kata pakar kewangan terkenal, Suze Orman.

Suze, 48, adalah anak kepada pasangan imigran dari Russia, Ann dan Morry Orman. Menurutnya, dia bukan berasal daripada keluarga berada dan disebabkan itu, terpaksa ber gantung sepenuhnya kepada universiti komuniti negeri jika mahu melanjutkan pelajaran.

Kata wanita yang berasal dari South Side, Chicago, Amerika Syarikat (AS) ini, biarpun ujian penilaian SATs yang di dudukinya tidak memberi keputusan memberangsangkan, apa yang memeranjatkan ialah permohonannya ke Universiti Illinois, tetap diterima

“Ia umpama mimpi yang menjadi kenyataan. Ketika saya sampai di universiti berkenaan dan berjumpa dengan pe nasihat kursus, dia bertanya kepada saya apa yang saya mahu pelajari.

“Dengan penuh yakin saya memberitahu saya ingin menjadi pakar bedah otak tetapi penasihat berkenaan hanya tergelak dan menganggap itu hanya angan-angan kerana gred tidak memenuhi kriteria.

“Dia (penasihat) kemudian mencadangkan saya supaya mengambil kursus lebih mudah dan tidak membebankan iaitu berkaitan bidang kerja sosial,” katanya yang mengakui percakapan lantang dan cepat, membantunya menyembu nyikan kekurangan dirinya.

Menurut Suze, selepas tamat pengajian, dia pernah menjadi pelayan di kedai roti Buttercup dan ketika di sana dia berkenalan dengan seorang pelanggan yang kemudian mem beri pinjaman AS$50,000 (RM175,000) kepadanya untuk merealisasikan impian membuka restoran sendiri.

Begitupun, dengan harapan memperoleh keuntungan lebih, dia menggunakan duit berkenaan untuk melabur dalam Merrill Lynch tetapi empat bulan kemudian, dia dapati broker saham menipunya.

“Saya menyertai pelaburan saham dengan harapan untuk mendapatkan lebih banyak wang, tetapi impian itu hancur selepas broker menipu.

“Tetapi ia banyak mengajar saya untuk menyertai sesuatu, kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu terlebih dulu.

“Hanya dengan ilmu kita dapat menguruskan sesuatu berkaitan wang dan kewangan dengan betul,” katanya yang pernah menjalani latihan kewangan sebelum membuka firma kewangannya sendiri selama 10 tahun.

Wanita lantang yang dikenali sebagai antara penasihat kewangan serta pakar motivasi terunggul dunia itu sebelum ini pernah diiktiraf sebagai penulis buku jualan mega da ripada New York Times serta menjadi editor penyumbang dalam majalah Oprah, O.

Selain itu, Suze juga pernah dua kali memenangi anugerah pengacara televisyen terbaik menerusi rancangannya, Suze Orman Show, pada majlis anugerah Emmy.

Lebih istimewa, wanita ini turut mencipta rekod tersendiri selepas dia meraih enam anugerah berprestij, Gracie, yang hanya mengiktiraf saluran radio serta rancangan televisyen kabel terbaik membabitkan wanita.

Pada Oktober lalu, Suze turut dianugerahkan Anugerah Kualiti Kebangsaan daripada pihak hak asasi manusia ma nakala majalah Time mengangkat wanita ini sebagai antara 100 wanita paling berpengaruh di dunia.

Antara karya yang pernah dihasilkan Suze ialah, Action Plan, Women&Money, Owning The Power To Control Your Destiny, The Money Book for the Young Fabulous & Broke, The Laws of Money, The Lessons of Life, The Road to Wealth, The Courage to Be Rich (dijual lebih satu juta naskhah), The 9 Steps to Financial Freedom, (dijual lebih tiga juta naskhah dan menjadi buku terlaris di AS), Suze Orman’s Financial Guidebook, You’ve Earned It, Don’t Lose It dan Ask Suze Library System.

“Jika dibandingkan dengan apa yang dimiliki hari ini dengan harta saya 20 tahun lalu, pasti ramai tidak percaya bahawa Suze Orman ini adalah orang yang sama dengan Suze Orman di South Side, Chicago, 40 tahun lalu.

“Untuk berada di tempat sekarang, saya melalui pelbagai suka duka dan pernah diisytiharkan muflis kerana tidak mampu membiayai hutang.

“Tetapi, apa yang penting, kita perlu bangkit dan mencari jalan terbaik untuk membebaskan diri daripada belenggu hutang serta masalah.

“Kita juga perlu bijak mengawal perbelanjaan dan menilai terlebih dulu kemampuan diri sebelum membuat keputusan untuk memiliki sesuatu,” katanya yang mengamalkan mem beli barangan secara tunai dan bukan berhutang meng gunakan kad kredit.


Moga cerita kejayaan beliau menjadi motivasi kita bersama. Sama-sama kita bangkitkan kembali semangat untuk menebus segala kesilapan lalu untuk melakar kejayaan yg akan mendatang. Video ini untuk perkongsian anda semua.

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan





Jom Jana RM200-RM2000 sehari, Modal serendah RM20, MUDAH,MURAH,SENANG DAN PANTAS!!

3 comments:

Mohd Haniff Jaffar said...

nice post.. kebanyakan jutawan pernah jatuh.. lumrah dlm perniagaan.. cuma sejauh mana keazaman kita untuk bangkit dan tidak membiarkn diri terus jatuh..

MHK said...

Suze Orman ....pun ada kata dlm post tersebut ilmu amat penting. Sebab itulah dia ditipu oleh broker saham. Jadi sama-samalah kita mencari ilmu sebelum mencari kekayaan

Mohd Haniff Jaffar said...

betul betul betul.. mmg sepatutnya sblm kita memulakan apa2 pun tugas sebaiknya kita perlu tahu apa yg kita nak buat. kalau tak mungkin apa yg kita buat tu mungkin tak dapat hasil seperti yg kita nak.. hidup ni sbg satu proses pembelajaran, hari2 pun ade je benda baru kita belajar. belajar mcmana nk selesai masalah dh sbgnya..