Friday, January 21, 2011

JUTAWAN ANTARABANGSA : Akio Morita (Pengasas Sony)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah lama rasanya saya bertangguh untuk menulis,maaf kan saya, sedikit sibuk kebelakangan ini kerana urusan peribadi dan pertukaran kerja yg mendadak. Semalam saya makan disebuah restoren thai berhampiran dengan rumah saya. Direstoren itu saya terlihat seorang anak kecil berusia kira-kira 6 tahun. Sedang leka ibu dan bapanya menjamu selera, anak kecil ini seolah-olah ada dalam dunianya sendiri bermain permainan yg "hot" masa kini. PLAYSTATION....

Teringat saya semasa saya masih bersama Maybank Credit Card Sales, semasa Maybank mengadakan Treatfair dan Sony PSP ini dijual dengan harga yg sangat murah untuk pelanggan terawal. Beratur panjang semua orang, sehinggakan sampai giliran seorang pakcik. PSP tersebut telah habis terjual...apa lagi..meraung sakan lah anaknyer...hehe

Disebalik jenama gergasi Sony Corp ialah lelaki bernama Akio Morita. Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1921. Beliau dan sahabatnya Masaru Ibuka merupakan Pengasas bersama jenama Sony. Keluarga Morita telah menjalankan perniagaan sake, miso dan soy sauce sejak tahun 1665. Mengikut tradisi keluarga, Morita perlu meneruskan generasi perniagaan ini.

Sebagai anak sulung daripada 4 beradik, beliau menunjukkan kecenderungan dalam ilmu matematik dan fizik lantas membolehkannya melanjutkan pelajaran di Osaka Imperial University dalam Ijazah Fizik. Beliau kemudiannya berkhidmat didalam tentera laut semasa perang dunia kedua dan disitulah beliau mengenali Masaru Ibuka.

Pada 7 Mei 1946, beliau bersama Masaru Ibuka menubuhkan Tokyo Telecommunications Engineering Corporation dan kemudiannya dikenali sebagai sony dengan hanya kira-kira 20 pekerja dan bermodalkan ¥190,000. Usia beliau pada ketika itu hanyalah 25 tahun manakala sahabatnya 38 tahun. Produk pertama SOny adalah Magnetic recording tape dan kini produknya telah menjangkaui kepelbagaian produk seperti Betamax home video recorder,Walkman,Discman,VHS dan banyak lagi.

Sony berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat pada 1960 dan pada 1961 SOny telah tersenarai dalam New York Stock Exchange. 3 Oktober 1999 beliau meninggal dunia pada usia 78. Saya pernah terbaca diakbar suatu ketika dahulu apabila seorang wartawan bertanyakan apakah rahsia kejayaan beliau..Jawapan beliau sangat mudah, Di SONY, semua orang sangat jelas dengan matlamat syarikat...Kami bermula disini bukan daripada lakaran kosong, apa yg kami lakukan ialah menyelidik dengan teliti kehendak pasaran, mengambil produk sedia ada dipasaran dan mengubah ia menjadi lebih kecil,hebat dan berdaya maju. Perkara terakhir ialah menjual ia kepada masyarakat dunia.

Dewasa ini telah ramai orang berjaya dalam pelbagai bidang, kita amat beruntung kerana kita tidak perlu menjadi perintis atau pemula dalam sesuatu bidang, apa yg perlu kita lakukan ialah, mengadaptasi jalan kejayaan yg sedia ada dan sentiasa menambah baik cara serta jalan tersebut. Mudah bukan? jangan serabut-serabut dan marilah mencontohi kejayaan Akio Morita!!

Salam Jutawan dari saya

Haizal Ramdzan













No comments: